BAB 65

637 46 5
                                    

Senyuman puas tidak lekang dari bibir Hez. Mata memandang Jayden dan Raja Rafiq yang sedang dipukul silih berganti. Sesekali dia ketawa apabila jeritan Raja Rafiq kedengaran.

Kapten Hans di dalam sel yang berlainan hanya mampu memandang. Puas dia cuba menghentikan Hez, namun adiknya itu langsung tidak mahu mendengar malah menyuruh seseorang menutup mulutnya menggunakan pita pelekat.

“Hentikan,” arah Hez. Langkah dihayun ke arah sel tahanan Raja Rafiq.

“Seronok bukan dapat bermain macam ni?” Ujar Hez. Raja Rafiq meludah air liur bercampur darah ke tepi. Matanya tajam memandang Hez.

“Kau akan menyesal Hez,” tutur Raja Rafiq.

“Aku tak rasa macam tu. Sekarang aku sudah jadi raja. Aku akan ubah seluruh Gynzells menjadi negara ketenteraan supaya aku dapat tawan negara lain juga.” Dengan bangga Hez berkata. Sudah dapat dia bayangkan bagaimana dia akan ubah Gynzells nanti.

“Kau tamak. Sikap tamak cuma akan membawa kepada kemusnahan!” Hez ketawa mendengar kata-kata Raja Rafiq.

Deringan telefon kedengaran membuatkan mereka senyap seketika. Mata Hez meliar mencari punca bunyi tersebut. Langkah diatur ke arah kot Jayden yang berada di atas lantai. Lantas, bahagian poket digagau. Tidak sempat Hez mahu menjawab, panggilan itu terlebih dahulu mati.

“Nombor tak dikenali. Bising betul!” Hez mendecit.

Sekali lagi deringan telefon kedengaran. Hez mendengus kasar. Entah siapa yang sibuk sangat menelefon. Panggilan dijawab. Baru sahaja Hez ingin memaki gerangan yang menelefon, namun suara yang menjamah pendengaran membuatkan Hez melorek senyuman.

Dijauhkan seketika telefon tersebut. Mata dikalihkan ke arah Raja Rafiq.

“Your sweetheart, Puteri Hara Aralyn.” Terkedu Raja Rafiq apabila sebaris nama itu ditutur Hez. Apa yang membuatkan Hara menelefon Jayden? Sudah tersebarkah berita tentangnya ke Florensia?

“Ada apa tuan puteri?” tanya Hez sebaik sahaja telefon dipasang pembesar suara. Dia mahu Raja Rafiq mendengar apa yang dibicarakan bersama Hara.

•••

“Kau? Kenapa kau yang jawab? Dah miskin sangat ke sampai telefon Jayden pun kau ambil,” hambur Hara.

“Siapa cakap aku miskin? Sekarang aku ialah raja Gynzells. Aku mampu dapatkan apa-apa sahaja yang aku nak termasuk kau,” ujar Hez.

“Kepala otak kau. Mana Jayden?”

“Mencari Jayden atau mencari Rafiq?”

“Kau tahu Hez. Jangan bagi soalan kurang cerdik kau tu. Cepat cakap!” Dada Hara sudah berombak. Marahnya usah dikata. Rasa mahu belasah Hez sampai lunyai! Lagi-lagi apabila Hez ketawa.

“Kau nak tahu mereka di mana bukan? Dengarlah....”

Hara diam seketika. Selang beberapa saat terdengar bunyi sesuatu seakan seseorang sedang memukul. Gigi diketap kuat. Dia tahu bunyi itu.

“Hentikannya Hez. Lepaskan mereka,” suruh Hara.

“Kau datanglah ke sini. Kita buat pertukaran antara kau dan mereka. Kalau kau sudi serahkan diri kepada aku, aku akan biarkan mereka hidup.” Ujar Hez.

Tanpa menjawab, Hara terus mematikan panggilan tersebut. Telefon diserahkan kepada Aqeef. Sesudah itu, anduh dibuka dan diletak kasar di atas meja. Sesekali dia menggeliatkan tangan kanannya itu. Tak adalah sakit mana. Mungkin sudah mahu sembuh.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang