BAB 29

508 52 9
                                    

Raja Rafiq memandang ke luar jendela untuk mengambil sedikit udara segar. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Mata memerhati kawasan halaman istana. Lama dia berdiam, bunyi derap kasut menyapa halwa telinga. Tidak menoleh malah membiarkan gerangan tersebut menghampirinya sendiri.

“Sampai bila gadis itu akan tinggal di sini sedangkan dia bukanlah seorang dayang?” Suara Tengku Kella kedengaran. Raja Rafiq diam tidak menjawab. Jika dia menjawab, Tengku Kella tetap akan menyibuk dalam segala urusannya.

“Bonda dengar semuanya. Gadis itu sudah mula menyayangi anakanda bukan? Dan anakanda...” Tengku Kella jeda. Tawa sinisnya kedengaran, namun Raja Rafiq masih lagi beriak tenang.

“...Anakanda pun cintakan dia bukan? Menarik!” Tengku Kella ketawa lagi.

“Walaupun menarik, bonda tetap tidak akan biarkan dia mendekati kamu. Bonda akan buat apa sahaja supaya kamu dan dia akan berjauhan daripada satu sama lain.” ujar Tengku Kella.

“Anakanda benar-benar tidak mengenali bonda lagi. Apa yang membuatkan bonda berubah sampai bonda jadi seperti ini?” Soalan Raja Rafiq hanya dibalas dengan kebisuan Tengku Kella. Dia sendiri tidak tahu mengapa hidupnya yang dahulu aman dan bahagia menjadi kucar-kacir serta penuh kebencian seperti ini. Adakah silapnya sendiri yang tidak dapat mengawal keadaan?

“Anakanda ingatkan bonda lagi, jangan masuk campur dalam urusan anakanda dan jangan sesekali menyentuh dia.” Usai berkata, Raja Rafiq melangkah ingin pergi. Namun langkahnya terhenti tatkala Tengku Kella menarik lengannya.

“Bonda lakukan semua ini untuk anakanda. Jangan salahkan bonda jika bonda bertindak kasar kepada Puteri Aralyn!” kata Tengku Kella. Raja Rafiq menepis tangan Tengku Kella yang masih memegang lengannya. Badan dipusing menghadap Tengku Kella.

“Lakukan semua yang bonda ingin buat kerana anakanda? Bonda bergurau dengan anakanda? Semua yang bonda lakukan, hanya memberi rasa sakit, marah dan kecewa kepada anakanda. Itu yang bonda mahukan?” Raja Rafiq ketawa sinis berbaur sedih. Wajahnya jelas menunjukkan dia sedang kecewa ketika ini.

“Mengapa anakanda tidak nampak sesuatu yang lain selain daripada itu? Anakanda... tidak memahami bonda.”

“Sesuatu yang lain apa! Bonda langsung tidak menjelaskan apa yang berlaku kepada anakanda! Bonda asyik mengelak sehinggakan anakanda marah dengan sikap bonda!” marah Raja Rafiq. Mata sudah merah dengan air mata yang tertahan-tahan daripada keluar.

“Betul apa yang bonda katakan. Anakanda benar-benar tidak dapat memahami bonda lagi.” Raja Rafiq beredar pergi tanpa menghiraukan panggilan Tengku Kella. Wajah diraup membuang sisa air mata.

Pintu dihempas kuat hinggakan Hara yang baru sahaja ingin keluar dari bilik terkejut. Bilik Raja Rafiq dipandang. Kemudian, dia pandang ke arah Jayden yang menghela nafas pula. Terkebil-kebil dia seketika kerana tidak memahami apa yang sedang terjadi.

“Tuan puteri, ini burung siapa? Kenapa boleh ada dalam istana?” tanya Jayden. Hairan melihat burung kakak tua yang berada di atas lengan Hara untuk pertama kalinya.

“Burung kesayangan saya,” jawab Hara. Dia berjalan menghampiri Jayden. Lantas lengan Jayden ditarik menjauhi bilik Raja Rafiq.

“Kenapa tuan puteri menarik patik ke sini?” tanya Jayden. Terkejut dia dengan tindakan Hara.

“Cuma nak tanya soalan. Kenapa dengan Raja Rafiq?” Hara menyoal.

“Errr...” Jayden teragak-agak ingin memberitahu memandangkan itu hal peribadi Raja Rafiq. Jika dia bongkarkannya, risau pula Raja Rafiq akan menghukumnya.

“Bagitahu sajalah.” Gesa Hara.

“Maaf tuan puteri, tetapi patik tidak boleh memberitahu tuan puteri.”

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang