BAB 26

516 52 6
                                    

Bunga tridax procumbens yang tumbuh meliar dicabut satu lalu diselitkan pada rambut. Disebabkan terlalu kebosanan kini Hara 'mereput' di atas rumput menghijau di ruang santai.

Memandangkan Raja Rafiq memberi kelonggaran atas pekerjaan yang dilakukannya sebelum ini kerana identitinya, Hara memutuskan untuk tidak mengemas bilik bacaan lagi. Siapa sahaja yang mahu mengemaskan bilik bacaan sebeasar itu? Tangannya pun dirasakan hampir terpisah dari tubuh.

Dalam keadaan siku di atas lutut dan telapak tangan kiri menopang dagu, Hara melamun jauh. Dia terfikir sebenarnya Raja Rafiq mahu dia membantu dengan cara bagaimana.

Apa yang Raja Rafiq siasat ketika ini berkaitan dengan kem tentera dan gudang senjata. Ini sudah termasuk urusan Istana Gynzells dan bukannya orang luar sepertinya. Hara tidak dapat berbuat apa-apa melainkan memahami rincian masalah yang dihadapi.

“Aralyn gemuk. Aralyn gemuk. Aralyn paling gemuk.” Mendengar suara yang agak dikenali itu lamunan Hara terus hilang. Mata meliar ke kawasan sekeliling mencari kelibat Nia.

“Kau, mari sini.” Hara memandang Nia tajam. Sampai-sampai terus kutuk orang gemuk. Ini mesti ajaran Rian. Hanya lelaki itu sahaja yang bersama Nia kebelakangan ini.

“Kau cakap sekali lagi, aku panggang kau nanti. Kenapa datang? Mana Rian?” tanya Hara. Bingung pula melihat Nia dilepaskan dari sangkar. Rian sengaja lepas atau ada seseorang yang lain yang lepaskan Nia?

Badan Nia dibeleknya. Manalah tahu ada surat. Itulah kegunaan Nia selain daripada menyakitkan hati orang. Hara tersengih melihat surat yang terikat di kaki Nia. Laju, surat tersebut dibuka dan dibaca.

“Jom jumpa. Rian...” Sengihan Hara semakin melebar. Akhirnya dia tahu apa yang boleh membuatkan bosannya hilang.

Pakaian segera ditukar. Daripada berpakaian kemas seperti dayang, baju bertukar menjadi kemas seperti selayaknya dia seorang tuan puteri yang serba ringkas. Tidak menunggu lama, Hara segera keluar dari istana.

“Nampaknya, kali ini Puteri Aralyn curi-curi keluar lagi. Perlukah patik mengekori dia?” tanya Jayden. Raja Rafiq diam seketika memerhati Hara yang sudah menghampiri para pengawal yang berjaga di pintu. Selang beberapa saat, barulah dia membuka mulut.

“Tak perlu.” Raja Rafiq pusing dan beredar.

“Lalalalala...” Hara bersenandung kecil. Riang langkahnya dibawa menelusuri hutan tersebut. Jika Rian hendak bertemu, pastilah mereka akan berjumpa dia bangsal usang terlebih dahulu.

“Bah!” Sergah satu suara sebaik sahaja tubuhnya melompat di hadapan Hara. Terjerit kecil Hara sebelum kaki dilayangkan ingin menendang gerangan yang menyergahnya.

“Woi aku ni!” Rian separuh menjerit sambil dia bergerak laju mengelak setiap serangan Hara. Gadis itu terus berhenti. Dengusan kasar kedengaran membuatkan Rian ketawa kecil.

“Apa kau ni terkejutkan aku. Nasib baik aku tak bawa pedang. Kalau tak, dah terpisah kepala kau tu.” marah Hara. Sempat dia hadiahkan pukulan terakhir di bahu Rian. Rasakan kegeraman seorang Hara Aralyn!

“Cantik kau hari ini. Nak dating dengan aku ke?” usik Rian. Hara pamer mimik muka pelik. Macam mana Rian boleh terfikir sampai ke situ pula? Dia pun tak terfikir.

“Dating? Boleh juga,” balas Hara.

“Bodoh! Apa yang bolehnya? Kita bukannya pasangan kekasih nak pergi dating.” Rian menunjal dahi Hara.

“Siapa cakap pasangan kekasih saja yang boleh keluar dating? Kawan pun boleh. Jomlah!” Hara berjalan melepasi Rian. Lelaki itu terkebil-kebil beberapa saat sebelum mengikut langkah Hara. Entah ke mana gadis itu hendak membawanya. Main jalan sahaja.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang