BAB 19

498 51 2
                                    

Terpinga-pinga Jayden dan Raja Rafiq melihat Hara mengigau siap menggoyangkan tangan Raja Rafiq. Jayden jalan mendekat ingin membantu Raja Rafiq mengurus Hara.

“Perlu ke patik bangunkan Cik Aralyn?” tanya Jayden. Raja Rafiq melepaskan pegangan tangan Hara pada lengannya.

“Salah Hara... Abang!” Hara membuka matanya. Sembap wajahnya dengan air mata.

“Dah bangun?” Raja Rafiq menyoal. Terkebil-kebil Hara menatap siling dan beralih ke arah Jayden serta Raja Rafiq. Bukan ke dia ada dekat hutan tadi?

“Patik ada dekat mana?” tanya Hara. Tangannya bergerak mengesat wajah yang masih basah.

“Baru jatuh tertimpa buku sudah hilang ingatan. Ini salah satu bilik dalam istana.” jelas Raja Rafiq. Dia berdiri sambil kedua belah tangan disilangkan ke belakang badan. Duduk di birai katil lama-lama, sakit pinggangnya.

“Eh? Bukan dalam hutan?” Pertanyaan Hara buatkan Jayden menahan tawa.

“Dalam hutan apanya? Mengigau duduk dalam hutan rupanya. Beria menangis sebab tak jumpa jalan pulang bukan?” ujar Raja Rafiq. Hara terdiam mengingat kembali mimpinya tadi. Menyeramkan sungguh! Mimpi tadi terasa seperti realiti sahaja.

Namun, bernasib baiklah hanya mimpi. Jika betul-betul terjadi dia tidak tahu apa yang dia akan lakukan selepas ini. Wajah Raja Rafiq ditatap. Benarkah orang yang ingin memanah abangnya, Aqeef ialah Raja Rafiq?

Andai benar, mengapa Raja Rafiq hendak membunuh abangnya? Persoalan-persoalan lama bermain kembali di benak fikiran.

Raja Rafiq kerutkan dahi apabila mata Hara tidak lepas daripada memandangnya. Dia bergerak ke kanan, mata gadis itu turut bergerak ke kanan di mana dia telah pergi berjalan. Begitu juga jika dia berjalan ke kiri. Kesimpulannya, Hara melihat dia tidak kira ke mana dia bergerak.

“Kenapa kamu terus-terusan menatap beta seperti itu? Sudah kehilangan akal sihat setelah pengsan ditimpa buku?” tanya Raja Rafiq.

“Rindu.” balas Hara dengan sengihan acah comel. Terua melonggo Jayden di sebelah. Gila berani!

Raja Rafiq kaku. Rindu? Dia tidak salah mendengar bukan? Rasanya dia baru sahaja korek telinga semalam.

Mungkinkah...

...benar kata-katanya. Gadis di hadapannya ini sudah kehilangan akal sihat.

“Sakit?” tanya Raja Rafiq. Jari telunjuknya menyentuh dahi diri sendiri kemudian dihalakan ke arah dahi Hara. Terus Hara menyentuh dahinya. Terasa agak sakit dan pedih. Baru dia tersedar dahinya terluka.

“Nasib baik luka dahi. Kalau luka batang hidung, cacat muka aku.” gumam Hara lalu dia ketawa kerana geli hati.

“Gila. Uruskan dayang ini.” Raja Rafiq memberi isyarat kepada Jayden.

“Tunggu, tunggu! Tuanku tunggu!” Terkocoh-kocoh Hara berdiri. Ingin menghalang Raja Rafiq daripada keluar punya pasal. Kepala yang tiba-tiba diserang rasa pening membuatkan tubuh Hara hilang keseimbangan.

“Abang!” Terjerit kecil Hara dengan wajah cuak apabila tubuhnya mulai tumbang. Mata dipejam menanti sakitnya jatuh ke lantai.

Saat merasakan tubuhnya seolah-olah dipegang oleh seseorang, Hara membuka mata. Terpampang wajah Raja Rafiq di hadapan mukanya. Mata spontan membulat kerana terkejut. Lantas posisi tubuhnya dibetulkan semula.

“Sudah tahu sakit, masih ceroboh mahu berdiri.” kata Raja Rafiq. Hara menyentuh kepalanya sambil mata memandang Raja Rafiq. Hairan dia melihat Raja Rafiq lebih pendek berbanding dirinya. Bibir spontan melepaskan tawa kecil.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang