Hai.. Sape rinduuuu peluang kedua? Haha. Harini sis nak update peluang kedua pai tamat haa. Untuk uols sis gagahkan juga tangan ni taip jalan cerita. Haha.
**
Setelah sebulan Irfan menyepi, kini dia muncul kembali. Terkejut juga aku pada mulanya melihat dia berdiri di depan pintu rumahku.
"Abang..irfan.. Eh.." Dia tersenyum padaku. Suami ku yang kaki cemburu tu apa lagi, melekat lah kat sebelah aku macam lintah. Hek eh! Tapi kini persoalannya, siapa perempuan disebelah dia? Nak kata kakak dia tak mungkin sebab aku kenal kakak dia. Siapa? Kekasih dia? Makwe dia?
"Err.. Masuk lah dulu." Aku mengajak mereka masuk. Si gadis tersenyum manis padaku. Bila dia senyum pada Khairul, aku nampak Khairul tersengih sengih sama. Haih! Panas pulak rasa. Lol, aku pulak cemburu? Hahahaha.
Di ruang tamu, aku dan Khairul duduk menghadap Irfan dan gadis itu.
"Err.. Sya, lupa pula. Kenalkan, ni sepupu abang and bakal tunang abang, intan." Bakal tunang? Wow! Aku kemudian berjabat tangan dengan si intan. Aku perati je si Intan ni duk pandang laki aku! Hek eh? Ke aku yang melebih lebih? Haih entahlah sejak dua menjak ni hormon aku tak betul.
"Cantik nama secantik tuannya.." Puji Khairul. Maigadddd.. Aku taksalah dengar kan tadi? Dia puji si Intan tu?
Eh khairul dah kenapa? Dah tak jeles dengan si Irfan tu? Maigaddddd dia nak menggatal dengan si Intan ke? Si intan ni pun satu, bakal tunang tu dekat sebelah kot.Aku berpura pura senyum. "Hmm duduk berbual lah dulu. Sya nak pergi buat air kejap." Ujarku sebelum berlalu ke dapur. Sakit dihati Allah je yang tahu.
Di dapur aku mengacau air sambil termenung. Khairul dah beralih arah ke? Khairul tu dah terpaut dekat si Intan ke? Ya Allah kenapa ni Sya kau fikir bukan bukan. Hish hormon aku tak betul ni..
Sedang ralit aku mengacau air di dalam teko, deheman seseorang mematikan lamunan aku.
"Ehem!" Aku berpaling ke arah empunya suara. Rupanya irfan.
"Ehh.. Abang irfan. Hmm abang nak apa ek?" Soalku kekok. Yelah, takut Khairul datang angin cemburu dia tu.. Susah aku nak pujuk balik.
"Err abang nak air sejuk boleh?" Katanya. Aku bergerak ke peti dan mengambil bekas air lalu dihulurkan kepadanya. Dia duduk di kaunter di dapur itu. Aih tiba tiba aku rasa tak selesa pula.
"Sya.."
Pap! Mata kami bertembung. Cepat cepat aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain.
"Emm.. Sya, abang minta maaf.."
Aku memandangnya pelik.
"Kenapa abang nak minta maaf pula?" Soalku.."Hmm atas semuanya. Pasal dulu.. Kalau lah dulu abang tahu SAM tu..." Belum sempat dia habis bercakap aku memotong terlebih dahulu.
"Err abang benda dah lepas.. Tak payah lah nak rasa bersalah. Lagipun Sya dah lama lupa benda tu." Aku senyum yang dibuat buat. Aku perasan riak wajah Irfan berubah. Dia menundukkan wajahnya.
"Abang..abang cintakan Sya.."
"Err abang.. Please . Sya dah berkhawin. Abang pun tak lama dah nak bertunang." Ujarku. Kali ini aku rasa makin kekok. Ugh!
"Hmm abang tak cintakan dia. Abang bertunang dengan dia sebab family Sya.." Katanya lemah.
Adeh! Parah ni...
"Hmm abang tahukan apa hukum dia suka pada isteri orang?." Aku sudha berhenti mengacau air dan duduk menghadap Irfan.
"Ye Sya... Abang tahu. Sebab tu abang terima lamaran keluarga mereka nak abang khawin dengan Intan. Abang nak cuba buang perasaan ni.."
"Sya doakan abang dengan Intan bahagia.. Intan tu nampak baik.. Insha Allah dia dapat jadi isteri yang baik untuk abang. Sya percaya suatu hari nanti abang boleh cintakan dia seperti mana abang cintakan Sya sekarang." Aku seakan memujuknya. Kemudian irfan sudah mengukir senyuman kepadaku.
"Terima kasih Sya.. Entahlah.. Sifat Sya yang macam ni lah buat abang makin cintakan Sya.." Ucapnya.
Malas aku melayan Irfan,aku mengangkat dulang air dan menuju ke ruang tamu. Irfan mengikut aku dari belakang. Aih sakit pula mata memandang.
Khairul sedang seronok bergelak ketawa dengan si Intan tu. Kalau ikutkan hati, nak je buat buat rapat dengan si Irfan tu. Tapi tulah, taknak aku tempah bala. Dah lah si Irfan baru je confess dia cintakan aku. Nak nak aku buat buat manja dengan dia, dia ingat aku syok kat dia pa. Huish taknak ah.
"Ehem! Seronok nampak. Bualkan apa tu.." Kataku. Harap harap khairul tidak dapat menghidu nada cemburu ku itu.
Intan tersenyum padaku.
"Abang Khai ni.. Dia cerita zaman sekolah dulu haa."What? Abang khai? Maigaddn! Macam ni kot dia rasa bila aku panggil irfan 'abang.' Dia ni nak balas dendam ke hapee? Aku memandang Khairul sekilas yang duduk di sebelah ku. Aih senyum senyum eee geram pulak rasa.
"Oh ya ka.. Hmmm" kataku.
Mereka berdua rancak berbual. Aku hanya tadah telinga dengar je diorang bualkan apa. Entah. Tade mood nak bercakap. Cuma bila Irfan tanya aku baru aku jawab.
"Haa abang Irfan.. Qalisya macam mana? Okey dah? Sorry lah Sya takdapat nak melawat lepas je balik haritu." Kataku. Irfan tersenyum.
"Alhamdulillah okey jek. Kalau tak kerana Sya, abang pun tak tahu macam mana Qalisya sekarang.." Ujarnya. Aku tersenyum padanya.
"Haha Sya cuma tolong je.. Alaaa." Sengaja pulak buat buat manja aku ni. Hahaha.
Irfan melihat jam ditangan sebelum bicara. "Eh dah lewat dah ni. Okeylah Sya , Khai kitorang minta diri dulu. Qalisya mesti cari aku .. Terima kasih lah sudi terima kedatangan kami.." Kemudian Irfan memandang aku..
"Sya.. Terima kasih. Untuk semua.."
Aku hanya melemparkan senyuman yang paling manis buat dia.
Kemudian mereka pun beredar, sebaik sahaja kereta mereka meninggalkan perkarangan rumah, aku memandang Khairul disebelah ku yang asyik tersenyum macam orang gila.
Aku menjeling dia sekila. Kemudian dia memandang aku dengan wajah yang bingung. Mood merajuk : on . Hahaha.
Aku terus bergegas masuk kedalam rumah. Hmm tulah . Senyum senyum lagi dengan Si Intan tu.
***
Haa ni nak tolong akak ni sikit. Dia ada jual niqab. For those yang berminat boleh lah bukak acc akak ni sams16_ . Kalau nak tengok boleh bukak acc dia pastu tengok katalog dekat acc akak ni. Hehe . Okey bai.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...