TANGAN kanan Diandra minta dilepaskan. Pegangan Rizqi terlalu kuat sampaikan Diandra tidak dapat menarik tangannya dari pegangan Rizqi. Apa yang Rizqi cuba lakukan kepadanya? Perlu ke dengan cara begini?
Rizqi berasa geram apabila Diandra tidak berkelakuan baik. Tak padan dengan dah sesat, nak juga buat perangai. Rizqi berhenti dari terus melangkah.
"Kau nak sesat lagi ke?" tanya Rizqi dan memandang Diandra yang meronta-ronta minta dilepaskan.
Pandangan diberikan sedikit tajam supaya Diandra tahu yang dia sedang serius. Kemudian, dia kembali menjadi lembut.
"Behave, Diandra. Lepas kita keluar dari hutan ni baru aku lepaskan tangan kau. Sekarang kau ikut aku dulu. Boleh?"
Lembut sahaja nada Rizqi bercakap. Akhirnya Diandra berkelakuan baik dan mengikut langkah Rizqi tanpa membantah. Dia pun sebenarnya penat meronta-ronta.
"Good girl."
Untung Rizqi mengingati jalan keluar dari hutan itu. Beberapa minit selepas itu, mereka bebas dari kesesatan di dalam hutan. Seperti apa yang Rizqi katakan tadi, dia terus melepaskan tangan Diandra.
Rizqi memandang Diandra yang sedang membetulkan rambut pendeknya.
"Wait Diandra, kau belum jawab soalan aku lagi tadi."
"Soalan apa?" tanya Diandra dengan nada yang menjengkelkan. Dia memandang Rizqi serius. Penyibuk.
"Do you like Ryan that much?" Rizqi mengulangi pertanyaannya dengan nada yang tidak dapat dinyatakan.
Sekali dengar macam kecewa, sekali lagi dengar macam ingin tahu sahaja.
"Macam mana kau tahu yang aku sukakan Ryan? Kau stalk aku ke?"
"Yes, all the time."
Diandra ketawa dan lima saat selapas itu eksperasi Diandra berubah menjadi serius semula.
"Mengerikan. Oh, kenapa kau selalu stalk aku? Sebab kau nak tengok aku teruk macamni, kan? Kau nak tengok aku kalah dengan kau, kan? Fine, kau dah menang."
Rizqi mengerutkan dahinya. Itu bukan punca utamanya untuk mengintip Diandra selama ini. Itupun hanya di kampus. Dia bukannya teruk sangat sampai intip hari-hari. Aduh, Diandra telah salah faham.
"Diandra, aku tak bermaksud macamtu---"
"Just go away from here!" jerit Diandra di hadapan Rizqi.
Rizqi langsung tidak terasa dengan jerkahan Diandra. Dia faham yang angin Diandra tidak baik ketika itu.
"Kalau kau tak suka dengan hubungan diorang berdua, kau tak perlu berlakon yang kau bahagia. Kau---"
"Kau jangan nak merepek, boleh tak? I'm happy for them." Diandra membalas serius. Rizqi bukanlah sesiapa untuk mengetahui perasaan sebenarnya.
"Diandra..."
"Get lost. I don't want to talk with you. Just go and leave me alone."
Rizqi terdiam dan dia menurut seperti apa yang disuruh. Dia mengatur langkahnya perlahan dan meninggalkan Diandra seorang diri. Dia tahu, Diandra memerlukan ruang untuk bersendirian.
Walaupun dia dihalau, tetapi dia masih melihat Diandra dari jauh. Dia risau jikalau Diandra hilang arah sekali lagi. Dia kekal di tempatnya sehingga Diandra pulang dengan selamat.
"RENTUNG, sini! Dasar kucing tak guna. Kau cakar tangan aku lepas aku bagi makanan dekat kau? Tak kenang budi langsung," bentak Umar dan mengejar kucing hitam itu. Rentung terus melompat ke arah Ihsan dan Ihsan memeluk Rentung.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Dragoste"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
