BAB 27

494 54 8
                                    

Langkah Hara terhenti tatkala tidak mendengar derap kasut Rian. Kepala ditoleh ke arah Rian yang sudah berhenti berjalan. Dahi berkerut kecil, hairan kerana lelaki itu berhenti berjalan sedangkan mereka belum sampai ke bangsal lagi.

“Aku boleh hantar kau sampai ke sini saja,” tutur Rian.

“Kenapa? Kan belum sampai lagi.”

“Aku masih ada urusan. Kau hati-hatilah pulang ke istana. Selepas ini, jangan cari aku dalam hutan. Utus sahaja surat melalui Nia jika mahu bertemu. Ia tahu aku berada di mana.” ujar Rian. Hara semakin pelik. Rian tidak mahu bertemu dengannya lagi atau tidak mahu dia menjejakkan kaki ke hutan?

“Tiba-tiba pula. Cuba kau bagitahu aku sebabnya.”

“Kau sendiri laluinya semalam Aralyn. Masih tidak serik? Hutan ini sudah tidak selamat. Sejak beberapa hari ini, orang berpakaian hitam macam semalam ada di mana-mana sahaja.” Penjelasan Rian buat Hara teraguk faham. Rupa-rupanya disebabkan kejadian semalam.

“Tapi kau... orang berpakaian hitam yang selamanya ada dalam hutan inikan, Encik Penjaga Hutan?” Hara sengih dengan kening terangkat-angkat. Tidak semena dahinya ditunjal oleh Rian.

“Sempat lagi kau bergurau. Ingat, utus surat melalui Nia. Walaupun aku sentiasa ada dalam hutan ini, itu tak bermakna aku boleh lindungi kau setiap kali kau dalam bahaya.”

“Yalah, aku dah faham. Sekarang aku pergi dulu. Kau hati-hati. Daa...” Tangan dilambaikan. Kaki dihayun riang ingin pulang ke istana.

“Kebanyakan lelaki jatuh cinta pada wajah cantik seseorang, tetapi aku pula jatuh cinta dengan kenakalan kau. Apa dah jadi kepada kau sekarang ni?” Dada kiri ditepuk beberapa kali. Tidak faham dia dengan diri sendiri.

Hara membuka langkah wushu tatkala dirinya dikejutkan dengan beberapa orang pengawal istana yang datang mengelilinginya. Dada yang berdetak kuat diusap menenangkan. Fikirnya tadi, sekumpulan orang jahat yang ingin menangkapnya.

“Kenapa kamu semua boleh ada di sini?” tanya Hara. Salah seorang daripada pengawal istana itu berjalan ke hadapan.

“Maklum tuan puteri, tuanku telah mengarahkan kami untuk mencari tuan puteri kerana tuan puteri tidak pulang semalaman.” Ujarnya. Hara helakan nafas lelah. Buat dia terkejut sahaja diserbu macam diserbu penyamun.

“Sudahlah. Jom balik.” Hara berjalan diikuti para pengawal istana.

Tiba sahaja di dalam istana, wajah datar Raja Rafiq menjamah pandangan mata. Raut wajah Raja Rafiq seakan tidak peduli sahaja akannya membuatkan hati Hara sedikit sebanyak dihambat rasa kecewa.

“Seronok keluar?” tegur Raja Rafiq. Hara sengih tidak bersalah dan mengangguk.

“Kenapa keluar tidak memaklumkan kepada beta dahulu?” Raja Rafiq berpeluk tubuh. Geram juga dengan sikap Hara.

“Sini...” Hara dengan beraninya menarik lengan Raja Rafiq menuju ke ruang santai.

“Puteri Aralyn bakal jadi Ratu Gynzells ke?” bisik salah seorang pengawal istana.

“Tak mungkinlah. Kau tahu Puteri Aralyn tu macam mana orangnya. Kalau dia jadi permaisuri, kacau agaknya istana. Tengoklah situasi sekarang.” Ujar salah seorang lagi.

“Daripada kamu semua mengumpat dekat sini, lebih baik kamu semua sambung kerja. Dengar dek tuanku, nahas nanti.” Mereka mula bersurai setelah mendengar kata-kata pengawal istana tersebut. Takut juga akan ketahuan oleh Raja Rafiq.

“Kenapa tarik beta ke sini?” tanya Raja Rafiq seraya menepis tangan Hara. Hara juihkan bibir. Sedikit terkesan dengan perlakuan Raja Rafiq.

“Nak jelaskan kepada tuanku apa yang terjadi. Kalau tuanku dah tahu isi ceritanya, sudahlah... Patik masuk bilik dahulu. Daa...” Tangan dilambaikan sambil kaki melangkah acah ingin beredar dari situ.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang