54. without you

57 6 0
                                    

4 TAHUN BERLALU.

Diandra Eira melalui hari-harinya tanpa sebarang kegangguan. Pasti? Hm. Sepanjang empat tahun ini, Umar dan Ihsan lah yang sentiasa bersama-samanya.

Carlo masih lagi berada di Australia untuk mengendalikan syarikatnya bersama-sama dengan Camilia. Seminggu sekali Carlo akan pulang ke Malaysia untuk melihat Diandra.

"Good morning little Dian. How are you today?" soal Umar di pagi hari. Pintu kereta dibuka untuk memberi laluan Diandra masuk.

"As usual. Mana Pakcik San?"

"Tengah berurusan dengan pihak sekolah rendah yang nak datang tempat kita untuk dijadikan sebagai kem kejap lagi. Tak ingat ke?" terus matanya tertumpu pada Diandra. Pelik pula dia apabila Diandra terlupa akan hal penting itu.

"Oh, lupa. Berapa hari? Berapa orang?"

"Only two days and one night. Dalam 90 orang yang akan datang. Ihsan kata cikgu diorang taknak duduk dalam bilik, nak khemah. Jadi tempat dataran besar tu akan diambil."

"Faham. Apa-apa korang tolong handle, aku ada hal nak selesaikan. Ada nak bincang dengan pihak atasan tentang tempat kita tu. Aku ada nak ubahsuai lagi."

Umar hanya mengangguk faham. Tempat mereka itu bukan hanya sekadar menerima pelajar tetapi tetamu yang ingin mencuba aktiviti memanah ataupun melakukan aktiviti lain seperti wall climbing, flying fox, jungle trekking dan lain-lain lagi.

Jika tiada satu pun yang menarik perhatian pelancong, mereka boleh melihat pemandangan yang cantik pada setiap pagi, petang dan malam.

Kawasan itu adalah satu kawasan dimana suasana malamnya amat cantik di langit. Bintang-bintang kelihatan bersinar di langit gelap itu.

Sampai sahaja Umar dan Diandra di DE's Site, mereka berdua terus menuju ke arah Ihsan yang sedang mengendalikan sebuah sekolah yang sedang melakukan aktiviti. Bukan hanya ada Ihsan, ramai lagi pembantu Diandra yang berada di situ.

"How Pakcik San? Is everything okay here? Need anything?" Soal Diandra dan menyilang tangannya ke dada.

"Okay, semua okay. Don't worry," balas Ihsan dan memberikan senyuman. Melihat wajah Diandra yang kelihatan sedikit penat itu membuatkan dia sedih. Bukannya senang ingin membangunkan tempat itu.

"Ha, dua bas dah sampai. Diorang dah datang," beritahu salah seorang pekerjanya disitu. Diandra dan semua orang terus menerpa ke arah dataran untuk menyambut tetamu.

SUDAH lama tidak mendengar akan berita tentang Rizqi dan akhirnya..

"Morning, Tuan Rizqi" ucap salah seorang staf Rizqi. Rizqi hanya membalasnya dengan anggukan dan menguntumkan senyuman nipis.

Masuk sahaja Rizqi ke dalam biliknya, terus dia merebahkan punggung dan membuka komputer ribanya untuk memulakan kerja. Sebelum dia menekan kunci di papan kekunci itu, matanya merenung sayu melihat skrin komputer ribanya di mana dia meletakkan gambar Diandra sewaktu ketika dahulu.

"I miss you very much, sweetheart.."

Rizqi berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri di tanah air Malaysia tanpa bantuan sesiapa untuk membuktikan yang dia dapat berjaya sendiri kepada seseorang.

Namun, sebenarnya dia masih belum berjaya dan mungkin tidak ada peluang untuk berjaya. Sejujurnya, jika dia dapat mengundurkan masa dia tidak mahu mengenal Diandra.

Semuanya salah dia. Dia punca segalanya. Menyesal pun sudah tiada guna. Hanya mampu menyimpan perasaan rindu dan menanti perasaan rindu itu terbalas.

DIANDRA menyambut mereka dengan senyuman manis di bibir. Melihat wajah anak-anak kecil itu gembira membuatkan dia turut gembira.

C | ButterflyWhere stories live. Discover now