BAB 07

576 59 6
                                    

Bibir bawah digigit tatkala mendengar namanya diseru. Perlahan-lahan badan dipusing menghadap ke arah dua orang pengawal istana itu. Sengihan gugup ditayang.

“Puteri Hara? Puteri buat apa di luar pada waktu malam seperti ini?” soal salah seorang pengawal tersebut. Hairan pula melihat Hara keluar waktu lewat malam seperti ini. Itu pula ke halaman belakang istana dengan berpakaian serba tertutup seakan pengintip sahaja.

“Macam mana kau dapat kenal aku?” tanya Hara agak gelisah. Otaknya masih mencerna alasan apa yang hendak diberi supaya dapat melepaskan diri dari situ.

“Gaun dan rambut tuan puteri.”

“Bodohnya aku.” Kepalanya ditampar perlahan. Tidak terfikir pula hendak menukar pakaian dan menyorokkan rambut.

“Apa-apa sajalah. Teruskan meronda.” suruh Hara. Baru sahaja setapak dia melangkah, suara pengawal tersebut kedengaran lagi. Hara mendengus kasar seraya berpaling semula.

“Nak apa lagi? Aku tendang nanti baru tahu!” marah Hara, sengaja hendak menakutkan dua orang pengawal tersebut. Ketika berlatih bersama-sama, bukan main berat mulut hendak meluahkan kata-kata. Sekarang banyak bertanya pula.

“Puteri Hara hendak ke mana? Sudah lewat malam dan berbahaya untuk tuan puteri keluar.”

“Aku nak pergi ke gym. Kau tengok tak aku semakin gemuk dan comel? Sudah-sudah... Jangan kacau aku.”

“Tapi...” Hara mencerlungkan mata apabila pengawal itu masih bersuara. Memang melambatkan kerjanya sungguh! Janganlah ada penghuni istana lain pula perasan akan dia di situ.

“Puteri Hara bawa snek. Makan snek lewat malam macam ni nanti gemuk juga. Sia-sia sahaja bersenam.” ujar pengawal tersebut. Hara tunduk memandang beg yang digalasnya. Zip yang sedikit terbuka memperlihatkan snek-snek yang diisi ke dalam beg.

“Ish! Bukan urusan kau. Kau berani cakap aku gemuk sekali lagi, aku suruh Putera Aqeef denda korang berdua makan makanan pedas seminggu!” ugut Hara. Pengawal istana itu mula cuak. Sudahlah perutnya ‘bermasalah’, janganlah disuruh makan makanan yang pedas pula.

“Maafkan kami, tuan puteri.”

“Sudahlah. Jangan kacau aku. Pergi buat kerja kau.” Hara lantas beredar dari situ tanpa menghiraukan lagi pengawal istana tersebut. Dia bukannya hendak ke gym untuk bersenam pun. Cuma, jalan yang akan dilaluinya untuk ke kandang kuda perlu melintasi gym.

“Nyaris-nyaris kantoi.” Dada diusap beberapa kali. Hara mula berlari menuju ke arah gym. Agak jauh juga jika berjalan kaki, tetapi di gym mempunyai beberapa buah basikal. Untuk ke kandang kuda, tenaganya tidaklah banyak digunakan jika pergi dengan mengayuh basikal.

“Wuish ada orang!” Hara brek mengejut daripada pergi mengambil basikal apabila melihat seseorang terbaring di atas sofa.

“Ya, sayang. Manalah I tahu. Sudahlah, nanti you tetap akan ke luar negara bukan?” Suara Zaqif di dalam gym kedengaran.

“Diam-diam ada kekasih. Siaplah dia bila aku balik ke istana semula.” omel Hara. Nampaknya dia ada ‘sesuatu’ untuk membahan Zaqif nanti. Basikal diambil penuh berhati-hati lalu dibawa ke jambatan.

“Lupa pula ada pengawal dekat pintu pagar kandang. Macam mana eh?” Kepala yang tidak gatal digaru. Kalau tadi dia mencuri kunci, sekarang dia perlu merempuh hutan tidak jauh dari pintu pagar tempat pengawal berkawal.

Waktu malam seperti ini, manalah dia berani. Sedegil-degil dan senakal dia pun, penakut juga akan kegelapan. Entah apa yang akan muncul nanti.

Mancis di dalam beg pakaian dikeluarkan tatkala dia mendapat satu idea bernas untuk mengalihkan perhatian pengawal-pengawal tersebut. Perlahan-lahan dia mendekati hutan dan membakar sedikit daun kering.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang