Rian melilaukan matanya di segenap bangsal usang yang menjadi tempat Nia dan White berteduh. Pandai juga Hara mencari tempat.
“White! Rindunya!” Bersungguh-sungguh Hara memeluk kuda putihnya. Burung kakak tua di dalam sangkar dikeluarkan. Lahai... Rasa mahu menangis pula. Baru tiga hari berjauhan dengan White dan Nia, rasa seperti sudah setahun tidak berjumpa.
“Kau tahu siapa pemilik bangsal ni?” tanya Hara. Rian menggeleng sebagai balasan. Yang dia tahu, bangsal usang ini memang sudah lama kosong. Mungkin juga bangsal ini asalnya sebuah stor barang simpanan.
“Kau cakap kau penjaga hutan. Takkan pasal rumah ni pun kau tak tahu?” Hara melabuhkan punggungnya di atas kerusi kecil di sebelah Rian.
“Kau fikir umur aku ni sama tua dengan hutan ni ke? Walaupun aku penjaga hutan, tak bermakna semua benda dalam hutan ni aku tahu.” ujar Rian. Hara menjuihkan bibirnya. Ceh! Iyalah tu!
“Rian... Tadikan semasa aku kemas bilik bacaan, aku jumpa satu buku ni. Kau nak tengok tak? Sekejap!” Hara berlari ke arah White. Buku yang dibawanya dicapai lalu dia duduk di tempat tadi semula.
“Kau tengok ni. Ada banyak haiwan comel dalam buku ni. Geram aku tengok.” kata Hara. Gigi diketap dengan senyuman lebar.
“Kau suka sangat dengan haiwan?” Rian menongkat dagu memandang ke arah Hara. Tidak pernah dia jumpa seorang gadis yang sangat menyukai haiwan sebegini. Hara mengangguk penuh yakin.
“Suka semuanya, kecuali labah-labah. Aku geli dengan serangga yang satu itu. Dekat rumah aku, aku ada bela macam-macam jenis serangga juga. Ladybird, belalang, beluncas, rama-rama. Em... Apa-apa pun dalam kebanyakannya, White dan Nia paling disayangi.” ujar Hara.
“Pilih kasih.” Dahi Hara ditepuk membuatkan Hara mengaduh kesakitan.
“Ish! Mana ada!” nafi Hara.
“Kenapa kau suka sangat haiwan?” tanya Rian. Hairan dia mengapa Hara terlalu menyukai haiwan. Tidak menyusahkan ke untuk membersihkan tempat tinggal haiwan tersebut dan memberinya makan setiap hari?
“Sebab haiwan tak boleh buli aku. Mereka comel dan tak pernah nak buat jahat dengan aku.”
“Tak silap aku, tempoh hari Nia cakap kau gemuk.” Rian menjongketkan keningnya.
“Ish! Abang Areez yang ajar.” Hara mencemberutkan mukanya. Bila diingat balik, panas pula hatinya. Mahu sahaja dia tendang Areez sekarang ini.
“Rumah kau dekat mana?” Rian cuba mengorek identiti Hara. Gadis di hadapannya ini agak mencurigakan. Pertama kali bertemu, katanya mengembara di dalam hutan. Kali ini, tiba-tiba pula menjadi seorang dayang.
“Err... Err... Dekat sebuah kampung. Agak terpencil. Aku rasa kau mungkin tak kenal tempat tu.” Hara menggosok belakang lehernya. Harap-haraplah penipuannya tidak terbongkar.
“Em Rian... Kau tak takut ke?” soal Hara tiba-tiba. Dia mahu mengalih topik.
“Takut? Takut apa?” Dahi Rian berkerut hairan.
“Takut kena tangkap basah. Kita berdua saja dalam bangsal ni. Malam-malam macam ni pula tu.” ujar Hara. Rian sudah melopong. Tangkap basah? Seriuslah?
“Kau gila ke apa? Beberapa tahun aku merayau dalam hutan, aku jumpa perompak, petani dan kau saja dalam hutan ni. Mohon berfikir dengan waras sikit wahai mak cik.” Dahi Hara ditepuk. Geram pula dengan soalan kurang bijak Hara.
“Ish! Apa main tampar-tampar dahi orang ni? Kalau dahi aku jadi macam dahi ikan flower horn, siaplah kau!” dengus Hara. Geram ni, geram!
“Okey. Aku siap-siap nak campak kau ke laut. Nak jadi ikan sangat, bukan?” Rian senyum mengejek walaupun Hara tidak nampak senyuman mengejeknya. Biarlah! Asalkan diri sendiri puas.
KAMU SEDANG MEMBACA
KINGDOM : PUTERI HARA ARALYN
Fantasy[COMPLETE] [MODERN + ROYAL FANTASY + ACTION ROMANCE] Dendam dan keadilan... Membawa dia ke negara bernama Gynzells, bersebelahan Florensia. Berjumpa dengan seorang raja yang tidak pernah dikenalinya membuahkan rancangan yang memakan diri sendiri. Ja...