"Woi Khai. Macam mana? Dia terima tak?"
Khairul mendekati Syafiha dengan muka yang sedih.
'Aik. Takkan kena reject mamat ni?' Desis hati Syafiha.
"Woi Khai. Aku tanya ni. . Err dia reject ke?" Sekali lagi Syafiha memancing Khairul supaya bercerita.
Khairul mengangkat kepalanya lalu memandang Syafiha. Tiba tiba senyuman terukir di bibirnya.
"Sya! Dia terima lamaran aku! Aku dah nak khawin yeayyyyy!" Jerit Khairul.
Syafiha bagai kan tidak percaya."serius beb dia terima? Dia cakap macam mana? 'Yes i do?' Hahahaha." Seloroh Syafiha.
Khairul juga turut ketawa dengan jenaka Syafiha itu.
"Bulan depan kitorang khawin. Ibu dan ayah aku dah berbincang dengan keluarga dia." Kata Khairul.
"Wahh. Tak sangka member aku dah nak khawin. Hmm untunglah kau dapat bini lawa.." Kata Syafiha.
"Tu lah kau. Aku suruh kau khawin dengan Aizam tu taknak. Konon jual mahal .." Syafiha sudah mencebik.
"Kau ni. Agak ahh. Aizam tu punya lah kacak mana layak dengan aku bengong!"
"Alaa kau tu fikir sangat kata orang. Si Aizam tu kan suka gila dekat kau. Rugi woo kau lepaskan dia macam tu ja. Dah lah kacak, kaya + baik pulak tu." Khairul memuji sakan sahabat nya Aizam itu.
"Apa kata aku jadi adik ipar kau. Cenna?" Syafiha sudah mula mendapat akal untuk mengusik.
"Adik ipar aku? Kau nak khawin dengan sapa? Azman? shahrul? Siti?"
"Apa kebengong kau ni masukkan Siti sekali. Gila ke perempuan khawin dengan perempuan! "
"Dah tu? Kau nak khawin dengan sapa,? Azman? Heh! Dia pun dah ada tunang. Shahrul? Shahrul ke Sya? Kau suka adik aku?" Entah kenapa Khairul rasa tergugat.
"Ha'aa aku suka Shahrul. Aku nak kahwin dengan dia. Pastu jadi adik ipar kau. Kau okey je kan?" Syafiha masih lagi dalam mode mengusik.
"Kau biar betul Sya? Hmm tak payah lah Sya . Kau khawin dengan orang lain jela. Jangan adik aku." Bantah Khairul.
"Haha yang kau bantah bagai ni asal? Hek eh! "
"Aku em aa..aku.."
"Hahahah! Aku gurau je gila. Mana ada aku suka si Shah tu. Takde makna aku nak jadi adik ipar kau.." Syafiha sudah ketawa terbahak bahak. Menjadi kali ni plan dia.
"Kau ni Sya! Eee. Nasib aku sayang. Kalau tak , dah lama aku lenyek jadi lempeng." Kata Khairul. Dia juga turut ketawa. Entah kenapa dia lega dengan pengakuan Syafiha itu tadi.
Kenangan yang lalu bermain di fikiran.
Indahnya saat bersama dulu. Bergelak ketawa sama sama.Aku rindu..
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...