61. am i?

65 7 1
                                    

RIZQI HAN tidak lepas memandang Diandra yang berada di sebelahnya. Keretanya cuba dipandu laju supaya cepat sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Diandra kelihatan sangat lemah. Mungkin kerana sudah beberapa hari tidak mengisi perut dengan makanan. Rizqi mengeluh perlahan.

Sampai sahaja di klinik, Diandra dan Rizqi turun dari kereta lalu Rizqi membawa Diandra ke doktor untuk dirawat terlebih dahulu. Ubat diberikan oleh doktor dan mereka berdua pulang.

Diandra menutup matanya kerana tidak mahu memandang Rizqi. Walaupun Rizqi sudah menolongnya tetapi dia tetap tidak mahu melihat Rizqi.

Sampai sahaja di hadapan rumah Diandra, Rizqi memandang Diandra di sebelah.

"Diandra..wake up..dah sampai," kejut Rizqi lembut. Kasihan dia melihat wajah pucat Diandra. Namun Diandra masih belum sedarkan diri. Jadi, Rizqi merancang ingin membuka tali pinggang yang terikat di tubuh Diandra dahulu.

Diandra yang sudah separuh sedar terkejut apabila Rizqi berada di hadapan wajahnya. Mereka saling berpandangan.

"Stay away from my face." tegas Diandra katakan.

Rizqi terkedu lalu secara spontan dia menjauhkan wajahnya dari Diandra. Diandra bangun dari tempat duduk itu dan keluar dari kereta. Rizqi mengikut Diandra masuk ke dalam.

"Diandra, duduk. Kau kena makan ubat."

"Kau balik. Ubat letak atas meja. Pandai-pandai aku makan ubat kejap lagi," beritahu Diandra.

Baru sahaja Diandra ingin membuka peti sejuk kerana ingin mengambil bahan masak, Rizqi menggenggam lengan Diandra untuk menghalang Diandra. Kini, Diandra pula terkedu.

"Please. Dah tahu sakit, buat cara sakit. Kau pergi duduk. Kalau kau tak duduk, aku boleh tolong. Kau nak aku dukung kau—"

"Fine. Aku duduk." Diandra membalas dan terus duduk.

Malas dia nak bergaduh dengan Rizqi. Lebih baik dia dengarkan sahaja apa yanh disuruh Rizqi memandangkan dia sendiri tidak larat.

"Good girl."

Diandra diam. Sudah bertahun dia tidak mendengar Rizqi memujinya sebegitu. Hari ini adalah hari yang mengimbau kenangan lamanya bersama-sama dengan Rizqi.

Apabila Diandra melihat Rizqi memasak dan menyediakan makanan untuknya, sama seperti sewaktu mereka bersama-sama. Diandra mengeluh.

Hatinya sudah tidak mampu ingin melayani kesedihan dan kekecewaan. Apa yang patut dia lakukan pun dia masih belum pasti.

"Dah siap. Nah makan, sayur tu pun makan," kata Rizqi dan meletakkan lauk di dalam pinggan Diandra.

Muka Diandra berubah.

"Macam mana ada sayur? Aku tak beli sayur pun."

"Aku beli nak bagi kau makan. Sila makan, nanti nak makan ubat."

"No way. Taknak dan takkan."

Diandra tidak mahu makan sebaik sahaja melihat sayur yang ada di dalam pinggan. Pinggan di hadapannya di tolak. Rizqi menggeleng. Keras kepala betul.

"Don't be like this, sweetheart. Makan, kalau kau tak makan aku suap. Kau nak aku suap?"

"Kau fikir aku nak blushing ke?" Diandra mengerutkan dahinya. Fikir dia apa? Senang sangat nak blushing?

Rizqi sabar melayani karenah Diandra yang tidak pernah berubah itu. Sudu diambil lalu dia menyuakan sudu yang sudah diisi dengan nasi dan sayur itu di hadapan mulut Diandra.

C | ButterflyWhere stories live. Discover now