BAB 39

536 54 15
                                    

Mata memandang televisyen yang terpasang. Tangan Hara tidak lepas daripada memeluk tubuh Hannif yang berada di sebelahnya. Sesekali bertih jagung dimasukkan ke dalam mulut. Melihat kartun di waktu petang sebegini sungguh membuatkan Hara berasa senang.

“Kepala masih sakit lagi?” Soalan Hannif dibalas gelengan.

“Abi, sakit sangat ke bila seseorang patah hati?” tanya Hara.

“Haa! Kau jatuh cinta dengan siapa? Cakap cepat!” sergah Aqeef. Punggung dilabuhkan bersebelahan Hara.

“Dengan seorang lelaki yang menawan dan menggoda. Tak puas cuci mata tengok wajah dia setiap hari. Kalau boleh nak tengok wajah dia setiap saat tanpa kedipkan mata.” ujar Hara. Kedua-dua telapak tangannya sudah melekap di pipi dengan bibir yang tidak lekang dengan sengihan. Aqeef menolak dahi Hara lalu kepala digelengkan.

“Abi, tengok abang tolak kepala Hara.” adu Hara. Cemberut mukanya memandang Aqeef dan Hannif silih berganti. Sekarang dibuli, adalah tempat mengadunya. Raja Rafiq membuli dirinya, dia hanya mampu membalas semula dengan usaha diri sendiri.

“Kau tu yang tak habis-habis merapu. Pandang setiap saat tanpa kedipkan mata kononnya... Baik kau jadi patung dekat pusat beli belah. Abi tahu tak, bulan lepas Hara minta Aqeef dukung dia dari tingkat atas sampai tingkat bawah untuk bawa dia balik. Tak tahu bersopan langsung depan Raja Rafiq!” ujar Aqeef. Jika Hara boleh mengadu, dia pun boleh juga.

“Raja Rafiq sayangkan Hara, tak apa tal bersopan pun.” balas Hara selamba. Aqeef dan Hannif bulatkan mata, terkejut mendengar bicara Hara.

“Apa maksud Hara?” tanya Hannif.

“Bukankah Hara cepat disayangi orang? Raja Rafiq pun tidak terkecuali. Hara dah banyak berbuat nakal dekat istana dia, tapi dia tak hukum berat-berat pun. Adalah Raja Rafiq buli Hara sikit. Raja Rafiq suruh Hara kemaskan bilik bacaan.” jelas Hara.

“Kau ni... terkejutkan abang saja. Ingatkan Raja Rafiq jatuh cinta dengan kau.” Aqeef menunjal dahi Hara sekali lagi.

“Apa salahnya kalau Raja Rafiq jatuh cinta kepada Hara? Raja Rafiq pun manusia. Lagipun Hara dah cuba tambat hati dia, tapi dia macam tak terkesan pula. Hara tak cantik ke?” Hara membelek tubuhnya.

“Adik gemuk.” bisik Aqeef kemudian dia hambur tawa kuat-kuat.

“Abang!” jerit Hara. Lengan Aqeef ditarik lalu digigit. Kuat kedengaran erangan kesakitan daripada Aqeef.

“Balasan! Hara belum berkira lagi dengan apa yang abang ajar dekat Nia. Sepanjang beberapa bulan di Gynzells, dia banyak sakitkan hati Hara!” dengus Hara. Rasa mahu meletup pula tatkala suara Nia mengejeknya bagai kaset rosak di dalam kotak memori.

“Abang tak tahu apa-apa!” Laju Aqeef melarikan diri. Risau digigit lagi oleh Hara. Digigit sekali pun sudah meninggalkan bekas. Mujur sahaja tidak berdarah.

“Ish! Tahu takut!” Hara mendecit perlahan.

“Hara sukakan siapa? Diam-diam pula anak abi ni.” Hannif mencubit manja dagu Hara. Gadis itu tersengih seperti kerang busuk.

“Raja Rafiq,” jawab Hara.

“Hah? Tapi...”

“Memang bukan dia abi. Anak panah itu ditiru hampir sebijik sama, tetapi tidak. Bulan lepas, orang yang culik Hara ialah dalangnya. Sayangnya Hara tak dapat mengingat rupa dia.” Terjuih bibir Hara.

“Tak apalah. Apa-apa pun keputusan Hara, abi akan sokong selagi ia tidak salah atau memudharatkan ramai orang yang tidak bersalah. Jaga diri baik-baik.” Kepala Hara diusap penuh kasih sayang. Airish yang berada berhampiran mereka hanya mendengar.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang