BAB 62

645 50 17
                                    

Pantulan diri dalam cermin dipandang. Gaun berwarna biru yang tersarung pada tubuh menyerlahkan lagi keanggunan Hara sebagai seorang puteri. Cik Nara membawa sepasang kasut menghampiri Hara. Lantas, dia duduk bertinggung dan memakaikan kasut itu pada kaki Hara. Sesudah itu, Hara berdiri sambil dipapah oleh Cik Nara.

"Puteri Aralyn nampak cantik dan berseri sekarang ini," tutur Cik Nara. Hara melorek senyuman suka. Gaun dan kasut yang dipakaikan ketika ini ialah pemberian Raja Rafiq. Tidak tahu mengapa lelaki itu berbuat demikian. Mungkin mahu mengajaknya keluar?

"Semoga Puteri Aralyn bahagia selalu," ucap Cik Nara. Dia tahu ini kali terakhir dia akan bertemu dengan Hara, namun Raja Rafiq meminta untuk merahsiakan.

Raja Rafiq tidak mahu Hara memberontak dan membantah keputusannya untuk menghantar Hara pulang ke Florensia.

"Terima kasih Cik Nara." Kata-kata Hara, Cik Nara balas dengan anggukan. Lengan dihulur ingin memapah Hara keluar.

Perlahan langkah diatur. Cik Nara masih dapat merasakan gigilan daripada Hara. Gadis itu masih lagi dalam proses penyembuhan.

Bunyi derap kasut menggamit perhatian Raja Rafiq. Tubuh dipusing menghadap ke arah Hara. Terpegun seketika Raja Rafiq melihat penampilan Hara. Benar-benar cantik dan kena dengan pakaian yang ditempahnya!

Hara melorek senyuman manis seraya berjalan ke arah Raja Rafiq. Wajahnya sudah tidak pucat kerana disolek oleh Cik Nara.

"Cantik," tutur Raja Rafiq membuatkan Hara berasa ingin berguling. Aish! Bukan selalu dipuji cantik.

"Selalu cantik dan bersinar di mata beta," kata Raja Rafiq lagi. Mulalah memerah pipi Hara.

Penampilan Raja Rafiq dilihat. Lelaki itu seperti biasa memakai pakaian formal, namun kali ini agak lain dari segi warna. Kebiasaannya Raja Rafiq hanya memakai pakaian formal berwarna putih dan biru tua sahaja, tetapi kali ini hitam menyeluruh kecuali bahagian lencana.

Hairan Hara apa yang sebabkan perubahan itu. Namun, Raja Rafiq nampak terlebih kacak pula dalam pakaian berwarna hitam. Aura kekacakan dirasakan memuncak naik dan menyelubungi diri lelaki itu.

"Tuanku, ada apa-apa yang terjadi ke?" tanya Hara. Mata melirik ke arah barisan tentera yang berbaris kurang 30 orang lengkap memakai pakaian khas.

"Kita nak pergi berjumpa dengan seseorang di luar," jawab Raja Rafiq. Hidung Hara dicuit manja membuatkan sengihan gadis itu semakin melebar.

"Mari kita pergi," tutur Raja Rafiq lagi. Hara dicempungnya menuruni anak tangga. Mana mungkin dia membenarkan Hara menuruni anak tangga sendiri dalam keadaan kaki masih menggigil kesan daripada racun.

Suasana di dalam kereta diam tanpa suara. Hara menoleh memandang Raja Rafiq yang mencapai sarung tangan. Tidak sempat Raja Rafiq hendak menyarungkan pada tangan, Hara terlebih dahulu menyambar sarung tangan tersebut.

Tangan Raja Rafiq ditarik perlahan lalu sarung tangan tersebut disarung. Dah boleh dah berlatih jadi isteri mithali. Hahahaha! Beranganlah Hara Aralyn.

"Dah siap," kata Hara. Tangan Raja Rafiq disatukan dengan tangannya lalu digenggam. Senyuman diberi.

Dia bahagia...

Tetapi entah sampai bila bahagia itu akan bertahan.

•••

Tidak sesaat pun Hara melepaskan tautan tangannya dengan tangan Raja Rafiq. Sekarang dia merasakan kelainan suasana. Pintu sempadan Gynzells - Florensia tidak dipenuhi oleh rakyat biasa malah dipenuhi oleh tentera dan juga para pengawal.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang