#PK23

82.2K 2.5K 161
                                    

"Khai.."

Aku terkejut melihat dia di depan ku kini. Bukan aku sahaja, malah dia juga turut sama terkejut. Mungkin tidak menjangkakan bahawa dia akan bertemu aku disini. Di depan syafiq. What? Depan Syafiq?

Khairul memandang Syafiq yang berada disebelah ku.

"Abah.." Aku melihat Syafiq sudah berlari kedalam pelukan Aizam.

Khairul dan Hana, dua dua terlopong. Mungkin agak terkejut kerana Syafiq memanggil Aizam dengan panggilan 'abah'.

"Er. Terima kasih Encik Khairul sebab jumpa anak saya." Aku cuba buat buat tidak kenal.

Sebaik sahaja mengucapkan terima kasih, aku mengajak Aizam dan Syafiq pergi. Sebenarnya aku takut Khairul menyoal tentang Syafiq.

"Syafiha.." Baru saja aku menoleh kebelakang, Khairul memanggil ku.

"Tunggu!" Katanya.
Aku berhenti melangkah. Aizam juga turut sama berhenti.

Tiba tiba Khairul datang mendekati kami. Dia berdiri di depan aku.

"So, Ni lah anak kau tu? Hmm? Huh! Tak sangka kan kau. Lepas sorang , sorang kau goda. Kejap adik aku. Pastu Aizam? Wah Zam? Dia ni pun kau layan ke? Kau tahu tak Zam, dia ni perempuan mu....."

Belum sempat Khairul menghabiskan katakatanya. Aku terlebih dahulu melayangkan penampar dimukanya.

Nafas ku sudah turun naik.
"Sorry ye Encik Khairul. Saya tak kenal Encik. So mind your own business. Tak payah nak sibuk hal saya. And btw, encik siapa nak judge life saya? Better you watch your wife!" Marah sungguh aku apabila dia menuduh aku sebegitu. Tambah pula di depan Syafiq.

Aku terus mengendong Syafiq pergi dari situ.

"Aku tak sangka kau macam ni Khai.. Hmm" ucap Aizam sebelum mengikut jejak langkahku.

"Bie, you okey? Ee perempuan jalang tu memang kurang ajar betul!" Hana mendekati Khairul lalu mengusap lembut pipi suaminya yang ditampar tadi.









****

"Umi, kenapa umi nangis.. Uncle tadi buat umi nangis eh?" Ketika itu kami dalam perjalanan pulang. Puas aku tahan airmata aku dari mengalir namun jatuh jua.

"Umi tak nangis lah sayang. Mata masuk habuk. Pedih." Bohongku.

Aizam yang sedang memandu itu memandang kami dua beranak.

"Sya, stay strong ye."



****

Balik saja dari pusat membeli belah tadi, Khairul teringatakn kata kata nya pada Syafiha tadi.

Dia kembali membayangkan Syafiq. Anak si Syafiha.

'Anak aku ke tu?'

'Kenapa muka dia iras iras muka aku?'

'Hish!' Khairul meraup mukanya. Hana pelik melihat tingkah suaminya itu.

'Ni mesti pasal perempuan tu. Ee' desis hati Hana.

"Bie , kejap lagi i nak keluar jumpa kawan tau..."

"Hmm." Hanya itu saja jawapan Khairul. Dia melelapkan mata nya dan berbaring di atas sofa.





****

"Eee jangan lah. I geli." Hana yang sudah mabuk itu mengeliat kegelian apabila si lelaki mencium lehernya.

"Jom Han.." Ajak si lelaki. Hana mengikut saja langkah si lelaki.

Mereka bergerak menuju keluar dari club tersebut.

Si lelaki membawa Hana ke sebuah bilik dihotel.

Hana yang sedang mabuk itu membuka satu persatu bajunya. Begitu juga dengan si lelaki.

Dan akhirnya , mereka terlanjur...






*****

Keesokan harinya, Khairul ke pejabat seperti biasa. Semalam dia tidak dapat tidur dengan lena dek kerana dia teringatkan si Syafiq.

Hana tidak pulang malam semalam. Tidak pula dia risau. Kerana dia tahu Hana mungkin akan pulang kerumah keluarganya ataupun tidur dirumah kawannya.


Ketika memandu kereta, bayangan Syafiq masih lagi bermain di fikirannya. Terlalu asyik termenung sehinggakan dia hampir terlanggar seseorang.

"MasyaAllah.." Khairul keluar dari keretanya lalu mendekati makcik yang hampir dilanggarnya.

"Makcik? Eh Mak Kiah?"

"Tuan..."











****

Hurmmmmm internet buat hal sampaikan sis takde mood nak update. Hmm last untuk malam ni. Hehe. Mungkin. Hahahahahahah.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now