Zaqif silangkan kakinya. Mata memandang Aqeef yang beriak tenang itu sekilas. Suruh berehat di dalam, tidak mahu. Berkeras mahu mengambil udara di luar. Sudahnya, dia terpaksa mengekori lelaki itu keluar.
“Macam mana dengan luka?” soal Zaqif memulakan bicara.
“Biasa. Bukan ke kau pergi kejar penjahat tu? Macam mana? Dapat tak?” Aqeef mengalihkan pandangannya ke arah Zaqif. Lelaki itu terlihat baik-baik sahaja tanpa sebarang kecederaan. Jadi, dia berasa agak lega.
“Tak dapat. Orang tu tangkas sangat berlari. Panjat pokok pun macam monyet dah gaya. Laju gila.” Zaqif mencebik tidak puas hati. Masih teringat lagi aksi tangkas orang itu memanjat pokok dan melarikan diri. Belajar seni mempertahankan diri jenis apa pun tidak tahu.
“Jangan bergerak! Angkat tangan ke atas!” Satu suara kedengaran dengan tangan kiri yang laju melingkar di leher Zaqif. Zaqif segera mengikut arahan orang tersebut. Ada yang menyerbu masuk istana lagi ke?
“Kalau tak mahu mati, serahkan FR 50 kepada saya! Cepat! Kalau lambat, saya kelar leher awak!” katanya lagi. Paha ayam panggang dihunus ke leher Zaqif. Aqeef, Izshah dan Mikaila sudah terkebil-kebil.
“Hara!” Zaqif menampar meja di hadapannya.
“Macam mana Abang Zaqif tahu Hara dekat belakang Abang Zaqif?” soal Hara. Perlahan-lahan dia melepaskan leher Zaqif dan duduk di sebelah Aqeef. Mikaila sudah menahan ketawa seraya menepuk dahi. Polos sangat adiknya ini.
“Ayam panggang tu.” jawab Zaqif.
“Ouh... Hara tak sanggup nak pakai pisau. Nanti kalau Abang Zaqif cedera betul-betul macam mana?” Bibir dijuihkan sebelum paha ayam tadi digigit. Lebih lama dibiarkan, nanti paha ayamnya akan menjadi sejuk dan tidak sedap dimakan.
“Biar dia cedera sekali sekala. Itu baru namanya lelaki.” sampuk Aqeef.
“Ish abang ni! Ajaran sesat betullah. Nanti tak pasal-pasal Hara kena marah dengan abi.” ujar Hara.
“Biar kena marah.” Balasan selamba Aqeef membuatkan Hara cemberut. Sakit pula hatinya. Ada abang, perangai tidak seperti seorang abang. Asyik menyakitkan hatinya.
“Menyampahlah dengan abang ni. Nanti Hara mengadu dekat abi, baru tahu!”
“Lembiklah... Kuat mengadu! Macam mana nak jadi macam abi kalau kuat mengadu?” kata Aqeef.
“Mama cakap, dulu abi pun kuat mengadu. Jadi, Hara dan abi sama sahaja! Comel kan?” Hara tersengih. Dia sungguh suka jika ada orang memujinya sama seperti Hannif.
“Tak comel.” Mikaila mencuit dagu adiknya itu. Sekali sekala mengusik Hara agak seronok juga.
“Kapten tengok kakak ni!” Hara yang menjerit tiba-tiba mengejutkan Mikaila. Janganlah Hara membocorkan rahsianya pula. Sudahlah tempoh hari hampir sahaja terbongkar.
“Diamlah!” Mikaila menepuk perlahan bahu Hara. Kapten Hans yang berjalan menuju ke situ sudah terpinga-pinga. Kenapa dia harus melihat Mikaila? Ada sesuatu yang berlakukah?
“Kenapa tuan puteri?” tanya Kapten Hans.
“Err... Tak ada apa.” balas Mikaila, gugup.
“Kenapa kapten datang?” Hara menukar topik.
“Untuk memaklumkan sesuatu kepada Puteri Hara.” jawab Kapten Hans mengundang kerutan di dahi Hara. Penting sangatkah sampai perlu berjumpa dengannya?
“Apa dia? Nak ajak pergi ke Gynzells ke?” Riak wajah Hara bertukar teruja. Ini kalau dia dapat ke Gynzells, mahu sahaja dia mencari Raja Rafiq dan musnahkan lelaki itu. Sesuka hati sahaja mengarahkan orang memanah abang kesayangannya.
KAMU SEDANG MEMBACA
KINGDOM : PUTERI HARA ARALYN
Fantasía[COMPLETE] [MODERN + ROYAL FANTASY + ACTION ROMANCE] Dendam dan keadilan... Membawa dia ke negara bernama Gynzells, bersebelahan Florensia. Berjumpa dengan seorang raja yang tidak pernah dikenalinya membuahkan rancangan yang memakan diri sendiri. Ja...