"Sya?" Khairul menyebut namaku.
Jelas riak wajahnya dia terkejut. Aku hanya berlagak biasa. Sebelum datang kesini lagi aku sudah tahu bahawa aku akan berjumpa dengannya.
Aku harus berlagak seperti aku tidak mengenalinya.
"Err maafkan saya. Macam mana Encik tahu nama saya? Kita pernah kenal ke?"
"Hmm .. Boleh kita mulakan sekarang?" Tanya Aizam. Dia perasan suasana tegang diantara kami berdua.
Khairul juga berlagak biasa. Dia kemudian kembali berbincang dengan Aizam tentang projek syarikat mereka.
Aku perasan mata Khairul sesekali tertumpu pada aku. Namun aku mengalihkan pandangan ku ke arah lain. Benci sungguh aku menatap matanya kini. Setelah apa yang dia katakan pada aku , mana mungkin aku lupakan semua itu begitu saja.
"Sya? Macam mana ? Setuju tak dengan cadangan ni?" Pertanyaan Aizam mematikan lamunanku.
"Err Ai tanya apa tadi? Sorry Sya tak fokus." Jawabku jujur.
Aku mengerling ke arah Khairul. Riak mukanya berubah sudah.
"Ai tanya Sya, macam mana dengan cadangan ni? Okey tak?" Aizam menunjukkan pelan projek itu kepadaku . Aku hanya mengangguk tanda setuju.
Perbincangan kami selesai tepat pada waktu makan tengah hari.
"Hmm memandangkan dah masuk waktu lunch, apa kata kita pergi lunch sensama? Banyak ni aku berbual dengan kau Zam." Cadang Khairul tiba tiba.
"Ai, Ai pergi lah lunch dengan Encik Khairul. Sya balik dulu ek." Aku ingin berlalu dari situ. Macam biasa waktu tengahhari aku akan menjemput Syafiq di taska.
Aizam menepuk dahinya sepertinya dia baru saja teringatkan sesuatu.
"Err. sorry bro, lain kali eh. Aku nak jemput anak aku." Kata kata Aizam membuat kan aku terpaku.
Dia sebut apa tadi? Anak dia? Tiba tiba dadaku terasa sebak. Kalaulah ayah nya sendiri yang mengaku anak. Mungkin sekarang ni, Khairul yang menjemput Syafiq, bukan nya Aizam.
Aku menundukkan wajahku. Malas bersua muka dengan Khairul. Aku takut aku tidak kuat. Dan airmata ini mengalir lagi.
"Walaweyy! Khawin tak bagitahu aku. Hmm ni tak syok ni. Okeylah kalau macam tu. Nanti kita jumpa lain." Kata Khairul. Matanya masih lagi pada aku.
Aizam kemudian berjabat tangan dengan Khairul sebelum mengajak aku pergi dari situ.
Aku tak rasa aku kuat hari ini. Dan untuk kesekian kalinya airmata aku jatuh berlinangan.......
Sorry pendek. Wattpad ada masalah teknikal sikit. Haha sis dah tulis panjang tadi, dia tiba tiba hilang. So kena kerah idea balik and tulis balik. Apapun terima kasih sbb baca PK ni . Hehe
ANDA SEDANG MEMBACA
Peluang Kedua
CasualeSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
