Batu-batuan kecil dilempar ke depan. Wajahnya muram dan dia sedikit termenung. Kehadiran tiga orang jejaka di tepinya langsung tidak disedari. Aqeef dan Areez labuhkan punggung di atas rumput manakala Hazzar pula hanya berdiri sambil bersandar pada batang pokok.
“Kenapa dengan reaksi ni? Dihalau keluar oleh Raja Rafiq lagi?” tanya Areez. Hara gelengkan kepala.
“Raja Rafiq tak ada dalam Istana Gynzells. Puteri Ediana cakap Raja Rafiq pergi ke tempat lain untuk beberapa bulan. Dia tak tahu Raja Rafiq pergi ke mana. Tak dapatlah Hara cari Raja Rafiq.” Ujar Hara. Nafas dihela berat sesudah berkata.
Lima hari yang lalu, dia ke Gynzells untuk mencari keberadaan Raja Rafiq. Namun tidak dijumpai malah Jayden turut tiada di sana. Hanya ada Ediana yang menjadi pemimpin Gynzells sementara.
“Padanlah.... Kau cari lelaki lain saja. Tak perlu susah-susah kejar Raja Rafiq tu. Terang-terang dia tak sukakan kau. Ada rasa malulah sikit.” Hazzar mendecit. Sudah terang lagikan bersuluh Raja Rafiq tidak sukakan dia, tetapi Hara masih berkeras. Nasib baik Hara tak jadi psiko.
“Eish!” Hara mendengus sebal. Kaki Hazzar ditendangnya kuat, namun Hazzar langsung tidak bergerak seolah-olah Hara menendang angin sahaja.
“Abang cakap lagi, Hara bagi ikan Hara cabul mulut abang masa abang tidur!” Kata-kata Hara mengundang tawa kecil daripada Areez.
“Entah-entah ikan kau dulu menggelupur dalam kuali malam nanti,” tutur Hazzar. Hara menjeling. Jarang-jarang dia dapat kalahkan Hazzar. Lelaki itu terlalu kuat untuk dia tindas.
“Kejamlah!”
“Abang dengar raja muda Nelansia yang baru ditabalkan pun kacak. Mungkin abang boleh bawa Hara pergi melawat raja muda tu.” Cadang Aqeef. Hara buntangkan matanya. Seriuslah?
“Tak payah merepek! Hara tak nak! Hara nak Raja Rafiq je. Hara cinta mati buta rabun kepada Raja Rafiq je! Jangan berani nak jodohkan Hara dengan orang lain.”
Hazzar gulingkan bola mata. Dia berjalan ke belakang Hara lalu kepala adiknya itu ditolak kasar. Jelas bengang raut wajah Hara dalam pandangan matanya, namun dia tidak gentar. Reaksinya masih selamba seolah-olah tidak bersalah.
“Kerja jangan nak merapu saja. Esok ikut aku pergi latihan dekat kem untuk satu minggu. Lupakan Raja Rafiq. Cukuplah kau tolong Raja Rafiq dua bulan lepas.” Ujar Hazzar.
“Malaslah,” rungut Hara.
“Tak ada malas-malas! Esok pergi juga!”
“Tak nak! Malas!”
Hazzar bercekak pinggang. Geram pula dia berdebat dengan Hara seperti ini. Tanpa banyak bicara, tubuh Hara diangkat ke atas bahu. Aqeef dan Areez hanya melihat tingkah mereka.
“Apa ni? Lepaslah!” Ronta Hara.
“Kau cakap sekarang! Kau nak pergi ke tak nak esok?” soal Hazzar.
“Tak nak!” Mendengar balasan Hara, Hazzar mengorak langkah menuju ke arah kolam renang. Tidak dipedulikan jeritan dan rontaan Hara. Tubuh Hara terus dicampak ke dalam kolam renang. Terkejut Zaqif dan dua lagi jejaka yang berada di tepi kolam tersebut.
“Abang!” Jerit Hara nyaring. Dia baru sahaja mandi dan sekarang basah semula. Hazzar memang nak kena!
“Sekarang cakap, kau nak ikut pergi latihan esok atau tak nak?” Hazzar berpeluk tubuh.
“TAK NAK! Abang faham tak Hara kata tak nak!”
“Okey.... Kau tunggu aku bawa semua ikan-ikan kau berenang dalam kolam ni sekali.” Kaki dibawa melangkah pergi. Baru sahaja langkah ketiga mahu dibuka, suara Hara menyapa pendengarannya.
KAMU SEDANG MEMBACA
KINGDOM : PUTERI HARA ARALYN
Fantasy[COMPLETE] [MODERN + ROYAL FANTASY + ACTION ROMANCE] Dendam dan keadilan... Membawa dia ke negara bernama Gynzells, bersebelahan Florensia. Berjumpa dengan seorang raja yang tidak pernah dikenalinya membuahkan rancangan yang memakan diri sendiri. Ja...