BAB 01

1.5K 89 11
                                    

Alunan rambutnya yang panjang mengurai sehingga paras pinggang menarik perhatian beberapa orang lelaki yang sedang berbual di laman

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Alunan rambutnya yang panjang mengurai sehingga paras pinggang menarik perhatian beberapa orang lelaki yang sedang berbual di laman. Sudah mereka tahu siapakah gerangan yang lalu di hadapan mereka. Hanya gadis itu sahaja perempuan yang tidak berhijab di istana.

Angin sepoi-sepoi bahasa di laman itu mampu membuatkan rambut gadis itu bergerak tidak tentu arah ke belakang. Punggung dilabuhkan di atas bangku yang diperbuat daripada kayu perlahan-lahan. Bibirnya melorek senyuman kecil. Tanpa segan, sebiji epal di atas meja diambil lalu digigit.

“Gembira nampak. Apa cerita?” tegur Izshah. Hara menyilangkan kakinya, kemudian badan disandarkan pada bangku.

“Hari ni Hara berjaya panah tepat-tepat dekat tengah papan sasaran tau! Gembiranya! Tak sabar nak bagitahu abi.” ujar Hara. Bibirnya terukir senyuman lebar. Dia gembira dan teruja.

“Bersungguh betul adik kesayangan abang ni belajar ya? Adik nak jadi apa sampai bersungguh sangat ni? Rasanya kemahiran mempertahankan diri yang adik belajar dah cukup hebat rasanya.” kata Syahril.

“Hara nak jadi tentera.” Gadis itu tersengih. Cita-citanya sejak kecil adalah menjadi seseorang yang handal berlawan. Dia mahu jadi seperti abinya yang hebat dalam berlawan.

“Ha?” Tiga lelaki yang duduk di hadapannya terkejut. Terbuntang mata mereka memandang Hara yang masih tersengih suka.

“Kenapa?” soal Hara. Dia tidak menjangka reaksi tiga lelaki itu seperti ini. Dia ingatkan tiga lelaki itu akan suka jika dia menjadi seorang tentera.

“Tak boleh! Abang takkan benarkan adik jadi tentera! Abi dan mama pun takkan bagi tau?” bantah Syahril. Terkejut sungguh apabila dia mendengar Hara mengatakan dia mahu menjadi seorang tentera.

“Kau mimpi ke apa? Sini kau...” Aqeef mencubit kuat kedua belah pipi Hara sehinggakan Hara terjerit kuat. Sakit yang dirasakan pada pipinya tak boleh cakap!

“Sakitlah abang!” marah Hara. Mahu menangis rasanya ketika ini. Syahril yang melihatkan itu terus menepis tangan Aqeef. Aqeef mencebik. Cubit sikit tak boleh. Manja.

“Kau ni... adik dah jerit macam tu pun tak nak lepas lagi. Kesian sikit dekat adik.” tegur Syahril. Bukannya dia tidak tahu perangai Aqeef itu macam mana. Kasar itu ada lah, namun masih terselit kelembutannya. Selain itu, Aqeef juga suka membuli dan mengusik Hara sehingga Hara menangis.

“Biarlah. Nak jadi tentera konon! Diri tu dahlah manja. Nanti kalau kena pisau ke pedang ke apa, haa tengoklah macam mana. Silap-silap sebulan menangis celah ketiak abi.” perli Aqeef. Izshah yang mendengar menggelengkan kepalanya. Dia hanya mampu diam dan mendengar. Malas mahu masuk campur dalam hal adik-beradik ini. Masalahnya sebagai seorang pemimpin kerajaan Florensia pun sudah menyesakkan kepala.

“Jahatlah abang ni! Hara tak nak kawan dengan abang! Hara merajuk!” Tangan disilangkan di dada dengan muka cemberut. Dia memang mengharapkan Aqeef memujuknya, tetapi dia tahu perkara itu tidak akan terjadi.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang