MULUT Rizqi terlopong. Sekarang, Diandra dan Rizqi berada di Star Avenue. Diandra membawa Rizqi ke suatu tempat di mana mereka boleh bermain bola keranjang tetapi indoor.
Little Mermaid Basketball, Star Avenue dijadikan pilihan. Rizqi memandang Diandra dengan tatapan yang tidak percaya.
"Diandra, I thought you asked me to come here for a date."
"A date? Siapa je nak dating dengan kau? Aku? Takkan pernah terjadi. Jangan nak mimpi malam-malam macamni." balas Diandra serius.
Diandra menggelengkan kepala laju dan kemudian dia berlalu pergi ke arah kaunter untuk membeli token.
"Han, ini token kau. Kita main tiga game dan cara nak tahu siapa menang macam yang kau cakap. Siapa bawa masuk bola lebih banyak dalam tiga game tu dia menang."
"Fine fine fine. Tak pernah nak mengalah kau kan? I like it."
"Shut up. Cepat letak token. Kita kena maik serentak."
Rizqi mengangguk faham. Setakat game token macamni lagi senang dia nak kalahkan Diandra.
Huh, Rizqi tidak akan pernah berikan Diandra peluang. Dari kiraan satu hingga tiga, mereka berdua mula bermain. First game, Rizqi dapat mengalahkan Diandra. Rizqi hanya mendiamkan diri apabila Diandra melihatnya dengan tatapan tidak puas hati. Pandangan itu amat menyeramkan.
"Second game!"
Rizqi menang lagi untuk permainan yang kedua dan terakhir. Kali ini Diandra mengalah, sememangnya lelaki yang bernama Rizqi Han ini telah ditakdirkan untuk sentiasa menang. Tidak kira macam mana usahanya, lelaki ini akan tetap mengalahkannya dengan mudah.
"Diandra, aku menang lagi."
"No, kita main satu game lagi. Total markah kita sikit je jadi aku boleh—"
Belum sempat Diandra menghabiskan kata-katanya, telefon milik Diandra berbunyi. Dia mengeluarkan telefon dan melihat skrin yang bercahaya itu.
Oh, alarm. Diandra menutup skrin telefonnya dan keluar dari kawasan Little Mermaid Basketball itu. Rizqi mula bingung dengan kelakuan Diandra yang sudah berlalu pergi.
"Diandra, where are you going?"
Diandra mengalih badannya ke belakang untuk melihat Rizqi. Dia melepaskan keluhan perlahan sebelum berkata sesuatu.
"Balik rumah. Esok kelas kau start pukul lapan pagi kan? Kau balik terus tidur, kang tidur lambat nanti bangun lambat pastu salahkan aku," kata Diandra manakala Rizqi sudah berada di sebelah Diandra.
"Wow, dah jadi pembantu peribadi yang sangat bertanggungjawab," puji Rizqi. Dia sedikit terharu apabila Diandra mula mengingati tentang dirinya walaupun hanya waktu kelasnya.
"Aku pergi dulu, kau datang sini naik apa?" soal Diandra spontan dan baru Diandra sedar yang dia mengambil berat tentang Rizqi. Mahu sahaja dia menarik semula kata-katanya tetapi sudah terlambat.
"Luqman hantarkan." Rizqi menjawab jujur. Superbikenya dibawa ke bengkel jadi terpaksa dia menumpang Luqman sebentar tadi. Diandra mengangguk faham. Kemudian, dia berfikir sesuatu.
"Hm, sementara nak tunggu Luqman tu mesti lambat kan? Tak apa, jom aku hantarkan kau sekali," ujar Diandra dan mula melangkah tetapi Rizqi masih berdiri statik di tempat yang sama.
Mungkin terkejut melihat perubahan Diandra yang selama ini tidak pernah melayaninya dengan baik.
"Han, baik kau cepat sebelum aku ubah fikiran untuk tinggal kau."
YOU ARE READING
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin