#PK24

87.5K 2.5K 14
                                        

"Mak Kiah.."

"Tuan.."

Khairul membantu Mak Kiah untuk bangun . Dia membawa Mak Kiah duduk di sebelah tempat pemandu.

"Saya hantar Mak Kiah ke rumah ye." Kata Khairul sebelum menghidupkan enjin kereta. Mak kiah hanya diam saja. Bibirnya diketapkan.

Beberapa minit perjalanan, mereka pun tiba di rumah Mak Kiah.Khairul membuka pintu untuk Mak Kiah lalu memapah orang tua tersebut masuk kedalam rumah.

"Hmm saya pergi dulu ye Mak Kiah.." Baru saja Khairul ingin pergi , Mak Kiah memanggil nya.

"Tuan.. Kejap." Khairul kemudian kembali ke Mak Kiah.

"Ye. Ada apa Mak Kiah?" Tanya Khairul.

"Er..errr.." Mak Kiah dalam serba salah.

"Mak Kiah nak bagitahu Tuan sesuatu..." Khairul sudah membuat muka penuh persoalan.

"Begini......" Mak Kiah mula bercerita.


Beberapa tahun yang lalu.

Hana selalu menelefon nya tanpa henti. Minta untuk kembali. Namun dia sayangkan Syafiha. Dia cintakan isterinya itu.

Sedang dia khusyuk dengan kerjanya, bilik nya dbuka oleh seseorang.

"Hai bie"

"Hana!" Hana hanya berlagak biasa. Dia datang menghampiri Khairul lalu duduk di atas paha Khairul.

"Hey! U buat apa ni? Malu lah orang tengok. I dah khawin okey." Khairul menolak Hana yang berani mati duduk di atas pahanya itu.

Hana sudah mencebik. "Hmm isteri u sedap sedap beromen dekat rumah takde pulak dia kisah kan u."

Khairul bangun dari tempat duduknya. "Apa u cakap? Ulang balik ? Hey! U jangan nak tuduh Syafiha okey. Dia 40kali lagi baik dari u." Khairul mengetap giginya. Geram dengan Hana yang menuduh isterinya sesuka hati.

"Hahaha. Kesian nya u Khai. U duduk kerja dekat sini. Isteri U pula sedap sedap duk beromen dekat rumah. U ingat isteri u tu yang bertutup bagai tu baik sangat ke?" Tambah Hana lagi.

Muka Khairul sudah merah menahan amarah. "I tak suka lah tuduh tanpa bukti ni. Apa kata u ikut i balik rumah u?" Khairul yang tadinya menundukkan kepalanya, memenandang Hana dengan tajam.

"Okey fine! I akan buktikan yang tuduhan u tu salah."




***

"Mak Kiah, dengar sini. Kalau Mak Kiah nak anak mak Kiah selamat, baik Mak Kiah ikut apa yang saya rancangkan." Hana mengugut Mak Kiah untuk melaksanakan rancangannya.

"Err..baa..baik cik Hana." Kata MakbKiah tergagap gagap.

Hana sudah tersenyum sinis. Telefonnya diambil lalu menghantar satu pesanan ringkas kepada seseorang.

Shah, ni along. Tolong ambilkan file along di rumah kejap. Urgent.

Selesai menghantar pesanan ringkas itu, Hana menepuk tangannya.

"Kau orang akan jatuh dalam tangan aku."



****

"Assalamualaikum." Shahrul memberi salam.

"Waalaikummussalam, eh Shah . Buat apa dekat sini?" Soal Syafiha sebaik sahaja membuka pintu dan menjemput Shahrul untuk masuk.

"Emm along suruh ambil file dia tertinggal dekat rumah. Katanya urgent." Kata Shahrul. Syafiha menyuruh Shahrul untuk duduk dahulu di ruang tamu.

"Mak Kiah, tolong buat kan air untuk shah ye."

"Hmm tunggu kejap eh. Sya pergi tengok dekat dalam bilik." Kata Syafiha sebelum berlalu pergi dari situ.

Mak kiah datang membawa air jus oren kepada Shahrul. Dengan sengaja Mak Kiah tertumpahkan air tersebut di atas baju Shahrul.

"Ya Allah Tuan.. Mak kiah tak sengaja." Mak Kiah sudah meneruskan lakonannya.

"Eh takpa mak Kiah. Mak Kiah tak sengaja." Kata Shahrul sambil mengelap bajunya yang basah itu.

"Takda lah shah.."

"... Ya Allah shah, kenapa ni?" Soal Syafiha.

"Hmm kejap sya pergi ambil baju Khairul bagi dekat Shah." Sekali lagi Syafiha naik ke bilik.

Shahrul membuka baju yang basah itu . Nasib dia memakai singlet didalam. Syafiha kemudian datang memberikan baju tersebut kepadanya. Entah dimana silapnya, Syafiha terpijak lantai yang licin da hampir terjatuh. Namun sempat ditangkap oleh Shahrul. Mereka berdua jatuh diatas sofa.

Syafiha di atas badan Shahrul. Memang betul mereka dalam keadaan yang mencurigakan. Dengan pula Shahrul hanya bersinglet.

"Syafiha!" Jerit seseorang...

Syafiha bangun dari badan Shahrul. Belum sempat dia bersuara, pipinya ditampar oleh Khairul.

Pang!











******
Wattpad buat hal lagi. Ugh!

Peluang KeduaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang