BAB 22

487 51 3
                                    

“Auch!” Tangan yang sudah berdarah dipandang. Entah bagaimana dia boleh termenung ketika mengupas epal. Tidak fasal-fasal jarinya terluka. Seketika Hara terdiam memandang lukanya. Tidak tahu mengapa hatinya berasa tidak sedap seolah-olah ada sesuatu akan terjadi.

“Kau okey tak?” tanya Hanim, risau.

“Okey. Kau tolong sambung kupas epal ni. Aku nak uruskan luka aku sekejap.” pinta Hara. Melihat anggukan Hanim, dia segera beredar dari situ.

Kain putih dibalut pada jarinya. Oleh kerana dia tidak tahu di mana pembalut luka disimpan, balut pakai kain pun jadilah. Hendak bertanya malas pula.

“Uish! Kau balut satu tangan. Besar sangat ke lukanya?” Hanim menggelabah melihat Hara membalut satu tangannya. Dari pergelangan tangan sehinggalah ke hujung kuku. Seingatnya, hanya satu jari sahaja yang terluka.

“Sikit saja. Aku yang tak pandai balut. Eh kau dah siap ke belum? Aku dah lewat nak hantar ni.”

“Dah siap dah. Kau nak aku tolong hantarkan ke?”

“Tak payahlah. Ini kerja aku.” Hara mengangkat dulang dengan payahnya. Langkah diatur ingin ke bilik bacaan.

Tiba sahaja, dulang lekas diletak di atas meja. Cangkir dicapai lalu teh dituang perlahan.

“Teh tuanku...” Hara letak teh tidak jauh dari tangan Raja Rafiq. Mata Raja Rafiq memandang ke arah cangkir teh tersebut, namun hanya seketika. Matanya tertala ke arah tangan Hara yang berbalut. Akibat terlalu cemas, Raja Rafiq menarik lengan Hara.

“Kenapa dengan tangan kamu?” tanya Raja Rafiq. Hara yang terkebil-kebil kerana terkejut, tidk sempat mahu menghadam soalan Raja Rafiq. Bibir bergerak-gerak ingin menuturkan kata, tetapi mulutnya seolah-olah tidak mahu mengeluarkan sepatah kata.

“Beta tanya, kenapa dengan tangan kamu?” Raja Rafiq mengulang soalannya.

Tidak sempat Hara mahu menjawab, pintu bilik bacaan yang diketuk oleh Jayden mengalihkan perhatian mereka. Raja Rafiq lantas melepaskan pegangannya dan kembali duduk. Sedar akan keterlanjuran tindakannya tadi, dia berdeham.

“Ini fail yang tuanku minta patik bawakan tadi dan ini maklumat yang baru patik dapat daripada anak buah patik.” ujar Jayden.

“Baiklah. Jayden, bawakan kotak kecemasan ke sini.” Arahan Raja Rafiq, Jayden hanya akur.

“Duduk.” suruh Raja Rafiq.

“Patik?”

“Siapa lagi yang ada dekat sini sekarang?” Raja Rafiq berpeluk tubuh. Boleh pula Hara tanya soalan seperti itu walhal dia sendiri tahu hanya dia sahaja yang berada di hadapan Raja Rafiq ketika ini. Bibir dijuih seraya duduk.

“Buka kain tu.”

“Nak buat apa?” tanya Hara dengan kerutan di dahi. Dia sudah balut elok-elok, diminta buka pula.

“Tahu tak di Gynzells ada peraturan yang menyatakan jika seorang dayang tercedera ketika menyediakan santapan untuk raja, maka tangannya akan dipotong. Jadi, buka balutan itu supaya beta boleh lihat jika kamu benar-benar tercedera.” tutur Raja Rafiq bernada tenang.

Hara pula sudah ternganga tidak percaya. Dia lantas berdiri dan menjauhi meja. Risau tangannya akan dipotong betul-betul. Nanti gelarannya daripada Puteri Bongsu Nakal terus menjadi Puteri Bongsu Hilang Tangan.

“Takut?” Raja Rafiq ketawa sinis.

“Kejamlah! Peraturan apa macam itu?” rungut Hara.

“Beta bergurau sajalah. Datang ke sini.” Raja Rafiq tahan ketawanya. Kalau dia ketawa lebih-lebih, risau lain pula yang jadi. Melihat muka cemberut Hara, Raja Rafiq simpan senyum. Kotak kecemasan yang baru diletak ke tepi diambil lalu dibuka.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang