BAB 18

484 47 4
                                    

Habuk di bucu rak ditiup kuat agar jatuh ke bawah. Tangan yang memegang sehelai kain lincah bergerak menggosok sisi rak buku. Hara berhenti seketika sambil menghelakan nafas mengah. Lelah dia mengemaskan bilik bacaan besar seperti ini seorang diri.

“Penatnya,” gumam Hara. Mata diliarkan memandang kawasan sekeliling. Masih ada sedikit sahaja lagi tempat yang perlu dibersihkan.

Pandangan matanya terhenti di suatu sudut di mana meja kerja Raja Rafiq terletak. Tidak terlihat pula lelaki itu hari ini. Bahkan sarapan pun dia tidak hantar kerana ditegah Jayden. Terfikir juga dia ke mana Raja Rafiq pergi hari ini.

Bibir mendecit perlahan. Buang masa sahaja memikirkan tentang Raja Rafiq. Lelaki itu tidak penting langsung baginya! Kaki dibawa menuruni tangga perlahan-lahan. Tersilap langkah, mahu patah pinggangnya.

“Aku tak rasa rancangan aku untuk goda dia berjaya. Sebaliknya pula yang jadi. Tak guna betul Raja Rafiq tu! Berani dia goda Puteri Hara Aralyn yang jelita lagikan berani ini.” omel Hara. Tangan sudah bercekak pinggang dengan muka cemberut.

“Ah sudahlah! Buat orang geram je!” Rak buku ditendang kuat. Tanpa dijangka, beberapa buah buku berat dari atas rak jatuh menimpanya. Hara terjelopok jatuh sebelum terbaring tidak menyedarkan diri.

•••

Ediana silangkan kaki sebaik sahaja duduk di atas sofa. Teh dicicip perlahan.

“Kekanda baru duduk, adinda sudah mahu beredar? Kenapa?” tanya Ediana. Cawan teh diletakkan di atas meja semula. Raja Rafiq yang hendak beredar, terus tidak jadi melangkah. Punggung dilabuhkan kembali di atas sofa.

“Adinda cuma ingin bersendirian. Terlalu penat mahu hadap semua ini. Mengapa kekanda tidak cuba memujuk bonda untuk membongkarkan apa yang dia sedang sembunyikan?” ujar Rafiq.

“Tidak cuba? Bukan tidak cuba, tetapi masalah ini terlalu rumit. Ia tak semudah yang disangkakan oleh adinda.”

“Adakah kekanda juga tahu dalang perihal pembunuhan ayahanda dan siapa yang buat hubungan sulit dengan bonda? Dari ayat kekanda, adinda rasa sepertinya kekanda tahu banyak.” Raja Rafiq sudah berdebar. Salah seorang daripada ahli keluarganya sudah mengkhianat. Sekarang, dia hanya mempunyai Ediana dan adik bongsunya sahaja.

“Adinda mengesyaki kekanda?”

“Tidaklah. Adinda hanya bertanya. Maafkan adinda kerana buat kekanda tersinggung,” kata Raja Rafiq. Risau pula satu-satunya kakak yang dia ada berjauh hati dengannya. Tanpa kakaknya, siapa lagi yang dia hendak percayakan? Mahu mengharapkan adik bongsunya, adik bongsunya sedang sakit. Langsung tidak mampu berfikir waras.


“Tidak mengapa. Adinda, tak kira apa pun yang berlaku... adinda boleh percayakan kekanda. Kekanda janji tidak akan mengkhianati adinda sampai ke akhirnya.” ujar Ediana. Dia bergerak ke sebelah Raja Rafiq lalu tubuh Raja Rafiq dipeluk dari tepi.

“Terima kasih kekanda. Adinda percayakan kekanda.”

“Sama-sama. Kekanda masih mempunyai urusan di luar. Jadi, kekanda pergi dulu.” Mendapat anggukan daripada Raja Rafiq, Ediana terus beredar dari situ. Ediana jarang sekali hendak berada di istana kerana bekerja di luar istana. Tidak betah dia duduk di dalam istana sahaja untuk waktu yang lama. Untuk itu, dia mencari kerja di luar kawasan dan agak jauh.

Raja Rafiq berjalan menuju ke arah ruang santai. Dia melamun seketika memandang ke arah ikan koi yang berada di dalam kolam. Terlalu banyak masalah yang bermain di kotak fikirannya sehinggakan dia rasa terlalu letih untuk berfikir.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang