Teh disisip sedikit sambil mata tidak lepas memandang halaman istana. Tidak sabar dia mahu pulang ke Florensia hujung bulan nanti. Pulang sekejap pun jadilah. Lama-lama nanti dia rindu Raja Rafiq pula. Kalau dia boleh bawa Raja Rafiq sekali, sudah tentu dia akan bawa. Namun sekarang ini situasinya sedikit tidak mengizinkan.
Hara tersentak tatkala sekuntum mawar merah dihulur ke hadapan wajahnya dari sisi. Kepala didongak memandang Raja Rafiq yang tersenyum manis. Lantas, senyuman itu dibalas dan mawar merah tersebut diambil.
“Tak pernah-pernah tuanku bagi bunga kepada patik. Sekarang ini ada apa-apa ke? Atau tuanku perlukan sesuatu daripada patik?” tanya Hara. Raja Rafiq labuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Hara. Kepala ditoleh memandang seraut wajah cantik gadis yang telah menjadi kekasihnya.
“Jangan berfikir banyak. Sudah seharusnya seorang kekasih memberikan bunga kepada pasangannya bukan?”
“Manisnya...” Hara memainkan jari-jemarinya di dagu Raja Rafiq. Dia agak suka perkara baru yang dibuat oleh Raja Rafiq untuknya. Sekurang-kurangnya dia berasa disayangi. Melihat Raja Rafiq ketawa kecil, Hara turut melepaskan tawanya.
Senyuman mereka berdua mati apabila Jayden menghampiri mereka dalam keadaan tercungap-cungap. Lelaki itu terlihat risau dan agak letih. Mungkin letih kerana berlari.
“Tuanku... ada sesuatu terjadi,” kata Jayden diselangi nafas mengah. Raja Rafiq dan Hara sudah mengerutkan dahi. Terlihat seperti penting sahaja perkara yang ingin disampaikan oleh Jayden.
“Apa dia?”
“Puteri Risha... Puteri Risha hilang.” Kata-kata Jayden benar-benar membuatkan Raja Rafiq terkejut.
“Macam mana boleh hilang?”
“Patik tidak tahu. Puncanya masih belum ditemui. Sekarang, Tuanku Bonda Permaisuri Kella sedang mencari Puteri Risha di seluruh istana.” Jelas Jayden.
Raja Rafiq picit pelipisnya. Macam mana adiknya yang hilang kewarasan boleh hilang? Selama ini adiknya itu hanya terperap di dalam bilik sahaja. Keluar berjalan-jalan di ruangan lain pun kadang-kadang.
Tanpa sebarang bicara lagi, Raja Rafiq berjalan meninggalkan Hara. Jayden terkocoh-kocoh mengikuti Raja Rafiq.
“Puteri Risha hilang?” Buntu Hara cuba memikirkan. Meski dia tidak pernah bertemu secara bersemuka, tetapi dia pernah melihat wajah Risha di dalam gambar.
Langkah diatur menuju ke arah Tengku Kella. Raja Rafiq dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehilangan Risha. Tiba sahaja di depan Tengku Kella, Raja Rafiq memandang tajam ke arah wanita itu. Wajah risau wanita itu langsung tidak dipedulilan. Baginya, semua itu palsu!
“Di mana rakan subahat bonda sembunyikan Risha?” tanya Raja Rafiq.
“Rakan subahat apa Rafiq? Bonda tak buat apa-apa!” Bengang Tengku Kella asyik dipersalahkan. Kalau boleh dia mahu akhiri semua itu, namun apa yang dia boleh lakukan? Dia sendiri tidak terdaya untuk mengatasi semua konflik dan masalah yang ada.
“Selama ini bonda yang menjaga Risha. Kenapa sekarang Risha boleh hilang!” Melenking naik suara Raja Rafiq. Hara yang mendengarkan itu bergegas naik ingin menenangkan Raja Rafiq. Namun belum sempat dia sampai ke tingkat atas, dia dikejutkan dengan satu anak panah.
Stritt! Prangg!
Jatuh berderaian pasu yang mengena anak panah tersebut. Lehernya yang terasa pedih cuba dipegang. Tidak hanya pasu yang mengena anak panah tersebut malah lehernya turut terkena. Nasib baik hanya sipi-sipi sahaja. Tidak menghiraukan luka yang ada, Hara memincingkan mata mencari gerangan yang telah memanah dirinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/243212026-288-k606731.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
KINGDOM : PUTERI HARA ARALYN
Fantasy[COMPLETE] [MODERN + ROYAL FANTASY + ACTION ROMANCE] Dendam dan keadilan... Membawa dia ke negara bernama Gynzells, bersebelahan Florensia. Berjumpa dengan seorang raja yang tidak pernah dikenalinya membuahkan rancangan yang memakan diri sendiri. Ja...