Bunyi kicauan burung dan silauan cahaya matahari pagi pada wajah sedikit sebanyak mengganggu lena Hara. Mata ditenyeh seketika menghilangkan kabur. Sesaat, dia mendesis kesakitan. Pergelangan tangan yang ditampal dengan lumatan daun dipandang.
“Apa ni? Aku cedera ke semalam?” Hara menyoal sendiri. Terpinga-pinga dia memandang tangannya.
“Sakitnya. Kenapa sakit sangat?” Dia mula ingin menangis. Lukanya menjadi terlalu pedih. Mungkin disebabkan oleh lumatan daun yang tertampal.
“Abang sakit!” jerit Hara seraya berdiri lalu melompat setempat. Dia sudah tidak dapat menahan rasa pedih yang menjalar pada lukanya.
“Kau melalak apa pagi-pagi macam ini?” Satu suara daripada atas pokok tempat dia bersandar tadi membuatkan dia terkejut. Tidak pergi lagi lelaki ini. Dengan muka yang tersebik-sebik dia mendongak ke atas.
“Kau buat apa dekat tangan aku? Sakit!” dengus Hara. Lelaki itu menggulingkan mata ke atas lalu melompat turun.
“Aku letak ubat. Memang pedih dia lain macam sikit awal-awal. Nanti eloklah tu. Memandangkan kau dah bangun, aku pergi dulu.” Baru dua langkah dia berjalan, suara Hara menghentikan perbuatannya. Kepala ditoleh memandang Hara.
“Apa?”
“Rian... Nanti kalau aku datang ke sini lagi, kau akan ada tak?” soal Hara. Dia sudah menganggap Rian sebagai sahabatnya. Bukan sahaja sahabat, malah penyelamatnya.
“Sebaiknya kau tak masuk ke dalam hutan ni lagi. Perompak sedang berkeliaran dan mereka pasti sedang cari kau.” ujar Rian dengan tangan yang berpeluk tubuh.
“Cari aku? Kenapa?”
“Kau rasa?” Kening kanan diangkat menyuruh Hara meneka sendiri.
“Erm mesti sebab aku terlalu cantik. Tak ada sesiapa dapat tandingi kecantikan aku.” Hara terkekeh suka membayangkan dia digilai ramai dan dipuji cantik.
“Stupid! Kau gemuk.” Serentak itu, Rian menjentik buah kecil mengenai perut Hara. Mendesis kesakitan gadis itu dibuatnya.
“Auch! Kurang ajar kau! Dia fikir asal kurus saja cantik sangatlah? Mata tu buta agaknya! Cungkil pakai sudu baru tahu!” bebel Hara. Rian hanya buat bodoh dan beredar dari situ.
“Tuan puteri gemuk. Tuan puteri gemuk.” Suara Nia, si burung kakak tua pula kedengaran. Memang mencari nahas dengan Hara sungguh. Kepala ditoleh ke arah Nia dengan mata yang membulat.
“Kau... Nanti aku jadikan makan malam! Kau tunggu, kau!” Kedua belah tangan dikepal membentuk penumbuk lalu diangkat ke sisi. Usai itu, Hara menjerit kuat. Jikalau Hara menjadi Hulk tiba-tiba, salahkan Nia dan Rian. Memang merosakkan mood sungguh di pagi hari yang indah ini.
“White, jom makan.” Hara mendengus sebelum duduk bersila di atas tanah. Dia perlu mengisi perut terlebih dahulu. Kemudian barulah dia boleh meneruskan perjalanan. Dia yakin, dia akan sampai di istana sebelum senja.
•••
Tangan disilangkan di dada. Dahinya berkerut mencari tempat untuk melepasi dinding istana. Tidak silapnya, pasti ada pintu khas untuk dayang keluar masuk istana dan semestinya ia terletak di belakang istana atau di tepi.
“Cari pintu dululah. Terpaksa meronda keliling pagar istana ni.” Nafas dihela sebelum dia melangkah. White dan Nia sudah ditinggalkan di sebuah bangsal. Kebetulan pula tadi dia menjumpai sebuah bangsal yang terlihat sepertinya sudah lama ditinggalkan. Untung sahaja terjumpa. Tidak perlu susah-susah mencari tempat tinggal bagi dua ekor haiwan kesayangannya itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/243212026-288-k606731.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
KINGDOM : PUTERI HARA ARALYN
Fantasy[COMPLETE] [MODERN + ROYAL FANTASY + ACTION ROMANCE] Dendam dan keadilan... Membawa dia ke negara bernama Gynzells, bersebelahan Florensia. Berjumpa dengan seorang raja yang tidak pernah dikenalinya membuahkan rancangan yang memakan diri sendiri. Ja...