BAB 11

540 51 10
                                    

Setelah hampir dua jam berdiri di bilik bacaan menghadap wajah hodoh Raja Rafiq dan wajah lantai yang handsome, akhirnya dia dibenarkan keluar. Sekarang, dia terbaring dengan nafas lelah di atas katil. Penat sungguh. Terasa mahu menangis sahaja ketika ini. Raja Rafiq jahat! Huwaa!

Serius dia tidak mahu mencari masalah dengan Raja Rafiq dah. Eh sekejap! Bukan ke dia mahu goda Raja Rafiq? Itu pun mencari masalah namanya. Ah! Dia tak peduli. Dia perlu buat Raja Rafiq jatuh hati kepadanya.

“Aralyn... Kenapa lama sangat kau duduk dalam bilik bacaan Tuanku Raja Rafiq?” Rylene menyoal. Hairan pula. Padahal sahabatnya itu hanya pergi menghantar santapan petang buat Raja Rafiq.

“Raja tak gu... Maksud aku, Tuanku Raja Rafiq... Hmm... Dia denda aku tadi. Isk! Isk! Benci betul!” Hara mengelap bawah matanya, acah-acah ada air mata. Buat drama sekejap. Dalam hatinya sudah bermacam-macam kata makian keluar buat Raja Rafiq.

“Kau buat apa sampai dia denda?” Hanim menyoal dengan kerutan di dahi. Risau pula mendengarnya. Aralyn buat hal dengan Tuanku Raja Rafiq ke?

“Aku cakap dia garang. Dia marahlah. Lepas tu dia denda aku berdiri selama dua jam dengan buku atas kepala. Mulut pula kena salotip. Tengok betapa jahatnya Tuanku Raja Rafiq.” Hara masih membuat drama air matanya. Lantaklah air mata keluar ke tidak.

Rylene dan Hanim ketawa berdekah-dekah, namun masih dikawal bunyinya. Bimbang juga kedengaran sampai di luar bilik.

“Itu saja?” Rylene menyoal. Kedengaran tidak percaya nadanya. Hanya kerana satu perkataan, sahabatnya itu didenda. Biar betul? Hara menggelengkan kepala dengan bibir yang tersebik-sebik.

“Apa lagi Aralyn? Kau jangan bukan-bukan. Seram pula aku nak dengar.” ujar Rylene. Belakang tengkuknya diusap. Meremang!

“Aku duduk atas meja sebab tak ada kerusi.” Rylene dan Hanim melopong mendengar balasan jujur Hara. Seriuslah?

“Beraninya. Bagi dia tepukan cepat!” Rylene dan Hanim menepuk tangan walaupun terkejut. Serius terkejut sampaikan dia rasa sukar hendak percaya.

“Kau jangan buat benda bukan-bukan Aralyn. Bahaya dan buruk padahnya nanti.” pesan Hanim.

“Aku tahu apa yang aku buat. Jangan risau. Aku janji, aku takkan libatkan kauorang berdua.” ujar Hara. Rylene dan Hanim sudah berasa lain macam. Entah apa yang ada di dalam kepala sahabatnya itu.

“Kau nak buat apa?” Hanim menyoal.

“Buat kerjalah. Akukan dayang. Buat apa lagi?”

“Pula... Ingatkan nak buat sesuatu luar kotak fikiran kami tadi.” kata Rylene lalu dia ketawa.

“Memang luar kotak pun. Tunggu sahaja Raja Rafiq... Permainan kita bermula esok!” Hara tarik sengih. Sudah seminggu dia keluar dari Istana Florensia. Haih... Lambat lagikah dia boleh pulang?

Badan dibaringkan di atas katil. Malam ini, biarlah dia rehatkan diri dahulu. Esok pagi, dia perlu menghadap wajah Raja Rafiq pula.

•••

Pintu bilik bacaan diketuk beberapa kali sebelum dibuka. Dahi Hara berkerut dengan mata yang meliar mencari kelibat Raja Rafiq. Ke mana pula raja itu pergi? Suruh dia datang tepat pada masanya, tetapi kelibat raja itu tidak kelihatan pula.

“Tak apa kalau dia tak ada. Tak perlu nak bersopan sangat bersihkan bilik ni. Tak perlu nak hadap muka hodoh dia juga.” Rambut yang terjuntai di pipi diselak ke belakang telinga sebelum dia melangkah masuk.

“Apa aku patut buat dulu ni?” Tangan dicekak pada pinggang. Rak buku dan meja Raja Rafiq dipandang silih berganti. Kemudian langkah diatur menghampiri rak buku.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang