Sedang Khairul asyik tidur, tiba tiba bunyi dum! Macam benda jatuh. Dia kalih ke sebelah, melihat Syafiha sudah jatuh kebawah. Dalam hati sudah menahan gelak.
'Ya Allah, dah kenapa buas sangat tidur sampai jatuh ni?' Gumam Khairul dalam hati. Dia bangun dari katil lalu medekati isterinya yang sedang lena di atas lantai itu. Dah lama dah khairul tidak melihat isterinya tidur sebegini buas. Tergelak kecil Khairul melihat isterinya itu.
"Comel jek.. Pipi bambam." Khairul sudah duduk mencakung di sebelah syafiha. Tiba tiba dia mendapat satu idea. Blusher di atas meja solek diambil lalu dia menjalankan misinya... HAHAHAHAHAHA.
kemudian Khairul mengangkat isterinya kembali naik ke atas katil. Dan dia pun turut sama lena kembali.*****
"Abang!!!!!!!" Jerit Syafiha.
Khairul yang sedang bersiap untuk ke pejabat sudah pecah ketawa mendengar jeritan Syafiha itu. Dia melihat Syafiha yang masih lagi dengan baju tidurnya keluar dari bilik air dengan muka yang bengis. Sungguh dia tidak dapat menahan gelak ketawa melihat di pipi Syafiha tompokan merah yang besar seperti chibi maruko chan.
Syafiha mendekati Khairul. "Abang yang buat ni kan!!" Soal Syafiha dengan geram.
Khairul masih lagi ketawa. "Comel lah sayang.." Katanya.
"Comel? Maigaddd abang ni melampau tau!" Marah Syafiha.
Khairul mencubit geram kedua belah pipi Syafiha. "U look so cuteeeeeeeee."
Syafiha mengusap pipinya. Sebelum masuk kembali ke bilik air, dia sempat menjeling tajam ke arah Khairul. Tangannya dibawa keleher membuat gaya ala ala 'mati abang lepas ni' .
Khairul menelan air liur.
"Adehhh, mati akuuuuu lepas ni.." Gumam Khairul.
*****
Petang itu, pulang saja dari kerja, Khairul mencari kelibat Syafiha. Namun tiada.
"Sayang? Abang balik ni. Syifa? Syakir? Syafiq?" Khairul memanggil semua isi rumah, namun hampa tiada jawapan.
Khairul duduk di sofa di ruang tamu. Dia menyandarkan badannya dan merehatkan kepalanya kepala sofa.
Matanya dipejamkan.Tiba tiba dia terasa seperti seseorang membisik di telinga nya. Dia membuka mata, namun tiada siapa. Khairul kembali memejamkan matanya, dan sekali lagi seseorang meniup telinganya membuatkan dia mengeliat kegelian.
Khairul melilau lilau mencari kelibat orang, namun tiada siapa.
"Sayang?"
"Syafiq?"
"Syakir?"
"Syifa?"
Khairul masih lagi memanggil mereka namun masih tiada sahutan. Cuaca di luar sudah nak gelap. Tiba tiba Khairul rasa cuak. Dia bangun dari sofa lalu mendaki tangga untuk ke biliknya.
Sampai sahaja di depan bilik, dia terasa seperti seseorang lalu dibelakangnya. Bila dia kalih, tiada siapa. Pelik dibuatnya.
Badan Khairul terasa seram sejuk. Baru saja dia ingin membuka pintu bilik, terjegul lembaga dengan rambut yang mengurai, muka buruk, di badannya penuh darah sedang merenung Khairul. Khairul sudah cuak. Peluh mula merinik di dahinya.
Lembaga itu makin mendekati Khairul, khairul mula melangkah kebelakang setapak demi setapak.
Dia menutup matanya dan membaca ayat Qursi.
"Pergi kau setan! Pergi! Aku tak kacau kau! Pergi ! Pergi!" Kata Khairul dengan matanya terpejam.
Tiba tiba khairul terdengar suara orang mentertawakannya. Sebaik sahaja dia membuka mata, dia melihat Syafiha , Syakir, Syifa dan Syafiq sedang mentertawakannya. Rupanya yang menjadi jembalang tadi adalah Syafiha.
"Hahahahahah! Walid takut! Hahaha." Syifa sudah pecah ketawa.
Syafiha lagilah. Sudah terduduk menahan ketawa.
"Haha, abang patut tengok muka abang bila takut tadi. Haha so funny meh." Kata Syafiha.
Khairul juga turut sama pecah ketawa. Kaver malu. Hahaha.
"Ohh balas dendam ye?" Soal Khairul seraya mendekati Syafiha. Syafiha sudah mulai cuak melihat muka Khairul yang agak menakutkan itu.
"Errr.." Belum sempat Syafiha menjawab Khairul sudah mencempungnya masuk kedalam bilik. Sebelum Khairul menutup pintu bilik, dia sempat mengenyitkan matanya kepada anak anaknya. Si anak hanya tersenyum paham.
***
Kahkahkahkahkah.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...