DIANDRA Eira melihat kupu-kupu yang sedang beterbangan di udara. Tangan kecilnya rancak menepuk tangan berkali-kali tanda dia amat menyukai kupu-kupu itu. Siapa sahaja yang tidak suka melihat kupu-kupu?
Semestinya ada.
Namun pada Diandra, serangga itu ialah salah satu kegemarannya.
"Ayah, is that butterfly?" tanya Diandra petah walaupun baru sahaja enam tahun, dia menatap wajah Carlo Iskandar, ayah susuannya.
"Yes honey, it is butterfly. Beautiful isn't?" tanya Carlo pula dan mengusap rambut hitam ikal mayang Diandra. Wajah anak susuannya itu dipandang lembut.
Diandra Eira ialah anak kepada arwah sahabatnya iaitu Yusuf. Yusuf terlibat dalam kemalangan yang sangat tragis sewaktu dia dan isterinya ingin membawa Diandra ke hospital kerana sakit dan yang membuatkan Carlo menangis apabila mereka berdua tidak dapat diselamatkan.
Namun, Tuhan Maha Mengasihani, dia masih benarkan Diandra hidup di atas muka bumi ini.
Perasaan benci dan dendam menjadi semakin mendalam apabila Carlo mengetahui bahawa tragedi itu bukan kerana 'tidak sengaja' tetapi lebih kepada kemalangan yang telah dirancang.
"Kenapa kau buat macam tu pada dia? He is innocent!" marah Carlo disebalik corong telefon itu. Perasaan amarahnya sudah tidak dapat dibendung lagi.
"All of this happened because of yourself. If you don't do that, it won't happen," balas Matthew dengan selamba dan tiada langsung rasa bersalahnya.
"Apa kau merepek ni? I told you. Aku dah taknak ada dalam dunia tu. Kau faham tak? Tolonglah Matt, aku dah berubah," rayu Carlo bersungguh-sungguh dan mengharapkan Matthew dapat memahaminya.
Beberapa saat selepas itu, Matthew menutup panggilan telefon dan membuatkan Carlo melempar telefon itu jauh dari dirinya. Dia menyesal kerana pernah memasuki ke dalam dunia yang kejam itu.
SELEPAS kematian Yusuf dan isterinya, Carlo membawa Diandra dan dirinya jauh dari negara yang penuh kenangan hitam. Dia risau jikalau Matthew akan bertindak kasar terhadap Diandra.
Dia ingin menjaga Diandra sehingga Diandra besar menjadi seorang yang berjaya.
Wajah Diandra juga sentiasa mengingatkan Carlo kepada Yusuf. Benar, rindunya terhadap sahabatnya itu tidak pernah terpadam.
Kebaikan yang pernah Yusuf lakukan kepadanya membuatkan dia amat berbesar hati dan menghargai Yusuf. Masih lagi dia ingat kali pertama pertemuannya dengan Yusuf.
"Sir!!" jerit seorang lelaki dari jauh. Carlo memegang perutnya yang baru sahaja ditikam tadi. Mahu sahaja dia lari daripada lelaki yang memanggilnya tetapi dia tidak mampu. Carlo terlalu lemah ketika itu.
"Let me help you! I will take you to the hospital."
Dari awal pertemuan mereka, Carlo tidak pernah mahu Yusuf mengenalinya kerana sebab-sebab yang tertentu tetapi Yusuf sentiasa ada bersama-samanya sewaktu dia jatuh.
Tragedi yang tragis itu bermula apabila Carlo menjadi kawan dengan Yusuf.
"Yusuf, thankyou for everything. Kau satu-satunya yang selalu ada dengan aku dan kau dah banyak tolong aku. And now, I realize something. Only a true friend is willing to do everything for his friend," kata Carlo tanpa memandang Yusuf yang berada di sebelahnya.
Yusuf hanya tersenyum. Mendengar ucapan itu telah membuatkan hati Yusuf terharu.
"We've been friends for a year, but I never told you this, and now I want to tell you," ujar Carlo dan kali ini dia memandang Yusuf.
Carlo menghulurkan tangannya kepada Yusuf manakala Yusuf hanya menjongketkan keningnya.
"Let's be friend."
Yusuf tersenyum. Dengan pantas tangannya itu menyambut huluran tangan Carlo. Jabatan tangan mereka semakin erat.
Sekarang mereka berdua telah menjadi sahabat sejati. Semua rahsia tentang Carlo telah diceritakan pada Yusuf dan juga tentang dirinya yang memasuki ke dalam dunia gelap.
Yusuf sama sekali tidak menghukum dirinya malah Yusuf menasihatinya dan memberikan pesanan kepadanya.
"Carlo, remember this okay. It's not easy to be a beautiful butterfly. It take some times to become the butterfly from caterpillar," ucap Yusuf dan membuat bentuk kupu-kupu dengan tangannya.
"What are you talking about? Very nonsense and aku tak faham apa yang kau cuba sampaikan," kata Carlo dan membuat muka yang tidak senang. Yusuf ketawa.
"Maybe you don't understand now, but one day you will understand."
"Who told you about the butterfly?"
"My mama."
Setelah beberapa kejadian, baru Carlo mulai faham. Kupu kupu sentiasa dihina kerana penampilannya yang buruk sewaktu dia menjadi ulat beluncas.
Namun apabila kupu-kupu sudah menjadi dewasa, penampilannya berubah. Dia menjadi seekor kupu-kupu yang sangat cantik.
Apa yang Yusuf cuba sampaikan kepadanya ialah sewaktu dia ingin berubah, akan ada banyak cabaran dan ujian yang perlu dia lalui.
Tetapi jika dia menempuh ujian itu dengan penuh sabar, pasti dia akan berjaya. Itulah kata-kata bermakna dari Yusuf yang paling diingatinya.
Lamunan Carlo terus hilang apabila dia terdengar akan suara Diandra yang sedang memanggilnya.
"Ayah! Ayah! I got a butterfly!" kata Diandra gembira dan menunjukkan kupu-kupu yang berada di genggamannya itu.
Baru sahaja Diandra membuka genggamannya, kupu-kupu itu telah terbang pergi meninggalkannya.
"Oh no! It's gone! Hm, Dian nak butterfly tu," ujar Diandra dengan sedikit sedih. Bersusah payah dia ingin menangkap kupu-kupu itu tetapi mudah sahaja kupu-kupu itu pergi apabila dia sudah berjaya menangkapnya.
Carlo ketawa kecil dan membawa Diandra ke dalam pelukannya untuk memujuk. Wajah Diandra yang ceria tadi hilang dengan serta merta apabila kupu-kupu itu terbang.
"It's okay Dian, you can get the another butterfly but you won't get the same."
"I wish I can got one! It's very hard to catch them! Ergh!" Diandra membalas dengan geram.
Tangan kecilnya sudah disilangkan ke dada untuk menunjukkan dia sedang memprotes. Carlo menggeleng dan mendukung Diandra untuk pulang semula ke rumah.
"That's why you need to try again until you get them and the butterfly will be yours if you take a good care of the butterfly." Carlo memberi nasihat kepada Diandra.
"So, I need to try again? Let me go down, ayah. I want to try again!" kata Diandra dan meronta-ronta ingin diturunkan. Dukungan itu semakin erat.
"Not this time, Diandra. Next time, I will take you to this place again. Now, let's go back home."
Diandra tidak membantah dan hanya menurut. Tersenyum Carlo apabila Diandra mendengar katanya.
Ini yang membuatkan dia senang ingin menjaga Diandra kerana dia tidak terlalu banyak ragam seperti anak kecil yang lain.
"Okay ayah, now kita balik rumah and Dian want to eat your pasta! Can you cook for me?"
"Of course."
Diandra memeluk leher Carlo erat. Mata coklatnya tertumpu di kupu-kupu yang masih beterbangan di taman itu.
"Dian will catch you next time!"
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
