BAB 02

1.1K 78 27
                                    

Kot hitam disarung ke tubuh

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Kot hitam disarung ke tubuh. Wajahnya dingin tidak beriak memandang cermin besar yang memantulkan dirinya. Usai mengemaskan kot yang dipakainya, dia melangkah menuju ke arah almari kaca. Kotak kecil berwarna hitam yang berisi jam tangan diambil lalu jam tangan itu dipakainya.

“Beta nak ke Florensia hari ini. Siapkan pesawat.” arah lelaki itu seraya berjalan menghampiri pintu.

“Baik Tuanku.” balas pembantu peribadinya iaitu Rayyan. Dia turut mengikuti langkah raja muda di hadapannya. Raja muda di hadapannya ini bernama Rafiq Davrin. Raja muda ini dingin dan tegas orangnya.

“Rafiq, nak pergi mana tu?” tegur Raisyah yang merupakan satu-satunya kakak yang dia ada.

“Rafiq ada hal dekat luar negara. Jaga Razia elok-elok.” kata Rafiq dengan nada datar. Raisyah yang sedang memotong buah-buahan dipandang sekilas sebelum dia meneruskan langkahnya.

“Hurm.” Raisyah mengeluh perlahan. Jujur dia katakan, istana ini sudah tiada serinya lagi. Bunyi gelak ketawa pun sudah tiada sejak lima tahun yang lalu. Semua penghuni istana sudah berubah, lagi-lagi Rafiq. Sedingin mana hatinya, istana ini turut terkena tempiasnya.

Dulu istana ini penuh dengan gelak ketawa. Ada sahaja telatah penghuni istana yang mencuit hati. Namun semenjak Raja Raziq iaitu ayahanda Rafiq mangkat, semuanya berubah. Raisyah juga perasan hubungan Rafiq dan bonda mereka sudah menjadi renggang, tetapi dia diamkan sahaja. Entah apa yang bondanya dan Rafiq gaduhkan.

Rafiq meloloskan tubuhnya ke dalam pesawat peribadi miliknya. Tidak menunggu lama, pesawat itu mula terbang ke udara. Permadangan hutan di bawahnya dipandang kosong melalui tingkap. Hatinya juga kosong tanpa sebarang rasa. Hanya benci dan amarah sahaja yang menguasai diri.

Sebaik sahaja pesawat itu mendarat, Rafiq menaiki keretanya pula untuk ke vila yang disewa bersama 25 orang pengawal peribadi. Dia perlu berjaga-jaga walau di mana sekalipun dia berada kerana dia merupakan raja Kerajaan Gynzells dan dia masih belum mempunyai pewaris seterusnya, malah tidak mempunyai adik-beradik lelaki.

•••

“Abi...” jerit Hara meleret-leret. Dia berlari ke arah Hannif dengan muka yang basah dengan air mata. Semua orang yang berada di ruang tamu mengalihkan pandangan ke arah Hara.

“Iya? Kenapa ni?” soal Hannif seraya memandang Hara yang duduk di atas karpet di hadapannya. Risau pula melihat anak daranya itu lencun dengan air mata.

“Kapten Hans mungkir janji! Dia cakap dia nak ajar Hara guna pedang hari ini, tapi dia tipu! Hara benci dia!” amuk Hara. Dia paling tidak suka orang memungkiri janji. Sekali janji dimungkiri, sampai bila-bila dia ingat. Biar pun benda yang dijanjikan adalah hal remeh-temeh sahaja, dia akan ingat.

“Kapten Hans kan ada kerja hari ini. Hara pun kenalah faham. Dia bukannya tak nak ajar Hara hari ini, tapi dia ada kerja. Jadi, dia tundalah sekejap nak ajar Hara guna pedang.” jelas Hannif.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang