BAB 44

489 51 4
                                    

“Ish!” Kaki kiri dihentak geram. Mukanya usah dikata bagaimana... Cemberut habis! Setelah mendengar syarat ketiganya, Raja Rafiq beredar begitu sahaja tanpa sepatah kata.

“Apa masalah dia sebenarnya? Kalau tak nak, cakap sajalah. Ini larikan diri! Tak macho langsunglah!” Terjerit kecil Hara di akhir ayatnya. Lantaklah jika ada sesiapa yang mendengar sekalipun.

Tidak betah lagi membiarkan Raja Rafiq beredar begitu sahaja, Hara nekad ingin berjumpa Raja Rafiq semula. Dia perlu mencari jalan penyelesaian untuk perkara ini secepat mungkin.

Langkah dihentikan di hadapan pintu bilik bacaan. Kedua-dua pengawal yang berjaga dipandang. Tidak pula mereka menghalang jalannya hari ini.

“Tuanku ada dekat dalam?” tanya Hara.

“Tiada tuan puteri,” jawab salah seorang daripada mereka. Patutlah tidak menghalang laluannya.

“Tuanku ke mana?”

“Kami tidak tahu. Tuanku tidak datang ke sini sejak tengahari tadi.” jelasnya.

“Memang betul-betul larikan diri agaknya.” Nafas dihela kasar. Kaki dihayun ingin pergi dari situ. Belum sempat langkah ketiga menjejak lantai, susuk tubuh Jayden menyapa pandangan mata. Lelaki itu mengukir senyuman nipis seraya menghampiri dirinya.

“Di sini tuan puteri. Tuanku meminta patik membawa tuan puteri ke tasik,” ujar Jayden.

“Ke tasik pula? Kali ini untuk apa? Nak tolak saya ke dalam tasik?” dengus Hara. Nadanya jelas tidak berpuas hati. Jayden hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak mahu masuk campur dalam permasalahan antara Raja Rafiq dan Hara.

“Sudahlah!” Hara berjalan melepasi Jayden. Semarah mana pun dia, perlu bersabar juga. Kali ini, jika Raja Rafiq melarikan diri sekali lagi, memang dia akan tendang Raja Rafiq ke dalam tasik! Biar dia rasa! Huh!

“Tuan puteri nak ke mana?” tanya Jayden. Hairan melihat Hara berjalan pergi ke arah yang bertentangan.

“Keluar ikut pintu belakang,” jawab Hara acuh tak acuh. Jayden ikutkan sahaja sehingga Hara tiba di destinasi.

Risau juga hendak meninggalkan Hara di pertengahan jalan. Bagaimana kalau Hara melencong ke tempat lain dan tidak ke tasik untuk menemui Raja Rafiq? Apa yang dia mahu jawab dengan Raja Rafiq nanti?

Tiba sahaja di tasik, Jayden segera beredar. Hara sudah berpeluk tubuh sambil mata memandang berani ke arah Raja Rafiq. Lelaki itu pula kelihatan tenang walaupun mata jelas mengatakan dia mempunyai banyak beban masalah.

“Ada apa lagi tuanku memanggil patik ke sini kali ini?” soal Hara.

“Puteri Aralyn masih tidak mahu mengalah?” Mendengar soalan Raja Rafiq, Hara ketawa kecil. Bukan mahu menjadi psiko tiba-tiba, tetapi geli hati pula mendengar soalan Raja Rafiq. Kedengarannya seolah-olah sudah penat mahu melayan karenahnya.

“Takkan sesekali! Apa kata tuanku yang mengalah dan jadikan patik sebagai teman wanita tuanku?”  ujar Hara seraya berjalan mendekat dengan Raja Rafiq. Tatkala terlalu dekat, Raja Rafiq berundur selangkah.

Turun naik mata Hara memandang Raja Rafiq. Senyuman di bibir sudah hilang digantikan dengan wajah berkerut kehairanan. Raja Rafiq takut akannya atau apa sampai berundur?

“Beta tidak akan.”

“Tapi kenapa? Haish! Keras kepala.” Hara mendecit perlahan sambil melabuhkan punggung di atas bangku.

“Kamulah yang keras kepala. Sejak dulu tak nak putus asa.” Raja Rafiq membalas. Hara beri jelingan tajam. Raja Rafiq keluarkan aura Rian pula. Ish! Mentang-mentang identiti sudah terbongkar.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang