DIANDRA Eira menghempas punggungnya ke atas sofa yang empuk lalu mengeluarkan telefonnya untuk memuat turun satu aplikasi. Dia mencari aplikasi itu dan memilih yang paling terbaik.
Apabila dia jumpa aplikasi yang diberi penilaian paling tertinggi, tanpa membuang masa dia terus memuat turun. Beberapa saat selepas itu, aplikasi itu telah selesai dimuat turun. Diandra terus membuka aplikasi itu dengan riang.
"Dian nak makan apa hari ni?" tanya Halimah yang baru sahaja keluar dari bilik.
"Dian makan je apa yang Mak Imah masak," balas Diandra tetapi mata hanya tertumpu pada telefon bimbitnya.
"Dian main apa tu?" soal Halimah dan berdiri di belakang Diandra. Kelihatan Diandra terlalu fokus itu membuatkan dia ingin tahu apa yang dilakukan oleh Diandra.
"Dalam phone pun susah ke? Tengok, Mak Imah, susah betul nak main basketball. Dekat gelanggang pun susah, dalam phone pun susah."
Diandra mengeluh tetapi tangannya masih berusaha bermain permainan video itu. Hampir sahaja Halimah meletuskan ketawanya. Main game rupanya, patut fokus semacam.
"Kalau kita inginkan sesuatu kejayaan, kita perlu usaha. Jangan mengalah dan teruskan usaha. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dian mesti boleh punya."
Mendengar nasihat Halimah yang bermakna itu, Diandra rasa bersemangat. Dia meneruskan permainan video itu walaupun sebenarnya tidak dapat membantu sebanyak yang boleh.
Janji dia tahu macam mana nak main pun dah cukup. Nak aim penting. Tiba-tiba akalnya mendapat satu idea. Bukan gelanggang sahaja mereka boleh bermain bola keranjang. Senyuman lebat terukir.
"Aku akan kalahkan kau..."
"...itupun kalau boleh."
Sementara itu, dia mengeluh. Bolehkah dia?
NOTIFIKASI telefon bimbit Rizqi menganggunya, lagi-lagi apabila nama Diandra yang tertera di atas skrin. Terus aplikasi mesej itu ditekannya dan membuka ruang chat Diandra dan dirinya. Matanya bersinar-sinar.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Rizqi tersenyum. Pasti dia akan pergi walaupun dia sibuk. Buah hati dah ajak, takkan nak tolak?
"Tersenyum-senyum. Girlfriend chat ke tu?" tegur Luqman dan duduk di sebelah Rizqi. Ketika itu mereka sedang berbincang tetang assingment yang perlu dihantar.
"Mana ada."
Luqman melepaskan tawa dan memberikan air fresh orange yang baru sahaja dia buat di dapur.
"Nah, fresh orange. Biar segar sikit mata. Banyak lagi nak kena siapkan ni," pelawa Luqman lalu gelas itu dihulurkan kepada Rizqi.
Tangan kanan Rizqi menyambut huluran tersebut. Kemudian, dia meneguk air itu. Sedap. Tiba-tiba dia teringat akan seseorang yang sememangnya sukakan air fresh orange.