PROLOG

2.5K 98 10
                                    

Tajuk: KINGDOM : PUTERI HARA ARALYN
Genre: Royal fantasy, Action Romance
Karya dan idea: asterhyzells_
Mula: Khamis, 22April2021

Tajuk: KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNGenre: Royal fantasy, Action RomanceKarya dan idea: asterhyzells_Mula: Khamis, 22April2021

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Wajah gadis yang diikat kejam di dalam penjara bawah tanah itu sudah pucat lesi. Bibirnya kering dan menggelupas sehingga meninggalkan luka. Namun, luka itu tidak setanding dengan luka di hatinya. Cinta yang dia dambakan, dia fikir dia sudah mendapatnya, tetapi dia silap. Semua itu palsu! Pembohongan yang dilakukan semata-mata hanya untuk memusnahkan dirinya. Jujur, hatinya remuk. Sayang yang dilafaz, sebenarnya hanyalah rasa benci.

Bunyi kasut yang berlaga dengan lantai simen kedengaran. Hara mengangkat wajahnya memandang gerangan yang berada di hadapannya. Untuk seketika, pandangan matanya berbalam-balam cuba untuk melihat wajah gerangan di hadapannya. Namun dia sudah dapat tahu, siapakah gerangannya daripada bauan wangian yang dipakai. Sinis sekali tatapan mata lelaki itu terlihat. Bibirnya melorek senyuman mengejek.

"Macam mana rasanya duduk dekat sini? Seronok bukan?" soalnya sinis. Hara menjeling. Apa yang seronoknya bila dikhianati sebegitu? Malah dia hanya diberi makan sekali sahaja untuk tempoh tiga hari. Bukan itu sahaja, belakang badannya dan bahagian betisnya berasa pedih dan berdenyut kerana dipukul dengan kayu beberapa belas kali. Sakitnya tidak terkata saat itu.

"Kesiannya..." Raja Rafiq mencengkam pipi Hara. Semakin lama, cengkamannya menjadi semakin kuat sehinggakan air mata Hara mengalir. Dia hanya mampu menangis. Mahu bersuara, tekaknya sakit. Sakit kerana menjerit dan sakit kerana makan makanan yang tidak bersih.

"Kamu nampak sangat hodoh sekarang. Mahu tawan hati beta kononnya. Pergi mampuslah!" Pipi Hara dilepasnya kuat dari cengkaman. Spontan kepala Hara terteleng ke kanan.

"Kamu, kalau sudah jahat jangan cuba jadi baik. Jangan cuba nak pergunakan beta dan musnahkan beta. Beta tidaklah sebodoh yang kamu sangka Aralyn." Ujar Raja Rafiq.

"Tuanku terlalu yakin yang patik lakukan semua itu. Tuanku ada bukti bahawa patik bersekongkol?" Serak kedengaran suara Hara. Selang beberapa saat, dia mula terbatuk-batuk tanpa henti. Perit tekaknya terasa.

"Lelaki itu sendiri yang mengaku kamu bersekongkol dengannya. Dia bernasib baik sebab sempat melarikan diri. Tunggu sahaja beta tangkap lelaki itu semula. Beta akan siat-siat kulit dia. Kamu jangan risau, beta takkan biarkan dia masuk kubur seorang diri." Ujar Raja Rafiq. Wajahnya yang dingin tidak beriak, melorek senyuman sinis kembali. Dia nekad, dia akan menghukum orang yang telah membuatkan dia dan adik-beradiknya menderita.

"Sekadar kata-kata sahaja tidak mencukupi tuanku. Tuanku perlukan bukti. Jika benar terbukti patik bersekongkol dengannya, tuanku boleh buat lebih teruk daripada apa yang tuanku lakukan kepada patik sekarang. Tuanku boleh bunuh patik terus." Ujar Hara. Dia berani kerana dia tidak lakukan apa yang dituduh oleh Raja Rafiq. Niatnya datang ke istana ini jauh sekali. Namun tidak disangka, dia terjerat dalam permainan seseorang.

"Apa yang beta lakukan kepada kamu sekarang ini tidak cukup terukkah Aralyn? Beta sakitkan hati kamu, beta sakitkan fizikal dan mental kamu. Apa lagi yang beta perlu lakukan? Musnahkan keluarga kamu? Mana tahu mereka pun bersekongkol dengan kamu bukan?" Raja Rafiq berpeluk tubuh. Mata Hara automatik membesar apabila mendengar Raja Rafiq menyebut keluarganya.

Keluarganya tidak bersalah. Tidak mungkin dia mahu membiarkan Raja Rafiq mengapa-apakan keluarganya. Dia tidak mahu keluarganya terkena tempias kerana tuduhan lelaki itu. Cukuplah hanya dirinya sahaja yang diseksa sebegini.

"Kalau tuanku apa-apakan keluarga patik, patik takkan sesekali maafkan tuanku." kata Hara diselangi batuk. Raja Rafiq ketawa sinis.

"Beta tidak memerlukan kemaafan daripada kamu. Pukul dia!" arah Raja Rafiq. Dua orang pengawal penjara yang berada di kiri dan kanan Hara mula memukul belakang badan Hara berselang-seli menggunakan kayu. Hara tidak menjerit, malah dia hanya mendesis perlahan dan mengetap gigi. Raja Rafiq berasa puas. Puas melihat Hara sakit kerananya.

"Beta tidak akan berhenti seksa kamu selagi beta tidak dapat lelaki itu, Aralyn. Beta akan pastikan semua yang terlibat dihukum teruk sebagaimana beta hukum kamu. Mungkin lebih teruk daripada ini," ujar Raja Rafiq.

"Tu...tuanku akan menyesal sebab buat patik macam ni." Hara berkata dengan payahnya. Belakang badannya sakit. Tulang belakangnya terasa seakan mahu patah sahaja. Tersembur darah pekat dari mulutnya tatkala menerima libasan ke lima belas. Lututnya lemah sehingga dia terduduk. Namun itu tidak menghentikan dua orang pengawal itu untuk memukulnya.

"Kenapa beta perlu menyesal Aralyn? Beta akan puas! Puas sebab dah balas dendam!" kata Raja Rafiq. Yakin sungguh dia akan berasa puas. Orang-orang yang menyakitkan keluarganya akan mendapat balasan yang setimpal.

"Dendam tidak akan membawa kita ke mana tuanku. Ia cuma akan menyeksa hati kita."

"Diamlah bodoh!" Raja Rafiq mendengus. Benci sungguh mendengar Hara berkata-kata walaupun sedang dipukul berselang-seli. Dia hanya mahu mendengar jeritan kesakitan daripada gadis itu. Raja Rafiq menghampiri salah seorang pengawal penjara, lalu kayu yang dipegang oleh pengawal itu diambilnya. Tanpa secebis rasa kasihan, dia memukul belakang badan Hara.

"Argh!" Hara terjerit. Dia tidak tahu mengapa pukulan Raja Rafiq dirasakan lebih menyakitkan. Sangat menyakitkan sampai dia rasa ajalnya hampir tiba. Raja Rafiq melorek senyuman sinis. Tangan diangkat kemudian dihayun kuat ke belakang Hara. Hara terus termuntah darah untuk kali keduanya tatkala libasan kedua Rafiq hinggap di badannya.

"Rafiq..." Suara serak dan lemah Hara yang menyentuh pendengaran Raja Rafiq membuatkan tangan Raja Rafiq yang hendak memberi libasan ketiga terhenti. Dia terkedu. Suara itu seakan menjentik hatinya untuk kasihankan Hara. Nampaknya Hara betul-betul dalam keadaan kesakitan.

"Diam!" marah Raja Rafiq.

"Rafiq... Sakit..." Hara teresak kecil. Dia sudah tidak dapat menanggung rasa sakit yang dialaminya. Tangan Raja Rafiq terasa menggigil sahaja. Teragak-agak dia mahu melepaskan libasan ketiganya. Otaknya mula berserabut apabila ego dan rasa yang menjentik hatinya asyik berperang. Kayu yang dipegang dibaling kuat ke dinding. Dia benci rasa yang menjentik hatinya. Tanpa sepatah bicara pun, dia beredar pergi meninggalkan Hara.

KINGDOM : PUTERI HARA ARALYNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang