Sudah masuk 7bulan usia kandunganku.
Hari ini aku akan pergi berjumpa doktor lagi.
"Hello Atie, kau nak datang pukul berapa ni?" Aku menelefon Atie.
"Hmm Sya sorry. Aku takdapat nak teman kau pergi checkup harini. Tapi aku dah call Shahrul mintak dia teman kau. Kau okey kan?"
"Hmm okeylah. Sorry Atie. Aku banyak menyusahkan kau." Rasa bersalah pula menyusahkan Atie.
"Eh apa yang susah nya. Aku okey jela. Hmm kau tu kan kawan aku. Bukan setakat kawan, aku dah anggap macam adik aku. Pastikan bakal anak saudara aku tu sihat tau?"
Terharu kejap aku dengan Atie. Dia selalu tolong aku.
"Haha terima kasih Atie. Kalau kau takde, aku tak tahulah apa dah jadi dengan aku sekarang ni." Ucapku.
Kemudian aku mendengar hon kereta diluar rumah.
"Eh Atie, Shah dah sampai lah. Aku pergi dulu eh. Kau kerja elok elok." Ucap ku sebelum menamatkan perbualan kami.
Aku mencapai kunci rumah di atas meja lalu bergerak ke pintu rumah. Kelihatan bmw Shahrul diparkir didepan pintu pagar.
Segera aku mengunci pintu rumah lalu membuka pintu pagar.
"Hai mak buyung." Usik Shahrul.
Aku menjeling tajam kepadanya. Tergelak dia dengan tindakan spontan aku itu.
Kemudian kami bergerak ke hospital.
***
"Hish Siti ni, muda muda lagi dah lupa. Nasiblah harini aku tak sibuk boleh lah hantar file ni dekat hospital." Bebel Khairul sendiri.
Ketika ingin masuk ke dalam bilik adiknya, dia ternampak dua orang yang cukup dikenalinya.
Alangkah terkejutnya dia melihat senyuman di bibir si gadis.
Dengan beraninya dia mendekati mereka.
"Ehem! " dehemannya membuatkan mereka berdua terkejut dengan kehadirannya.
"Hmm datang hospital berdua? Hm buat apa ek?" Khairul buat buat berfikir.
Syafiha dan Shahrul hanya diam terpaku.
Tiba tiba khairul melihat perut Syafiha yang memboyot itu.
"Wow! Kau memang hebat ah Syafiha. So , kau mengandung? Huh! Berapa banyak dosa dah kau buat Syafiha? Kau nak suh aku tanggung dosa kau sampai bila hmm?" Panas sungguh Khairul melihat keadaan Syafiha sekarang.
"Abang.. Ni anak abang lah." Syafiha cuba membela dirinya.
"Huh! Tak payah panggil aku abang lah betina. Sakit telinga aku dengar. Kau sedap sedap beromen dengan orang lain pastu mengaku kata ni anak aku? Huh! Gila ke ape kau ni?"
"Astaghfirullahalazim abang. Ni anak abang. Sya tak pernah buat benda terkutuk tu. Sumpah demi Allah."
"Hey Syafiha. Kau tak payah main sumpah bagai. Kau tak takut azab ke! Pakai ja tutup semua tapi perangai lagi teruk dari syaitan. Dengan adik ipar sendiri pun kau layan."
Shahrul sudah tidak tahan lagi dengan fitnah yang dilemparkan oleh abangnya itu. Dia menumbuk muka Khairul.
"Ha ha ! Dan kau. Adik tak guna. Bini aku pun kau sapu? Apa takde perempuan lain ke hah?" Khairul menunding jari ke arah Shahrul. Sakit hatinya melhat dua insan didepannya kini.
"Kau Syafiha Aisya Binti Malik, bersaksikan adik aku, aku ceraikan kau dengan talak satu. Aku dah tak larat nak tanggung dosa kau yang duk berzina dengan jantan lain. Kau ni lagi teruk dari pelacur."
Kata kata Khairul bagaikan mencabut nyawanya. Cerai? Syafiha sudah diceraikan.
Khairul terus berlalu pergi dari situ.
Sebaik sahaja mendengar lafaz talak dari Khairul tadi, Syafiha terus jatuh terduduk. Airmata terus mengalir laju.
Dia menangis sehinggalah dia terasa pandangannya gelap.
*****
ANDA SEDANG MEMBACA
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...
