keesokan harinya, aku bangun awal dari Khairul. sakit dikaki masih terasa. namun aku gagahkan juga untuk bangun.
"eh, sayang nak kemana tu?" soal Khairul melihat aku yang terkial kial untuk bangun itu. aku tidak menjawab pertanyaanya itu.
"sayang.. kan sayang sakit kaki tu. meh abang tolong." Khairul sudah bangun dan berdiri di depanku. aku menjelingnya tajam.
"ish tepi lah. orang boleh bangun sendiri." aku menolak tangannya yang ingin memegang pinggang ku. sekali lagi aku cuba untuk bangun. sayangnya, kaki aku masih sakit.
"haaa bangun bangun. nak tengok boleh bangun sendiri tak." aku tahan je sakit di kaki tu.
"auch." aku takleh tahan weh. sakit.
khairul sudah tersenyum sinis.
"hmm tulah, degil sangat. tadi ajet ajet kuat boleh bangun sendiri. hmm sayang, sayang.."bebel Khairul sambil mencepung aku ke bilik air.
hey! wait! nak kemana? bilik air? maigaddddd.
sampai sahaja di bilik air, Khairul meletakkan aku di dalam tab mandi. baru sahaja Khairul ingin membuka bajuku, aku menghalangnya.
"hey, awak buat apa ni?" soalku geram. dia hanya membuat muka selamba.
"nak mandikan sayang lahh." jawabnya. aku sudah mengeatp bibir geram.
"yang sakitnya kaki wahai Encik Khairul. tangan saya masih okey. saya boleh mandi sendiri. so please, keluar."
khairul sudah mengaru kepalanya sambil tersengih kerang. "alaaa, nak mandi nga sayang tak boleh ke?" sah! ulat bulu dah naik daun.
"NO!" aku menghalau dia keluar. akhirnya Khairul mengalah juga. "nanti siap mandi tu panggil abang tau." katanya sebelum keluar dari bilik air.
*****
sedang aku asyik menonton televisyen, Khairul datang dan meletakkan kaki ku di atas pahanya. dia mengambil minyak urut lalu disapunya di kakiku.
aku biarkan saja dia mengurut kakiku. kahkah! dah rasa macam queen dah. cehh.
"sayang, pergi klinik nak?" soal Khairul. tangannya masih lagi mengurut kaki ku yang membengkak itu. sesekali aku mengaduh kesakitan.
"hmm taknak." degil aku ni.
"jumlah. kang kaki ni bengkak dia makin melarat.." kata Khairul.
"no. saya taknak pergi. titik!" tekadku. khairul memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. marah barangkali. aku pulak yang cuak.
" okey! " satu jek perkataan yang keluar dari mulut Khairul. kemudian dia bangun dan berlalu dari situ. tinggallah aku termangu sendiri...
tiba lama kemudian, Khairul turun kembali ke bawah. di tangannya ada tudung. tudung? heh?
"nah. pakai ni cepat. jangan degil Syafiha." ujarnya. aku pun ambil tudung di tangannya lalu dipakai ke kepala. kemudian Khairul mengangkat aku masuk ke dalam kereta. dan kami pun ke klinik...................................................
hambar? kan?
ANDA SEDANG MEMBACA
Peluang Kedua
De TodoSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
