BAB 28

515 58 9
                                    

Tangan memulas tombol kunci berkali-kali. Tidak dapat membuka pula. Sahlah Raja Rafiq sudah mengunci pintu biliknya.

“Patut ke aku robohkan pintu ni pakai kaki?” tanya Hara sambil memandang Rylene.

“Seriuslah? Jangan buat kerja gila.” Rylene sudah pamer muka cuak dan terkejut. Hara bukanlah seseorang yang mudah dijangka. Kadang-kadang perbuatannya di luar kotak fikiran mereka. Buatnya dia betul-betul lakukan apa yang dikatakan, naya mereka!

“Tak adalah. Aku ada satu lagi jalan. Kau tunggu dekat sini sampai aku berjaya masuk. Pegang dulang ni elok-elok.” Hara ketawa kecil. Dulang yang dipegang beralih tangan. Usai itu, dia berjalan menuju ke biliknya. Mujur sahaja biliknya bersebelahan bilik Raja Rafiq. Mudahlah kerjanya nanti.

Balkoni bilik Raja Rafiq dipandang sekilas. Kemudian pandangan dialihkan ke bawah. Agak tinggi, tetapi Hara tidak gentar. Dia selalu memanjat pokok-pokok yang tinggi. Balkoni ini... mungkin boleh dicuba.

Penghadang besi dipanjatnya berhati-hati. Sedikit kecuaian atau kesilapan, buruk padahnya. Hara melangkah berhati-hati untuk sampai ke penghadang besi di balkoni bilik Raja Rafiq. Bibirnya mengukir senyuman riang tatkala berjaya melepasinya.

Hara memincingkan mata memandang ke dalam bilik Raja Rafiq, namun langsung tiada apa yang dapat dilihat. Bilik Raja Rafiq terlalu gelap tanpa sebarang cahaya. Pintu gelangsar cuba dipulas. Saat ia berjaya dibuka Hara ketawa perlahan.

Langkah diatur penuh hati-hati berbekalkan sinaran bulan. Mata fokus memandang apa yang dapat dilihat. Dia cuba mendekati katil milik Raja Rafiq untuk membuka lampu di bahagian tepi katil. Ingin membuka lampu keseluruhan bilik, dia tidak tahu di mana keberadaan suis.

“Aduh.” Hara mengaduh perlahan tatkala lututnya terlanggar sesuatu. Haraplah ia tidak mengejutkan Raja Rafiq.

Belum sempat kaki ingin melangkah lagi, tangannya terlebih dahulu ditarik oleh Raja Rafiq. Hara kaku dengan mata membulat. Badan sudah terbongkok akibat ditarik.

Tap!

Lampu di bahagian tepi meja terbuka. Wajah Raja Rafiq jelas dapat dilihat di hadapan matanya. Dekat sungguh jarak wajah mereka!

“Hara Aralyn.” Suara serak Raja Rafiq kedengaran. Hara segera menjauhkan dirinya daripada Raja Rafiq. Tidak tentu arah matanya memandang sekeliling.

“Kamu buat apa di dalam bilik beta pada waktu ini?” Raja Rafiq bertanya. Dia bangun dan melangkah ke suatu sudut bilik. Cahaya mula menerangi biliknya tatkala suis ditekan.

“Da...datang nak kejutkan tuanku untuk makan. Jayden cakap tuanku sakit, jadi tak ada selera nak makan.” jelas Hara. Raja Rafiq tahan senyum apabila melihat pipi Hara kemerahan. Tak habis-habis blushing-nya.

“Di mana makanannya?” tanya Raja Rafiq. Kening sudah dijongket dengan kaki melangkah ke hadapan setapak demi setapak.

“Dekat luar. Tadi patik masuk ikut balkoni sana. Tak dapat bawa makanan sekali. Kalau patik dapat bawa masuk makanan sekali, pasti patik dah jadi spiderwoman tadi.” ujar Hara.

“Lain kali jangan masuk ikut sana. Tersilap langkah, arwah jawabnya. Beta tidak mahu tanggung jika ada konflik antara Gynzells dan Florensia disebabkan kematian kamu. Pergi buka pintu.” Raja Rafiq labuhkan punggung di atas sofa. Hara mendecit perlahan. Pintu dibukanya.

“Wah! Kau betul-betul berjaya masuk?” bisik Rylene. Hara angguk mengiakan.

“Sempat kau pakai pemerah pipi eh?” bisik Rylene lagi.

“Tak adalah. Aku mana ada benda tu. Bagi aku dulang tu.” Dulang yang dipegang oleh Rylene beralih tangan. Hara segera masuk ke dalam semula manakala Rylene beredar setelah menutup pintu.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang