BAB 32

486 49 11
                                    

Kaki dihayun ke arah kandang kuda yang menempatkan White. Seketika Hara mengusap pipi White dengan senyuman manis. Kandang dibuka, kemudian White ditarik keluar perlahan-lahan.

“White, dah bersarapan atau belum? Makan apa sahaja hari ini?” tanya Hara setibanya di kawasan yang sedikit lapang seakan padang kecil. Rumput-rumput tumbuh meliar setinggi paras pinggang Hara.

“White rindu tak Hara?” tanya Hara lagi. Kali ini, leher White dipeluknya manja. Nia di atas bahu Hara terbang ke atas belakang badan White. Tidak selesa dengan kedudukannya saat Hara bergerak.

“Eh kau! Pergi ke situ pula. Nak bermanja dengan White jugalah tu.” ujar Hara.

“Puteri gemuk.” Hara bulatkan mata mendengar kata-kata Nia. Tidak akanlah Nia mengimbas kembali ajaran Aqeef? Memang ajaran buruk betul!

“Kau cakap aku gemuk lagi! Kau ni memang! Geramnya aku!” Berterbangan Nia tatkala Hara mencucuk hujung rumput desho pada tubuhnya.

Raja Rafiq memerhati tingkah Hara dari kejauhan. Mimik wajahnya seakan mengatakan dia sedang mempunyai beban hati yang berat tika ini. Puteri Enna di sebelah dipandang. Gadis ini, mungkin akan jadi penentu segala-galanya.

“Puteri Hara, masih lagi sama seperti suatu ketika dahulu. Terlihat kebudak-budakkan dan tak matang, tetapi dia sebenarnya baik. Baik sangat... Malah dia unik dalam segala hal. Lihatlah... sifatnya langsung tidak berubah. Masih menyayangi haiwan seolah-olah haiwan tersebut ialah manusia yang boleh bercakap.” tutur Puteri Enna.

“Betul. Dia unik dan disebabkan itulah seseorang sukar melepaskannya.” Bicara Raja Rafiq tanpa memandang Puteri Enna. Matanya terus-terusan memandang Hara yang ketawa riang sambil bermain dengan White dan Nia.

“Siapa seseorang itu?”

“Beta.” Jawapan Raja Rafiq membuatkan Puteri Enna terkejut. Lantas Hara dan Raja Rafiq dipandangnya silih berganti seakan tidak percaya. Mengapa dia tidak menyedarinya semalam dan ketahuinya setelah diberitahu Raja Rafiq.

Hara menyembur air perlahan-lahan ke tubuh White. Melihat cuaca agak panas hari ini, eloklah untuk dia memandikan White. Kuda putihnya itu sudah comot dengan debu tanah.

“Sejuk tak White?” tanya Hara sambil menggosok belakang badan White.

“Puteri gemuk.” Suara Nia kedengaran. Hara mula bercekak pinggang. Kenapa burung kakak tua yang seekor ini suka sangat cari pasal dengan dia tanpa sebab?

“Kau ni... cemburu dengan White, cakap sajalah cemburu! Tak perlu nak kutuk aku gemuk. Sini aku mandikan kau sekarang!” Hara merenjis air ke arah Nia berkali-kali. Tidak henti-henti Nia bergerak dan berterbangan di tempat duduknya.

“Haa sedap dimandikan?” soal Hara dengan tangan yang bercekak pinggang kembali.

“Kejam.” Balasan Nia buatkan Hara ketawa seronok. Air direnjisnya lagi membuatkan Nia tidak duduk diam kembali.

“Seingat patik, kuda putih itu Puteri Hara jumpa di dalam hutan 13 tahun yang lalu. Katanya, kuda itu ditinggalkan sendirian setelah dilahirkan. Jadi Puteri Hara membawanya pulang dan memeliharanya. Sampai sekarang dia tidak membenarkan sesiapa pun menunggang kuda itu melainkan diri dia sendiri.” Cerita Puteri Enna tanpa dipinta.

“Puteri Enna kedengarannya seperti sangat mengenali Puteri Aralyn.”

“Tidaklah. Patik cuma memberitahu apa yang didengar dan apa yang diceritakan oleh Puteri Hara tiga tahun lepas. Puteri Hara pernah menyelamatkan patik daripada dibuli oleh puteri-puteri yang lain ketika Istana Florensia mengadakan jamuan. Mungkin dia terlihat kekanak-kanakkan, namun Puteri Hara langsung tidak gentar melawan.”

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang