BAB 67

631 50 5
                                    

Hez yang terbaring dalam dakapannya dipandang dengan linangan air mata. Pipi Hez ditekup seraya jari jemari membersihkan darah yang keluar dari mulut Hez.

“Hez takkan biarkan abang cedera di hadapan mata Hez sebab Hez sayangkan abang. Meski Hez terpaksa korbankan nyawa untuk selamatkan abang, Hez akan buat.” Tutur Hez. Kapten Hans menggeleng menidakkan kata-kata Hez. Dia paling tidak mahu keadaan seperti ini. Sebagai seorang abang, dialah yang sepatutnya melindungi Hez.

“Hez dengar abang bakal bertunang dengan Puteri Mikaila. Dia cantik orangnya. Hez... titipkan abang kepada dia. Hez harap... dia jaga abang baik-baik seperti mana Hez selalu perhatikan abang dari jauh.” Berkerut dahi Hez di akhir ayat. Nafasnya terasa sesak seolah-olah oksigen berhampirannya berkurangan.

“Jangan mengarut. Abang akan bawa Hez ke hospital. Jangan tidur dulu Hez,” kalut Kapten Hans melihat Hez memejamkan mata.

“Maafkan Hez. Jaga diri abang. Hez sangat sayangkan abang,” tutur Hez. Nafasnya semakin perlahan. Saat nafas Hez sudah hilang, Kapten Hans merasakan seolah-olah dunianya kelam. Pergi seorang adik dirasakan seperti hilang segala-galanya.

“Hez....” Tubuh Hez dipeluk kemas. Bibir pula mengucup dahi Hez walaupun tangisannya masih terhambur. Siapa sahaja yang tidak sedih apabila orang yang disayangi pergi untuk selama-lamanya?

Jayden, Hazzar dan Cik Nara hanya mampu diamkan diri melihat situasi itu. Terbit juga rasa kasihan akan Kapten Hans.

Tidak lama masa berlalu, Hazzar dan beberapa orang tentera menguruskan mereka yang tercedera. Jayden, Cik Nara serta Zaqif sudah dibawa ke hospital.

•••

Ketukkan pada pintu bilik menggamit perhatian Hara dan Raja Rafiq. Langkah diatur membuka pintu. Berkerut kecil dahi Hara melihat wajah sembap Kapten Hans.

“Apa yang terjadi kapten?” tanya Hara.

“Boleh patik masuk? Patik nak jumpa Tuanku Raja Rafiq.”

“Masuklah.” Hara beralih ke tepi memberi laluan untuk Kapten Hans masuk.

“Patik datang untuk mengabarkan tuanku tentang Hez. Adik patik sudah mati. Jayden dan Cik Nara boleh menjadi saksi bahawa kata-kata patik adalah benar.” Ujar Kapten Hans. Terkedu Hara dan Raja Rafiq seketika.

Jika Hez menyerahkan diri, mungkin masih ada peluang untuk Hez hidup lama. Itu pun bergantung kepada hukuman yang diberi. Namun, mustahil untuk Hez keluar dari penjara dan jalani hidup baru.

“Tujuan patik ke sini bukan sahaja untuk cakap perkara ini, tapi... patik mahu meminta izin tuanku untuk kebumikan adik patik.” Ujar Kapten Hans lagi.

“Baik, pergilah.” Balas Raja Rafiq tanpa berfikir panjang. Marah dan sedih itu ada kerana keluarganya terkorban disebabkan perkara yang tidak betul. Namun, Hez juga layak dikebumikan secara baik.

“Terima kasih tuanku,” ucap Kapten Hans seraya melutut.

“Bangunlah. Beta tiada sebarang permusuhan atau dendam dengan kamu.” Ujar Raja Rafiq. Kapten Hans juga mangsa keadaan. Apa yang berlaku berpunca daripada Hez yang dikawal minda akibat kemurungan.

Setelah Kapten Hans keluar dari wad tersebut, Hara labuhkan punggung di atas kerusi. Senyuman nipis diberi kepada Raja Rafiq.

“Abang Areez bawa Puteri Ediana ke Istana Florensia. Bila Istana Gynzells siap dikosongkan, baru kami bawa Puteri Ediana ke sini.” Tutur Hara.

“Nampaknya Florensia berjasa besar terhadap Gynzells. Macam mana beta perlu membalasnya nanti?”

“Kahwin sajalah dengan patik,” jawab Hara. Tidak semena-mena sisi kepalanya diketuk oleh Raja Rafiq.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang