BAB 56

485 47 10
                                    

Bersinar mata Hara dengan mulut yang ternganga kecil sebaik sahaja wajah yang dikenali menyapa mata. Senyuman lebar terlakar di bibir. Terkejut juga dengan kehadiran Kapten Hans di dalam Istana Gynzells itu.

“Kapten! Macam mana kapten boleh sampai ke sini?” tanya Hara. Teruja air mukanya sambil melangkah menghampiri Kapten Hans. Kapten Hans lorek senyuman nipis. Bahu diangkat sebagai jawapan.

“Macam mana kapten boleh masuk ke dalam? Pengawal bagi keizinan?” tanya Hara lagi. Setahunya istana sudah dikawal ketat. Lihat sahajalah sekelilingnya ketika ini. Para tentera yang memakai baju putih tidak lepas daripada memandang Kapten Hans dan dirinya.

“Mestilah. Jom, patik bawa tuan puteri keluar.” kata Kapten Hans. Hara kerutkan dahi, berfikir seketika. Dia bukanlah dalam situasi seperti waktu dahulu di mana dia bebas keluar pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula Raja Rafiq sudah berpesan agar jangan keluar.

“Tapi... Tuanku Raja Rafiq tak bagi keluar.”

“Patik sudah meminta izin daripada Tuanku Raja Rafiq. Tuan puteri dibenarkan keluar asalkan bersama patik.” Ujar Kapten Hans.

“Kami berdua akan ikut sekali,” sampuk salah seorang lelaki berbaju putih yang sedari tadi memerhatikan mereka berdua.

“Baiklah.” Tanpa bantahan, Kapten Hans membalas. Hara tersengih sebelum mengekori langkah Kapten Hans keluar dari istana. Agaknya, Kapten Hans mahu membawa dia ke mana ya?

Tempat duduk di sebelah pemandu diduduki oleh Hara manakala tempat duduk belakang diduduki oleh dua orang tentera yang mengikuti mereka. Kereta mula bergerak tanpa mereka tahu arah tujuannya.

“Kapten, kita nak ke mana?” tanya Hara.

“Ke suatu tempat. Tidak jauh dari sini.”

Hara diam dan mengangguk. Macam kuat berahsia pula Kapten Hans hari ini. Tidak sampai 30 minit perjalanan mereka, Kapten Hans memberhentikan kereta di pertengahan jalan yang agak sunyi. Hanya hutan dan cenuram dalam sahaja yang dapat dilihat.

Dua orang tentera itu sudah dapat merasakan kelainannya. Tangan meraba senjata yang terletak di bahagian pinggang.

Saat terdengar suara dari arah belakang kereta, kepala segera ditoleh. Bengis muka mereka berdua tatkala melihat sekumpulan orang berlari dengan membawa senjata.

“Gerakkan kereta!” arah salah seorang daripada tentera itu. Hara kaku melihat sekumpulan orang berpakaian hitam tersebut. Lagi terkaku apabila melihat dua orang tentera yang mengikuti mereka mati ditembak begitu sahaja di depan matanya.

Penembaknya pula... Kapten Hans yang sedang tersenyum sinis saat ini.

“Selamat bertemu kembali sayang,” tuturnya. Meremang Hara rasakan saat mendengar panggilan sayang terluncur dari bibir lelaki itu. Mengapa dia tidak mengenal suara lelaki itu? Suara yang selalu menuturkan kata-kata yang membuatkan dia geram dan meluat.

“Kau...”

“Ya sayang. Ini aku, bakal suami kau.” Lelaki itu tersenyum sinis lagi.

“Kenapa wajah kau sama dengan Kapten Hans?” tanya Hara.

“Cepatnya kau sedar kelainan antara aku dan Hans si bodoh tu! Ketara sangatkah perbezaannya?”

“Kaulah yang bodoh sebenarnya! Siapa kau?”

“Bukankah aku sudah katakan, aku bakal suami kau.” Pistol yang dipegang diseretkan pada pipi Hara, namun Hara tidak sedikit pun gentar. Mata tidak teralih daripada memandang wajah lelaki itu.

Rasa mahu carik-carikkan sahaja kulit wajahnya. Sesuka hati pula guna wajah serta nama Kapten Hans!

“Serius sikit!” Marah Hara disertakan tamparan pada pipi lelaki itu. Terkedu seketika lelaki itu, kemudian tawanya terletus.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang