Korang konfius kan kenapa hana boleh muncul balik? Haa ni ada maklumat sikit.
Wanita hamil dan kanak-kanak tidak boleh dihukum mati. Terdapat dua jenis hukuman gantung iaitu Hukuman gantung dan Hukuman gantung sampai mati.
Jadi, disebabkan si Hana tu pregnant and dia mungkin mendapat pengampunan tu yang dia boleh keluar penjara. Eh? Haha alaa kalau tak logik tibai jelah. Btw Hana dia just nak minta maaf. Dalam bab ni je dia ada pastu hilang ahhhhhhhhh.
***
"Sayang." Khairul masuk kedalam bilik lalu mendekati Syafiha yang sedang tidur itu.
Dia mengusap rambut Syafiha. Dia melihat muka isterinya yang sembab itu. Mungkin baru lepas menangis. Rasa bersalah pula meninggikan suara pada isterinya tadi.
Syafiha tersedar dari lenanya. Khairul tersenyum kepadanya.
Tangan Khairul yang mengusap rambutnya ditepis . Syafiha berjauh hati.
"Sayang okey?" Soal Khairul.
"Emm." Hanya itu yang dijawab oleh Syafiha.
"Hana dah balik dah.." Kata Khairul. Syafiha memandang Khairul dengan wajah yang bengis.
"Jangan sesekali sebut nama dia depan saya. Saya tak suka!" Marah Syafiha.
Khairul mengeluh lemah. "Sya, dah bertahun sya.. Maafkan lah dia . Dia dah insaf."
Syafiha bangun dari katil. "Insaf? Awak kata dia insaf? Perempuan macam tu sampai bila tak insaf! Saya benci dia tau."
"Syafiha!" Suara Khairul sedikit meninggi.
"Look! Dia memang bersalah. Ya saya tahu dia pernah meruntuhkan rumah tangga kita. But, dia dah insaf. Tolonglah maafkan dia." Kata Khairul seraya mendekati syafiha yang berdiri di tepi sliding door.
"Eh yang awak bela dia sangat ni kenapa? Awak tak ingat atau pura pura tak ingat? Dia yang bunuh Aizam. Khai, dia bunuh Aizam." Marah sungguh Syafiha.
"Syafiha.. ajal maut ditangan tuhan. Aizam pun dah lama tinggalkan kita. Dia dah tenang dekat sana..." Suara khairul sedikit meninggi. Syafiha makin jauh hati.
"Awak tahu tak.. Saya trauma. Saya takut.. Saya takut sangat.." Belum sempat Syafiha menghabiskan kata kata tu, Pintu bilik diketuk.
Tok !tok!
Khairul pergi ke arah pintu bilik manakala Syafiha menyeka airmata yang mengalir tadi."Err Tuan, ayah dan ibu tuan dah sampai." Kata Mak kiah.
"Hmm suruh diorang duduk dulu ye Mak Kiah. Kejap lagi Saya dan Sya turun." Ujar Khairul. Mak Kiah mengangguk faham lalu berlalu turun.
Syafiha tidak menghiraukan Khairul lalu turut sama keluar dari bilik itu.
"We havent done yet Syafiha Aisyah." Tegas saja bunyi nya. Syafiha tidak menghiraukan kata kata Khairul itu.
Sampai dibawah, Syafiha bersalam dengan ibu dan ayahnya. Mukanya terpaksa dimaniskan .
"Emm mana Khai?" Soal bapa mertuanya.
"Em ada kat atas.. Kejap lagi turun lahtu." Kata Syafiha dengan muka yang terpaksa dimaniskan.
"Ibu ! Ayah." Sapa Khairul sebaik sahaja turun dari tangga.
Kemudian Khairul mengambil tempat duduk disebelah Syafiha. Baru saja tangan Khairul ingin memeluk bahu Syafiha, Syafiha terlebih dahulu bangun .
"Err. Sya pergi siapkan meja ye." Katanya sebelum berlalu ke dapur. Khairul tahu Syafiha cuba untuk menjauhkan diri darinya.
"Emm Khai dengan Sya okey ke?" Soal ibu nya tiba tiba. M
Khairul berpura pura ketawa. "Haha okey je bu. Kenapa pulak tak okey."
"Oh . Baguslah. Kalau ada salah faham ke apa, bawa berbincang. Jangan sampai pisang berbuah dua kali." Nasihat Puan Isma.
encik Adam pula asyik bermain dengan cucunya. Tidak lama kemudian Atie dan Shahrul pula tiba.
***
Sorry lambat. Tadi p antar along naik bas. Hurhurhur.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
De TodoSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...