Bab 61

66 5 0
                                        

Pagi Sabtu itu terasa tenang, namun SMK Taman Baiduri riuh dengan pelajar dek kelas gantian untuk cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang. Juga, hari itu adalah hari yang... 'istimewa'.

"Happy birthday, Andi!" Salleh meletakkan sebungkus coklat di atas meja Andi. Andi renung seketika coklat bar Cadbury bersaiz sederhana yang dililit reben corak hati berwarna kuning itu, sebelum menoleh ke arah Salleh.

"Coklat dari kelab PRS, ya?" Andi bertanya. Salleh hanya sengih.

Minggu itu juga, secara kebetulan, adalah 'Minggu Meraikan Persahabatan' di SMK Taman Baiduri. Maka, Kelab Pembimbing Rakan Sebaya menjual coklat bersama kad ucapan mini untuk dihadiahkan kepada sahabat. Jualan coklat pada hari itu pula sangat laris berbanding hari sebelumnya. 14 Februari, pastinya ada udang di sebalik batu.

"Hari ni cuma Cikgu Wadi saja yang masuk mengajar. Yang lain, sibuk. Memang kelas ganti hari Sabtu macam ni ke?" Salleh bertanya sambil merenung Andi menyimpan coklat ke dalam begnya.

"Mungkin sebab... Hujung bulan ni agaknya," teka Andi.

Sedar-sedar sahaja tinggal dua minggu lagi sebelum Hari Sukan berlangsung. Pastilah ada orang yang sibuk dengan persiapan untuk hari sukan nanti. Khabarnya ada wakil rakyat akan hadir pada hari itu.

"Andi!" Shu Fen tiba-tiba menegur. "Waktu rehat nanti Abang Zaki nak jumpa kita. Dia nak bagi modul tambahan untuk OMK tu."

Andi hanya angguk sebagai respon.

Shu Fen pandang coklat yang masih terbiar di atas meja Andi. "Oh. Terlupa pula. Selamat hari lahir, Andi! Nanti saya bagi hadiah." Shu Fen terus duduk di tempatnya.

Salleh terus sengih mendengar kata-kata Shu Fen itu. "Betullah. Kalau dia bagi hadiah sekarang, boleh jadi fitnah. Hari Valentine, kan. Hari perempuan bagi hadiah kepada pasangan lelaki."

Andi membisu sambil menyimpan coklat itu ke dalam beg sandangnya.

(...)

"Shu Fen, pergi mana tadi? Awak kata kita kena jumpa Abang Zaki sekarang," soal Andi yang bertembung dengan Shu Fen di hadapan tandas selepas 5 minit masuk waktu rehat.

"Tadi saya pergi kelas Abang Zaki, cari dia. Kawan sekelas dia kata Abang Zaki di Makmal Biologi. Kita pergi sana sajalah." Shu Fen mula menapak ke blok makmal, diikuti Andi.

"Makmal biologi? Dia buat apa di sana?" Andi bertanya lagi.

"Kata mereka, dia sibuk tolong cikgu. Lagipun Abang Zaki pelajar terbaik subjek Biologi tahun lepas. Tak pelik pun kalau cikgu Biologi minta tolong dia."

Andi mengangguk faham.

Langkah Andi dan Shu Fen terhenti dek bertembung Zaki yang baru keluar dari makmal Biologi yang terletak di tingkat 2 blok makmal. Di tangannya ada sebuah besen yang ditutupi surat khabar.

"Kamu berdua buat apa di blok makmal ni? Sekarang kan waktu rehat?" Zaki bertanya, hairan dengan kehadiran dua pelajar junior di blok itu. Tangannya masih memegang besen dengan erat.

"Cari Abang Zakilah. Kan abang kata nak jumpa kami berdua?" kata Shu Fen.

"Oh. Yalah. Lupa pula." Zaki sengih sendiri. "Asyik sangat buat eksperimen. Tak sedar dah masuk waktu rehat."

"Abang Zaki bawa apa dalam besen tu?" Andi bertanya pula.

"Adalah," dalih Zaki. Pada masa yang sama angin kuat bertiup, mengangkat sedikit kertas surat khabar yang menutupi besen itu. Bau hanyir terus merebak seketika di koridor itu sebelum Zaki menutup semula besen itu dengan pantas.

"Tu bau darah, kan?" soal Andi.

Zaki mengeluh lemah lalu menunjukkan isi besen itu. Ada tiga bangkai katak bersaiz besar yang terburai isi perutnya dan sedikit terendam di dalam cecair berwarna hitam.

Andi dan Shu Fen terundur sedikit, jijik. Shu Fen terus tutup hidung dan mulut dengan sebelah tangan, menahan loya. Zaki pula terus menutup kembali besen itu.

"Tak payahlah nak geli sangat. Kalau kamu berdua masuk kelas aliran sains tulen tahun depan, inilah yang kamu berdua kena buat," kata Zaki dengan selamba.

"Wajib buat ke?" Andi terus resah. Zaki hanya senyum, tidak menjawab.

"Abang Zaki, rasanya topik bedah katak ni bulan Julai atau Ogos nanti baru buat. Sekarang baru Februari," kata Shu Fen pula, sudah kurang loyanya.

"Ni untuk ambil foto dan video untuk lembaran kerja topik ni nanti. Fail foto untuk topik ni dah corrupt," jelas Zaki. "Alang-alang buatlah eksperimen sikit."

"Eksperimen?" Andi bertanya, keliru.

"Ya. Suntik dakwat hitam masuk salur darah katak."

Andi dan Shu Fen tergamam.

"Menarik ya, tengok saluran darah perlahan-lahan bertukar warna. Dari vena, masuk ke jantung yang masih berdenyut, terus masuk ke arteri. Boleh nampak jelas pergerakan darah tu sampai ke kapilari organ sebab letak dakwat. Kena buat cepat sebab jantung boleh berhenti bila-bila masa saja," jelas Zaki dengan teruja. Seolah-olah bangkai katak itu mainan pula.

"Jadi... Cecair hitam dalam baldi tadi tu, darah katak bercampur dakwat hitam?" Shu Fen bertanya, ketara sungguh reaksi ngeri di wajahnya. Begitu juga Andi yang hilang kata-kata.

Menyedari reaksi kedua-dua pelajar junior itu, Zaki terus berdehem dan buat muka serius. "Dahlah. Abang nak lupuskan katak-katak ni dulu. Harap sempatlah nak bagi modul OMK tu. Kalau tak sempat, balik nantilah abang bagi."

"O... Okey."

Zaki terus berjalan ke hujung blok makmal, meninggalkan Andi dan Shu Fen di koridor.

"Shu Fen, Abang Zaki tu... Dia ada split personality ke?" Andi bertanya sebaik sahaja bayang Zaki hilang di sebalik tangga. Shu Fen jungkit bahu.

"Jomlah kita pergi kantin, sementara tengah rehat ni," kata Shu Fen kemudiannya.

Salleh muncul di koridor menghala ke blok makmal sebaik sahaja Andi dan Shu Fen keluar dari situ. "Andi, awak di sini rupanya! Cikgu Param dengan Cikgu Lim tengah cari awak."

"Eh? Kenapa?"

"Tak tahu. Awak kena pergi Bilik Kaunseling sekarang juga. Mereka tunggu awak di sana."

"Okey. Terima kasih sebab beritahu, Salleh." Andi terus berjalan ke arah Bilik Kaunseling, meninggalkan Shu Fen dan Salleh di koridor itu.

"Jarang sangat guru disiplin dan guru kaunseling nak jumpa orang yang sama serentak." Shu Fen garu dagu. "Takkanlah sebab rumour tu?"

Salleh terus pandang ke arah Shu Fen. "Rumour apa?"

(...)

Andi termenung panjang di dalam kelas sekembalinya dia dari Bilik Kaunseling sebaik sahaja waktu rehat tamat. Salleh yang sedang membaca novel 'The Prisoner Of Zenda' oleh Anthony Hope terus menutup buku. Risau pula dengan kelakuan kawannya nan satu itu.

"Awak... Okey tak?"

"Hm." Pendek saja respon Andi.

"Kenapa Cikgu Param dan Cikgu Lim nak jumpa awak? Rasanya awak tak buat apa-apa kesalahan disiplin, kan?" Salleh menyoal.

"Mereka tanya pasal... Couple dengan orang tua? Entahlah. Tak tahu nak fikir apa," keluh Andi lemah.

"Oh. Mesti sebab nak sahihkan rumour tu."

Andi terus pandang Salleh. "Rumour?"

Salleh angguk. "Ada khabar angin pasal awak ada sugar mommy, dah dua minggu tersebar satu sekolah," kata Salleh, hampir berbisik.

"HAH?"

Seluruh kelas menoleh ke arah Andi yang tiba-tiba berdiri. Salleh tarik lengan baju Andi, menyuruhnya duduk.

"Saya baru tahu masa rehat tadi. Itupun Shu Fen yang cerita. Dia tak percaya sebab... Khabar angin, kan. Benda tak sahih pun."

"Siapa yang sebarkan?" Andi menyoal, perasaannya bercampur baur.

Salleh hanya jungkit bahu.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 13, 2025 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

TranceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang