RIZQI Han cuba menahan rasa sebaknya. Akhirnya, hubungan mereka sudah kembali pulih. Rantai yang berbentuk kupu-kupu itu diambil dari kotak lalu dia memasangnya di leher Diandra.
Selesai dipasang, pipi mulus Diandra diusapnya.
"Always sweetheart. You always be my lucky girl and my butterfly," kata Rizqi lalu dahi mereka berdua saling menyentuh.
Hati masing-masing merindui momen manis seperti ini. Diandra terima dengan apa yang berlaku selama lima tahun dahulu. Mungkin ada hikmah sebalik apa yang terjadi.
Hatinya kini sudah tidak gelisah seperti dahulu. Nampakya, hati Diandra sudah terubat.
DIANDRA Eira menjalani kehidupannya seperti biasa cuma yang istimewanya ialah kehadiran Rizqi semula. Umar dan Ihsan sudah tahu mengenai hubungan mereka yang semakin pulih dan kelihatan matang.
"Budak, ayah kau dah tahu ke?" soal Ihsan lalu menggigit roti yang berada di tangannya.
"Dah, sebelum aku berbaik dengan Rizqi pun ayah dah tahu."
"Dian masih sayangkan Rizqi?"
Diandra sudah menjawab soalan itu di hadapan Carlo setulus hatinya.
"Tipu kalau Dian kata Dian tak sayangkan, Han. Dia pernah buat Dian bahagia selain ayah. Dia selalu ada dengan Dian dulu."
Fokus Carlo mendengar luahan anak perempuannya itu. Nampak ketulusan dari mata Diandra dan dia tahu sudah tiba masanya untuk Diandra mengatur jalan ceritanya sendiri.
"Dian sayangkan dia tetapi buat masa sekarang, Dian masih belum boleh terima untuk dia kembali dalam hidup Dian. Dian nak tengok kesungguhan dia untuk dapatkan semula kupu-kupu yang dia dah buang jauh dahulu."
Bijak Diandra memberi contoh untuk fahamkan Carlo tentang hubungannya.
"I got it, honey. It's okay. Take your time. Kalau dia sayangkan Dian, dia akan cuba. Mulai sekarang, Dian buat lah keputusan sama ada Dian nak jadikan dia a part of your life or not. Ayah setuju dengan semua keputusan anak ayah."
"Kalau Dian bahagia, ayah pun akan bahagia."
Diandra bersyukur kerana mendapat seorang ayah yang sangat memahami walaupun tiada langsung darah pertalian. Hanya sekadar ayah susuan.
Sungguh dia berterima kasih kerana Carlo sentiasa memberi sokongan dalam apa yang dia suka dan tidak suka. Carlo Iskandar akan sentiasa menjadi ayah yang terbaik di dalam hati Diandra.
DIANDRA EIRA masuk ke dalam bilik kerjanya setelah selesai menjemput pengunjung yang datang ke tempatnya.
Terbuntang matanya apabila melihat sejambat bunga ros di atas mejanya. Sebelas kuntum. Sama seperti apa yang dia pernah lakukan beberapa tahun dahulu. Tiba-tiba memori pahit itu terimbas di dalam kotak layar memorinya.
"Hi, Diandra. Kenapa nampak sedih? Is there something wrong?" soal Rizqi sebaik sahaja dia masuk. Diandra membalasnya dengan gelengan.
"Liar. Tell me now. Apa yang ganggu fikiran sayang saya?" paksa Rizqi lalu berdiri di sebelah Diandra.
Tangan Diandra dicapai untuk memujuknya. Mereka sudah berjanji untuk menukar cara panggilan memandangkan Rizqi yang memintanya.
Takkan selama-lamanya mereka berdua ingin menggunakan kau aku? Diandra menurut dan ikutkan sahaja. Lagipun itu idea yang sesuai.
"Kenapa bunga sebelas kuntum?" soal Diandra dan barulah dia tersedar bahawa dia sudah terlepas soalan.
Takpa, kita dengar sahaja balasan Rizqi.
![](https://img.wattpad.com/cover/301623555-288-k167823.jpg)
YOU ARE READING
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin