Aqeef menjinjit beg kerja masuk ke dalam istana. Penatnya tidak terkata setelah seharian bekerja. Belum sempat dia melangkah masuk melepasi pintu, dia dikejutkan dengan haiwan berbulu yang berwarna hitam dan putih. Dek kerana terlalu terkejut, Aqeef terjerit dan terundur beberapa tapak ke belakang.
"Ya Allah! Apa ni?" Dada dipegang dengan nafas yang tidak teratur. Hara yang mendengar jeritan abangnya lantas berlari menghampiri Aqeef. Anak kucing yang berada di hadapan pintu diambil lalu dibelai. Aqeef yang melihatkan itu segera berundur menjauhi Hara. Adiknya itu bukan boleh dijangka. Buatnya Hara usik dia menggunakan kucing itu, mahu menangis dia.
"Sorry abang." ucap Hara. Serba salah melihat Aqeef terkejut seperti itu. Dia tinggal sekejap sahaja anak kucing itu di halaman istana, namun tidak sangka pula kucing itu sudah merayap sampai di hadapan pintu.
"Apa sorry-sorry? Yang Hara bawa balik kucing spesies tahi cicak ni kenapa? Dah tahu abang takut kucing kan?" marah Aqeef. Dia bukan sengaja mahu memarahi Hara, tetapi dia masih di dalam keadaan terkejut. Dia hampir terpijak anak kucing itu tadi. Kalau dia terpijak, mahu arwah anak kucing itu.
"Excuse me? Spesies tahi cicak? Abang memang, kan? Kucing ni punyalah comel, abang cakap spesies tahi cicak." Kucing dalam dukungannya dipandang.
"Dah kucing tu memang macam tahi cicak. Kepala putih, badan hitam. Ish! Dahlah! Buang kucing tu! Abang nak masuk dalam ni. Jangan berani nak bela tahi cicak tu dalam istana!" kata Aqeef.
"Jangan berani panggil kucing Hara ni tahi cicak!"
"Tahi cicak! Tahi cicak! Tahi cicak!" Aqeef buat muka. Hara membulatkan matanya. Cari pasal betul! Nampaknya Aqeef sengaja menempah bala untuk diri sendiri.
"Abang!" jerit Hara. Dia geram. Kucing yang dipegang dipandang dengan senyuman penuh makna sebelum pandangannya beralih ke arah Aqeef semula.
"Abang sengaja bukan? Meow... Nampaknya kita ada kerja hari ini." Aqeef dan kucing dipandang silih berganti. Aqeef sudah berdebar melihat senyuman penuh makna adiknya. Salah dia kerana mencari pasal dengan Hara.
"Adik jangan macam-macam... Abang bagitahu mama nanti." ugut Aqeef. Namun ugutannya tidak berkesan. Hara berjalan setapak demi setapak menghampiri Aqeef. Aqeef sudah lemah lutut.
"Kalau adik nak macam-macam juga macam mana?" Bibir Hara sudah menyungging senyuman mengejek.
"Astaghfirullah al-azim!" Aqeef terus memecut masuk ke dalam. Hara tidak berhenti setakat itu sahaja, dia berlari mengejar Aqeef masuk ke dalam.
"Auch! Maaf abang." ucap Hara tatkala dia terlanggar tangan seseorang yang disangkanya ‘abang-abang’nya. Memang benar dia hanya mempunyai dua orang abang iaitu Aqeef dan Syahril, namun Izshah, Areez dan yang lain sudah dianggap seperti abang sendiri kerana mereka lebih tua daripadanya.
Rafiq yang dilanggar sudah terkebil-kebil. Terkejut dengan sergahan Hara. Izshah di sebelah membuntangkan mata. Dia juga terkejut. Tidak menyangka Hara akan terlanggar Rafiq.
"Maafkan sepupu beta ya, Raja Rafiq. Dia nakal sedikit." kata Izshah.
"Tak mengapa." balas Rafiq. Riak wajahnya masih lagi sama. Dingin tidak beriak. Hara yang berada di dapur dipandangnya.
"Hara, letak kucing tu dekat luar!" suruh Airish. Aqeef yang cemas berselindung di belakang Airish. Takut sungguh Hara akan mendekatkan kucing itu kepadanya.
"Abang Aqeef tu cari pasal dengan Hara. Dia panggil kucing Hara ni tahi cicak." adu Hara dengan muka cemberut. Airish ketawa kecil. Lucu pula mendengar kata-kata Hara.
"Sampai hati mama ketawa. Bye! Nak mengadu dekat abi. Biar abi marah abang dengan mama." Hara terus beredar dari situ. Kucing yang dipegangnya diberi kepada Areez untuk menjaganya seketika. Punggung dilabuhkan di sebelah Hannif yang sedang menghirup teh.
KAMU SEDANG MEMBACA
KINGDOM : PUTERI HARA ARALYN
Fantasy[COMPLETE] [MODERN + ROYAL FANTASY + ACTION ROMANCE] Dendam dan keadilan... Membawa dia ke negara bernama Gynzells, bersebelahan Florensia. Berjumpa dengan seorang raja yang tidak pernah dikenalinya membuahkan rancangan yang memakan diri sendiri. Ja...