BAB 04

735 65 11
                                    

"Alaa Pak Usu! Hara tetap nak bela katak tadi. Bolehlah Pak Usu..." Nada suara Hara sudah kedengaran separuh merayu. Pelukannya pada pinggang Aryyan masih belum dilepaskan sambil kepala mendongak memandang wajah bapa saudaranya itu.

"Pak Usu cakap tak boleh." kata Aryyan seraya menghentikan langkahnya. Hara yang sudah menayang muka sedih dipandang.

"Tapi kenapa? Katak tadi comel laa Pak Usu. Warna biru pula tu."

"Katak itu macam Hara lah. Comel, tapi berbahaya. Pak Usu tak bagi Hara bela sebab katak tu beracun. Pak Usu tak nak sesuatu terjadi dekat Hara. Faham?" ujar Aryyan.

"Kenapa Pak Usu tak cakap tadi? Hara dah jatuh cinta dengan katak tu tahu tak?" Bibir dijuihkan. Aryyan yang mendengar menunduk memandang seraut wajah cantik Hara kembali.

"Daripada Hara jatuh cinta dengan katak, baik jatuh cinta dengan manusia. Hara mana boleh kahwin dengan katak."

"Ke situ pula Pak Usu ni." Hara mendecit perlahan. Bunyi tapak kaki berlari mengejutkan Hara dan yang lain. Cemas sahaja bunyinya seakan ada kecemasan. Beberapa orang pengawal menghampiri mereka lalu menunduk tanda hormat.

"Ada apa?" tanya Aryyan.

"Putera Aqeef dipanah pada bahagian dada di halaman istana." ujar pengawal itu. Hara dan Aryyan diserbu rasa cemas. Bergegas mereka berjalan menuju ke arah halaman istana. Kelihatannya Aqeef sedang dipapah oleh Areez untuk masuk ke dalam.

"Abang dah kenapa sampai boleh jadi macam ni? Macam mana boleh kena panah dekat dada?" soal Hara, risau. Bahagian dada Aqeef yang berlumuran darah dilihat.

"Abang tak tahu." jawab Aqeef. Berkerut mukanya menahan sakit yang menyerbu dada. Selama dia hidup, dia tidak pernah terkena anak panah. Sakit sungguh rasanya.

"Mari masuk." ajak Aryyan. Risau juga dia melihat anak saudaranya cedera sebegitu.

Aqeef labuhkan punggung di atas katil dalam bilik rawatan. Baju dibuka untuk memudahkan doktor mencuci dan merawat lukanya. Anak panah yang masih terpacak di atas dadanya dipandang sekilas. Ringisan kesakitan kedengaran tatkala doktor itu menyentuh anak panah di dadanya.

"Zaqif mana?" soal Aqeef mengingatkan sepupunya itu bertindak mengejar orang yang telah memanah dirinya. Entah bagaimana keadaan dia sekarang ini.

"Belum balik lagi. Aku tak tahulah dia pergi kejar sampai dekat mana." balas Areez. Dia cuba mengejar Zaqif, namun kehilangan jejak pula. Terpaksalah dia berpatah semula ke istana.

"Apa ni?" Hara memegang hujung anak panah yang terpacak pada dada Aqeef. Kelihatan satu simbol yang unik, tetapi tidak pernah dilihatnya.

"Rasa macam pernah tengok simbol ni. Dekat mana eh?" Areez mengerutkan dahinya. Dia cuba mengingat kembalu di mana dia pernah melihat simbol tersebut. Lama dia berfikir membuatkan Hara tertunggu-tunggu balasannya.

"Mana Aqeef? Aih budak ni! Macam mana boleh jadi macam ni?" Hannif menghampiri anak lelakinya itu. Dengan bertongkat, langkahnya menjadi sedikit perlahan. Airish di sebelah pula turut risau, namun dia langsung tidak bersuara. Hanya riak wajahnya sahaja terpapar rasa risau.

"Aqeef pun tak tahu abi. Tiba-tiba saja ada orang panah Aqeef tadi." kata Aqeef. Berkerut dahinya menahan rasa sakit yang menjalar pada dada.

"Abi tahu tak simbol ini dari mana?" Hara menyoal. Mungkin abinya tahu simbol itu berasal dari mana memandangkan abinya itu sudah bertembung dengan bermacam-macam orang ketika berlawan. Hannif melihat simbol tersebut seketika.

"Ini simbol Kerajaan Gynzells. Anak panah ini agaknya milik tentera Gynzells. Macam mana boleh sampai ke sini?" Hannif berfikir sejenak. Hairan sungguh. Florensia tidak bermusuhan dengan Gynzells. Jadi, mengapa Gynzells melepaskan anak panah kepada anaknya?

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang