“Lamanya.... Berbincang ke mengumpat?” Hara hela nafas. Zaqif di sebelahnya hambur tawa kecil.
“Mesti mengumpat pasal perangai jahat dan kebudak-budakkan kau. Perangai kau selama ni tak pernah tak menjengkelkan.”
“Abanglah menjengkelkan. Bila abang nak kahwin? Bukan ke abang dulu ada teman wanita sebelum Hara? Takkanlah abang tak berani bagitahu pak usu?” Hara lorek senyuman mengusik.
“Mana ada. Kami, masing-masing ada perancangan sendiri. Tak gelabah macam kau. Umur baru nak masuk 21 tahun, tapi dah nak kahwin.” Zaqif mencebik.
“Apa salahnya? Jangan cakap abang sebenarnya takut tak jumpa Hara lagi nanti.”
“Menyampah betul! Jangan perasan sangat boleh tak?” Riak wajah tidak berpuas hati Zaqif membuatkan Hara hambur ketawa kuat-kuat. Kenapa dia rasa lawak dan pada masa yang sama sedikit sedih?
Tetapi Gynzells dan Florensia bukanlah jauh sangat. Bersebelahan saja pun! Itu pun memakan masa dalam dua hari perjalanan menaiki kereta. Ikutkan laluan hutan, mengambil masa dalam empat atau lima hari juga.
“Eleh. Abang jangan nak pendam sangat. Hara tahu semua orang bakal rindukan Hara. Yalah, Harakan kesayangan semua orang. Tapi tak apa.... Nanti Hara suruh Abang Aqeef ajar Hara main telefon supaya dapat berhubung dengan semua orang.” Ujar Hara.
“Kau dah fikir jauh sangat ni. Hazzar tu belum tentu setuju kau kahwin dengan Tuanku Raja Rafiq.”
“Ish! Abang ni.... Cakap yang baik-baik sudahlah. Walaupun Abang Hazzar tak izinkan, Hara tetap nak menempel di sisi Raja Rafiq.”
Zaqif hanya buat tidak dengar. Matanya memandang ke arah hadapan. Terlihat kelibat Aryyan menghampiri para lelaki itu.
“Pak usu mesti setuju Hara kahwin dengan Raja Rafiq,” tutur Hara.
“Yang itu aku dah jangkakan. Kalau aku ada dekat situ, mesti aku dah tahu keputusan semua orang. Semua ni sebab kaulah. Kalau kau masih terikat dekat pokok tu, tak adanya aku kena halang kau macam ni.” Decit Zaqif. Ketinggalan pula nak berbincang sama-sama.
“Ish! Abang tu.... Bagilah Hara rempuh mereka semua. Entah-entah semua orang tengah buli Raja Rafiq. Mentang-mentanglah Raja Rafiq datang bertiga saja.” Ujar Hara tidak mahu kalah. Puteri Ediana mungkin berada di dalam, berbincang dengan Airish serta Hannif.
“Kepala otak kau. Kau tahu tak yang kau tu sangatlah mengganggu kami. Nak berbincang pun tak senang. Asyik nak menempel dengan Tuanku Raja Rafiq saja kerjanya.”
Hara menjeling tidak puas hati. Tatkala semua mata abang-abangnya terarah kepada dirinya, Hara kerutkan dahi. Apa yang dibincangkan sehingga semua orang memandangnya sebegitu?
“Apa pandang-pandang? Hara tahulah Hara cantik.” Tutur Hara kuat. Melihat reaksi abang-abangnya itu serentak menggelengkan kepala lalu menepuk dahi membuatkan Hara bertambah hairan.
“Apa benda kau ni? Perasan betul!” Zaqif di sebelah turut gelengkan kepala. Sebal dengan perangai tidak tahu malu Hara. Sudahlah bakal suami ada dekat sini, masih nak buat perangai. Buatnya Raja Rafiq lari, mahu menangis air mata darah nanti.
Raja Rafiq pun satu hal. Dalam banyak-banyak perempuan di muka bumi, kenapa pilih Hara? Susah betul hendak mengurus budak ni.
“Suka hatilah. Abang, jomlah ke sana. Bosanlah duduk berdebat dengan abang dekat sini.” Hara mencebik seraya berdiri.
“Tak boleh. Kau duduk diam-diam dekat sini.”
“Alaa.... Hara janji Hara tak buat kacau. Hara nak tengok saja. Jomlah.” Hara buat muka comel. Harap-haraplah Zaqif bagi dia pergi. Ini dah setengah jam berlalu sejak Hazzar bawa Raja Rafiq pergi berbincang. Lama betul!
KAMU SEDANG MEMBACA
KINGDOM : PUTERI HARA ARALYN
Fantasia[COMPLETE] [MODERN + ROYAL FANTASY + ACTION ROMANCE] Dendam dan keadilan... Membawa dia ke negara bernama Gynzells, bersebelahan Florensia. Berjumpa dengan seorang raja yang tidak pernah dikenalinya membuahkan rancangan yang memakan diri sendiri. Ja...