47. perfect idiot

69 8 1
                                        

RIZQI Han keluar berjalan bersama-sama dengan Diandra untuk meluangkan masa. Sudah berapa bulan mereka tidak keluar bersama-sama memandangkan semua sibuk dengan pelajaran masing-masing. Kini sudah tamat, dah boleh dating.


"Diandra, aku tak nampak Ryan dengan Zulfa pun harini. Dua orang tu tak datang kampus ke harini?" soal Rizqi ingin tahu. Diandra mengangguk sebelum mengolahkan anggukan itu.

"Ryan bawa Zulfa jumpa family dia. Lepastu, ibu Ryan terus suka Zulfa dan semalam Zulfa ikut family Ryan pergi bercuti. Lima hari empat malam, itu yang kau tak nampak diorang. She looked happy with Ryan's family. Good for her. Kalau tidak, hari-hari mengadu yang dia takut," ujar Diandra panjang lebar lalu mengkhirinya dengan gelak tawa dan senyuman lebar.

Rizqi hanya diam dan mendengar cerita Diandra tanpa menyampuk. Begitu rupanya. Pergi jumpa keluarga, alangkah seronoknya Rizqi jika dia dapat lakukan benda yang sama pada Diandra.

Namun, dia hanya dapat bercerita tentang Diandra kepada ibunya daripada corong telefon.

"Sweetheart, I promise you that one day I will take you to see my family. I promise that I will make you my wife. You can keep my promise, Diandra. I love you so much."

Dengar sahaja ucapan yang keluar dari bibir Rizqi, terus Diandra menguntumkan senyuman terharu.

Tak sangka pula yang Rizqi memikirkan sampaikan ke situ tatkala dia bercerita tentang Ryan dan Zulfa.

"Han, I know. I know you will be mine forever. Aku akan pastikan aku ni isteri kau. Kalau kau kahwin dengan orang lain, aku santau bini kau." Diandra pula yang mengusik.

Rizqi ketawa apabila mendengar tutur ayat Diandra.

"Wow, possessive. Fine fine, kau akan jadi isteri aku jugak walau macam mana pun. Okay?" kata Rizqi sambil mengusap pipi Diandra yang mula memerah.

Diandra mengeluh lemah apabila melihat tatapan Rizqi. Lemah segala jantung.

"Idiot. Suka sangat buat aku blushing. Aku tumbuk kau baru tahu," ujar Diandra dan menutup mukanya. Aduh, jantung sabar sikit jangan berdebar sangat.

"And you fell in love with this idiot. Am I right?" soal Rizqi dan memandang Diandra dengan tatapan sayang yang mendalam. Dia amat menyayangi Diandra.

"Of course I am. You are the perfect idiot for me, Han. Perfecto," ucap Diandra dan mengakhirinya dengan ketawa kecil. Rizqi turut tersenyum.

Indahnya waktu mereka bersama-sama dan Rizqi berharap keindahan ini dapat berkekalan hingga ke akhir hayatnya.

MATTHEW berkali-kali menghubungi Carlo kerana ingin meminta maaf namun panggilannya tidak pernah diangkat. Dia berasa amat bersalah atas sikapnya yang kejam terhadap Carlo.

Matthew menghubungi Carlo berkali walaupun dia tahu Carlo tidak akan pernah mengangkatnya. Jika dia meminta maaf, pasti Carlo tidak akan langsung memaafkannya.

Dia pasti.

"Aku minta maaf.." ucap Matthew seorang diri. Bilik tidurnya diketuk dari luar lalu tersembul wajah Malique. Adik lelakinya itu terus menuju ke arahnya dengan pantas apabila dia ternampak sesuatu yang pelik.

"Matt, what's wrong with your face?" soal Malique gusar apabila melihat wajah Matthew yang kelihatan tiada langsung tenaga.

Baru beberapa hari dia meninggalkan Italy untuk melihat isterinya di Singapore, keadaan Matthew telah teruk.

"Aku..nak jumpa Carlo..Aku rasa bersalah..dengan dia dan..anak perempuan dia.." ucap Matthew dan menghamburkan tangisannya. Nasi telah menjadi bubur. Tiada guna untuk dia meminta maaf sekarang.

Malique melepaskan keluhan berat. Dia tiada langsung cara bagaimana ingin berjumpa dengan Carlo. Badan Matthew diusapnya lembut untuk memberikan sedikit kekuatan.

"Bro.."

"Aku tak larat Que, panggil dia cepat. Suruh dia urus semua ni. Aku nak berubah. Aku..Aku nak cuba bahagia macam Carlo cakap..tolonglah Que," tutur Matthew sayu dan daripada situ, segala pesanan Carlo terngiang-ngiang di telinga Matthew. Siapa sangka,

Matthew yang dahulunya kejam dan jahat ingin berubah? Masih belum terlambat saudara.

"Dia je yang boleh urus semua ni jadi sedia kala dan ubah semua ni. Aku dah tak ada kuasa. Kuasa tu dah pindah pada anak kau, Que." Malique mengangguk perlahan. Benar juga kata Matthew.

Dia akan cuba memanggil anak lelakinya untuk menguruskan semua ini.

"I'll try."

MATA Diandra tertumpu pada bintang-bintang yang bersinar di atas langit gelap itu. Jarang untuk dia melihat banyak bintang di atas langit itu.

Tika itu, dia melihat polaroid gambarnya dan juga Rizqi. Diandra mengukirkan senyuman kecil. Namun senyuman itu hanya sementara apabila dia teringatkan tentang hubungannya yang masih lagi dirahsiakan.

"Ayah akan terima Han tak?" tanya Diandra seorang diri lalu melepaskan keluhan kecil. Setelah itu, dia membersihkan dirinya.

MANAKALA Rizqi Han melihat semua kepingan polaroid gambar kesayangannya. Senyuman Diandra yang kelihatan manis itu membuatkan Rizqi cair. Selepas itu, Rizqi mencapai buku cinta rahsianya untuk melekat gambar polaroid itu.

---

STORIA D'AMORE

~You know what sayang? I love your smile. You look super cute with your smile on your face. Agh, my heart.

---

Dia tersenyum sendiri melihat kepingan polaroid kegemarannya itu. Buku itu ditutup dan diselit diantara buku-buku belajarnya. Dia baring di atas katilnya dan baru sahaja matanya ingin ditutup, telefonnya berbunyi. Sangkaannya meleset sama sekali.

Dia sangka Diandra yang menghubunginya, rupanya orang lain. Dengan rasa malas, Rizqi mengangkat panggilan itu.

"Hello, Qi sibuk ke?" tanya si ayah lembut.

"Not really. Why Pa?" soal Rizqi pula walaupun dia sudah tahu apa sebab ayahnya menghubunginya.

"You already know why I call you, son. Final exam dah habis kan? Why don't you come here? As soon as possible." Rizqi mengurut dahinya tanda dia stress dengan apa yang mereka bualkan ketika itu.

"Okay pa but Qi akan pergi sana lepas Qi graduate. Please stop bothering me by the same question," luah Rizqi dengan nada tegas. Sungguh dia benci dengan arahan tersebut.

"I'm sorry for all of this. I swear Qi, papa tak pernah nak suruh Qi buat semua ni tapi papa terpaksa. Kalau papa bagitahu Qi sekarang pun, Qi takkan faham. So, Qi datang lah sini baru Qi faham. Papa pergi dulu, take care."

Panggilan itu terhenti. Rizqi menumbuk katilnya kuat untuk melepaskan geramnya. Kenapa dia? Dia tidak mahu semua itu. Dia takut apabila masa itu tiba, dia tidak akan bertemu dengan Diandra lagi.

Dia masih belum bersedia untuk meninggalkan Diandra. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia ingin bersama-sama dengan Diandra. Cukuplah sekali dia terpaksa berjauhan dengan Diandra. Takkan benda itu akan berulang sekali lagi?

 Takkan benda itu akan berulang sekali lagi?

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
C | ButterflyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang