BAB 43

481 57 8
                                    

Kaki dihayun ceria menuju ke tingkat atas sambil tangan menggenggam sebalang biskut buatannya. Tidak sabar hendak memberi biskut itu kepada Raja Rafiq.

Pintu yang tertutup rapat ditolak perlahan. Hara berjalan menghampiri kolam renang yang terlihat tenang airnya. Tiada orang pula di sekitar kawasan ini. Setahunya Raja Rafiq akan berada di sini pada waktu pagi jika tiada di dalam bilik bacaan atau pun ruang santai.

Mendengar bunyi air berkocak apabila ada sesuatu yang timbul, Hara terkejut kecil. Spontan kaki terundur beberapa langkah.

Tubuh berotot lelaki yang baru sahaja keluar dari air menjadi tatapannya, namun hanya seketika. Parut-parut yang terdapat pada tubuh itu lebih menarik perhatiannya. Parut di bahu dan di bahagian pinggang... terlihat seakan-akan luka yang dialami oleh seseorang yang dia kenal.

Mata dikecilkan meneliti lagi luka tersebut. Mana tahu dia tersilap nampak. Tidak akanlah lelaki itu berada di dalam kolam mandi milik Raja Rafiq.

“Rian,” panggil Hara. Lelaki itu kaku seketika. Selang beberapa saat kepala ditoleh ke belakang.

Semakin berkerut dahi Hara melihat parut bekas luka tikaman di dada. Rian juga pernah terluka di situ setahunya. Sekarang... mengapa Raja Rafiq mempunyai parut di tiga tempat yang tepat-tepat di mana Rian terluka ketika bersamanya?

“Kenapa... tuanku? Rian? Tuanku ialah Rian?” Mendengar soalan Hara, Raja Rafiq ketap gigi. Sudah terbongkarkah?

“Kenapa kamu bertanya sebegitu?” Raja Rafiq masih mengekalkan riak tenangnya. Langkah diatur keluar dari kolam renang. Tuala yang tersidai di atas kerusi dicapainya lalu dililit pada pinggang.

“Bekas luka tuanku sama seperti kecederaan yang dialami oleh Rian. Jangan cakap tuanku sebenarnya memang Rian.” ujar Hara.

Raja Rafiq terdiam. Sesekali dia memandang parut di dadanya. Memikirkan akibat yang akan berlaku, dia tidak pasti mahu membongkarkan perihal tersebut kepada Hara sekarang atau tidak.

Tidak betah lagi melihat kebisuan lelaki itu, Hara berjalan menghampiri Raja Rafiq. Matanya tidak lepas memandang seraut wajah itu. Tangan diangkat kemudian dibawa ke hadapan wajah Raja Rafiq, menutup separuh wajah lelaki itu.

“Mirip. Tuanku memang Rian. Kenapa... tuanku membohongi patik?”

“Beta...” Raja Rafiq mati kata. Melihat wajah kecewa Hara membuatkan dia berasa risau. Hara akan membenci diakah nanti?

Hara pejam mata sesaat. Kepala diangguk beberapa kali lalu dia beredar. Panggilan daripada Raja Rafiq langsung tidak dipedulikan.

“Tak guna!” Raja Rafiq mendecit. Satu hal pula dia kena mencari jalan untuk memujuk Hara. Mana boleh meninggalkan buah hatinya dalam keadaan sebegitu. Tidak tenang dirinya nanti.

Hara duduk bersandarkan batang pokok. Ibu jari digigit dengan kerutan di dahi. Sesekali keluhan terbit daripada bibirnya. Fikirannya dipenuhi oleh Raja Rafiq dan Rian saat ini. Bagaimana boleh Rian yang menyembunyikan identitinya ialah Raja Rafiq? Sikap pun agak berlainan.

“Nampaknya Raja Rafiq lagi pakar dalam hal menipu berbanding aku. Kalaulah aku tahu sejak awal Rian tu ialah Raja Rafiq, nak saja aku belasah dia semasa dia menyamar jadi Rian. Ei geramnya!” dengus Hara.

“Memandangkan keadaan dah jadi macam ni... Kenapa aku tak memanfaatkannya saja?” Hara melorek senyuman penuh makna. Idea yang terlintas di benak fikirannya sungguh bernas untuk mencapai tujuan utamanya.

•••

Roti bakar dicarik kepada dua bahagian, kemudian disuap ke dalam mulut. Tatapan Raja Rafiq langsung tidak dihiraukan malah Hara lebih melayan sarapannya.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang