56. fix

93 7 0
                                        

"TAK ada berita pasal esok ke? Kenapa kau orang berdua senyap? Selalunya ada saja nak report," soal Diandra bingung.

Tidak pernah pula mereka berdua tidak memberitahu Diandra tentang DE'S Site tetapi untuk kali ini dia dapat rasakan yang Umar dah Ihsan sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

Kini, mereka berada di kedai makan sebelum pergi ke DE'S Site. Ihsan tersedak mendengar soalan Diandra manakala Umar hanya berlagak biasa sedangkan di dalam hati turut berdebar untuk memberitahu hal yang sebenar.

"Tersedak pulak, dah kenapa dengan korang ni? Ada apa-apa ke yang korang sembunyikan daripada aku?" soal Diandra lagi. Dia rasa suspicious dengan Umar dan Ihsan.

"Err.."

"Nothing. Esok, ada sebuah syarikat nak buat company reunion. So, tempat DE'S Site dipilih. Kami tak bagitahu kau sebab tak mahu bebankan kau lagi dan kami berdua boleh handle. Don't worry, nak join sekali jom," balas Umar tenang.

Tidak seperti Ihsan yang tidak tahu ingin berlakon. Dasar.

"Are you sure? Nothing else? Kenapa kau berdua macam sembunyikan sesuatu? Pakcik Umar dengan Pakcik San jangan macam-macam. Potong gaji kang."

"Betul, takkan kami nak tipu?" kata Ihsan pula apabila pahanya dicubit oleh Umar menandakan untuk bersuara.

"Baik, saja tanya sebab lusa ayah datang. Dia kata dia nak tengok perkembangan DE'S Site dan dia rindukan aku."

Diandra buka cerita. Terbuntang mata mereka berdua. Oh tidak, pasti akan ada drama yang berlaku lagi. Jika Carlo datang, Camilia datang dan Rizqi datang, pasti jadi keluarga bahagia, kan?

"Wah, menariknya..." ujar Ihsan dengan nada yang sedikit tergagap. 

Aduh, kalau Diandra tahu syarikat siapa yang ingin datang pasti dia bantah sama sekali. Mahu sahaja Ihsan beritahu tetapi Umar tidak benarkan.

Diandra terus membuat panggilan untuk menghubungi Carlo. Dia inginkan kepastian sama ada Carlo jadi atau tidak datang pada esok hari.

"Hello, good morning ayah," sapa Diandra riang di corong telefon.

"Hi, honey, good morning too. Ye, Dian, ayah datang lusa. Takut sangat ayah tak jadi datang. Pernah ke ayah cakap tapi tak buat?" soal Carlo di sebalik corong telefon itu.

Sikap Diandra sedikit berubah apabila dia sering menghubunginya untuk memastikan sesuatu sedangkan sebelum ini Diandra langsung tidak berasa cemas seperti ini.

"Dian cuma nak pastikan dan ingatkan ayah. Mana tahu ayah lupa?"

"Dian, tentang Dian ayah takkan lupa. I will try my best for you," ucap Carlo lembut. Diandra tersenyum nipis.

Dia tahu ayahnya tidak akan pernah mungkiri janji seperti...

"Pagi lusa, ayah akan muncul di hadapan mata Dian, okay? Jangan risau, bagasi ayah pun dah siap kemas."

"Okay, ayah! Tak sabar nak jumpa ayah!"

"Ayah pun tak sabar nak jumpa, Dian. Ayah nak sambung kerja, ada sikit lagi, lusa kita berbual puas-puas," kata Carlo dan mereka bersua saling mengucapkan kata-kata selamat tinggal sebelum panggilan ditamatkan.

Umar dan Ihsan memandang Diandra yang ceria itu. Wajah itu susah benar untuk dilihat sekarang. Hanya masa-masa yang tertentu sahaja.

"Manja betul," kata Ihsan sengaja ingin mengusik.

"Biarlah, manja dengan ayah."

Mereka berdua menggelengkan kepala dan melihat Diandra yang sambung menjamu sarapannya.

RIZQI Han melihat pemandangan di tepi pantai yang selalu dia datang sewaktu ketika dahulu. Di situ juga kenangan manis dan pahit tercipta. Angin yang menyapa dirinya membuatkan dia leka sebentar dengan melayani perasaan.

"Bro, lama tak nampak kau. How's your life? Dah jumpa Diandra belum?" soal Luqman dan berdiri di sebelah Rizqi. Wajah Luqman dipandang sekilas.

Kini, sahabatnya juga sudah berjaya menjadi seorang arkitek.

"As usual, nothing special dan aku masih belum jumpa dia. Aku langsung tak tahu dia ada di mana, dia kerja apa, dia single lagi ke, kahwin dah ke? Entah. Aku tak mahu tahu." Rizqi membalas.

"Ye ke taknak tahu? Dalam hati tengah rindu."  

"Tipu kalau aku tak rindu."

"What if kau terjumpa dia? Kau nak buat apa? Takkan nak larikan diri lagi?" soal Luqman serius.

"Maybe? Aku dah banyak salah dengan dia, Luq. Dari dia lahir aku dah bersalah dengan dia. Walaupun itu semua punca dari keluarga aku tapi ada kena mengena dengan aku. Lagipun, kalau hubungan aku dengan dia tak dapat restu, tak jadi apa. Tak sampai ke mana."

"That's why you need to fight. Kalau Dian tahu pasal ni, aku rasa memang dia akan kecewa dengan kau. Rizqi lelaki yang dia sentiasa sayang langsung tak mahu lawan untuk pertahankan cinta kau orang berdua."

"Lelaki jenis apa kau ni?" soal Luqman sinis. Itu sahaja cara yang sesuai untuk dia menyedarkan Rizqi yang masih dihantui dengan rasa bersalah.

Rizqi terus menundukkan kepala. Tidak tahu untuk membalas kerana apa yang dikatakan Luqman semuanya benar belaka.

"One day, kalau kau jumpa dia, terus minta maaf, bukan larikan diri. Fix your relationship with her. Minta maaf pada dia."

"Kau tak tahu kisah dia dan dia pun tak tahu kisah kau selama kau orang ldr dulu. Lepas kau terang, bagi dia masa untuk tenangkan diri dan kau tak perlu risau. Remember..."

"...true love has a habit of coming back," sambung Luqman dan memandang Rizqi.

Dia tidak tahu apa yang Rizqi fikirkan dan dia cuma mampu membantu dari segi menasihati sahabatnya.

"Kalau dia dah taknak terima aku? Kalau dia---"

"Kau jumpa dia pun belum, dah banyak kau punya kalau. Kang aku kata kau bengap aku yang salah sebab kau bijak. Kalau kau selalu fikirkan sangat ketakutan kau untuk jumpa dia, aku takut nanti sampai bila-bila kau takkan berjumpa dengan dia. Kau nak?"

Rizqi menggeleng lemah. Dia pun mahu berjumpa dengan Diandra walaupun hanya dari jauh. Janji dia tahu yang Diandra selamat.

"Ingat janji kau dulu, perempuan selalu ingat janji kita pada dia. Kalau dia sayangkan kau, dia akan terima segala penjelasan kau. Jika dah diberikan peluang, jangan sesekali kau lepaskan. Mana tahu itu peluang terakhir?"

Rizqi mengangguk lagi. Akan dia cuba menghadam segala kata-kata Luqman.

"Apa jadi ye pada dia sekarang? Makin cantik, semestinya. Kalau kau susah sangat nak jaga dia, bagi dekat aku. Aku boleh tolong jaga---"

Belum sempat Luqman menghabiskan kata-katanya, lengannya telah ditumbuk kuat oleh Rizqi. Luqman meringis kesakitan.

"Jaga mulut kau."

"Tahu takut."

Luqman menggeleng tatkala melihat tatapan Rizqi yang semakin tajam. Apa punya perangai? Dah besar pun masih berfikiran seperti budak-budak. Nasib kehadiran dirinya sedikit sebanyak membantu Rizqi.

Kalau tidak, memang tiada langsung harapan Rizqi untuk bersama-sama dengan Diandra semula.

"Kau bila nak ada girlfriend?" soal Rizqi untuk memecahkan rasa sunyi di antara mereka berdua.

"Ibu aku ada kenalkan someone untuk aku tapi aku tak berminat sebab dia bukan type aku. Dia seksi sangat, aku tak suka. Aku nak cari yang sopan santun, sedap mata memandang."

"Demand. Kau fikir perempuan macamtu nak kau ke?"

"Of course. Sekali aku dapat, memang aku jaga. Kalau dia lari, aku kejar balik sampai dapat. Bukan macam kau, tak habis-habis takut, tak jantan langsung."

"Aku benci cakap dengan kau."

"Aku pun. So, kau diam, aku pun diam."

Mereka berdua kembali berdiam diri dan menikmati angin malam itu bersama-sama.

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang