41. the war is begin

84 7 0
                                        

BUNYI alarm di telefonnya itu menyedarkan Diandra dari lena. Bangun sahaja dia dari tidur, leher dan juga tangannya lenguh akibat tidur di atas meja. Jam di telefonnya dilihat. Sudah pukul enam pagi. Terus dia bangun dari duduknya dan bersihkan diri.

RIZQI Han menggelengkan kepalanya lalu dia menampal sekeping heat patch di leher Diandra. Sempat pula Rizqi menampar leher Diandra kerana geram. Diandra meringis kesakitan.

"Aduh, sakit. Janganlah tampar," kata Diandra lalu mengusap lehernya perlahan. Lenguhnya masih terasa dan terpaksa dia menyuruh Rizqi untuk membelikannya heat patch.

Selepas kelasnya habis, baru dia berjumpa dengan Rizqi di cafe.

"Siapa suruh tidur atas meja? Kan dah lenguh? Kenapa tidur atas meja?"

"Tertidur. Lagipun aku dah tak larat nak bangun waktu tu sebab itu aku tidur situ. Ingatkan nak tidur sekejap je dekat meja. Tengok-tengok dah pagi. Jangan marah," kata Diandra dan memuncungkan sedikit bibirnya.

"Tak marah. Haih, lain kali tidur atas katil bukan dekat meja. Bahaya," bebel Rizqi sambil tangannya sibuk memicit leher Diandra untuk kurangkan rasa lenguh di lehernya.

Diandra hanya sekadar mengangguk. Rizqi sama je dengan ayahnya, suka sangat membebel. Setahu dia perempuan je yang kuat membebel. Ini tak lelaki pun sama.

SEPANJANG kelas, Diandra rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Bukan tentang leher tetapi dia terasa seperti ada orang yang sedang memerhatikannya.

Dari tadi lagi di berasa sesuatu yang buruk cuma dia cuba untuk membuang rasa prasangka buruk itu. Namun, semakin lama dia cuba hiraukan prasangka buruk itu, semakin dia dapat rasakan prasangka buruk itu menjadi-jadi.

Dia juga rasa tidak selamat. Adakah ini tanda-tanda yang dia akan diserang pada hari ini? Tetapi siapa yang akan datang dan menyerangnya?

TAMAT sahaja kelasnya, dia terus pulang ke rumah. Sewaktu dia berjalan berseorangan, dia masih dapat rasakan ada yang memerhati.

Langkahnya semakin laju apabila dia ternampak akan seseorang yang sedang memerhatinya dengan topeng hitam di muka. Sama seperti malam yang dia diserang dengan sepuluh orang lelaki bertopeng hari itu.

"Apa yang diorang nak sebenarnya dari aku?"

Tanpa dia membuang masa, dia terus menghubungi Camilia untuk memberitahu tentang apa yang terjadi tadi. Beberapa saat selepas itu, panggilannya diangkat.

"Hi, Mama Cami, I need to tell you something," kata Diandra dengan sedikit gelisah.

"Dian? What's wrong? Ada apa-apa yang terjadi pada Dian ke?" tanya Camilia yang juga turut gelisah apabila mendengar akan suara Diandra.

"Dian rasa ada orang perhatikan Dian. Dari dekat kampus tadi. Then, waktu Dian jalan nak balik, I saw someone in a black mask. Dian takut," luah Diandra gelisah sambil memandang ke sekeliling.

Bimbang pula dia jika ada seseorang yang sedang perhati di rumahnya pula.

"Dian, listen to me. Mama Cami nak Dian duduk rumah. Jangan keluar pergi mana-mana. Jangan keluar langsung. Please. Mama Cami rasa something will happen tonight," pesan Camilia dan dengan kelam kabut dia mencari komputer ribanya untuk membuat sesuatu.

"Okay. Apa-apa nanti, Dian bagitahu Mama Cami."

Selepas itu, talian itu ditamatkan. Tangan Diandra sudah naik meraup wajah manakala Camilia sedang membuat sesuatu menggunakan komputer ribanya.

"Please, Carl. Tengok email aku, your daughter in danger," kata Camilia seorang diri. Tak tahu kenapa, Camilia juga rasa Carlo dalam bahaya. Beberapa jam selepas itu, emel yang dihantar itu masih belum dibalas. Dia perlu menghantar melalui email supaya mesej itu kekal rahsia.

Fikirannya bercelaru. Bukan dia tidak mahu menghubungi Carlo tetapi Carlo ada memesannya supaya jangan menghubungi dia. Dia tidak akan menjawabnya kerana terlalu sibuk.

SIBUK Diandra makan roti yang dibakarnya tadi, telefonnya berbunyi tanda masuk notifikasi. Diandra memandang siapa gerangan yang memberikannya notifikasi itu. Ihsan dan Umar rupanya.

Diandra buntu sama ada dia ingin pergi ataupun tidak

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Diandra buntu sama ada dia ingin pergi ataupun tidak. Hatinya berkata pergi manakala otaknya kata jangan. Selalunya orang akan kata 'ikut kata hati'. Jadi maksudnya, kita kena pergi?

Mahu atau tidak, dia perlu pergi kerana dia rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-dua pakcik itu.

Tidak pernah-pernah mereka memberikan pesanan kepada Diandra jika ingin berjumpa walaupun mereka sudah menyimpan nombor telefon Diandra.

Ini semua kerana mereka berdua masih takut dengan Diandra. Hoodie hitam diambilnya dan juga pisau lipat dibawa untuk kepentingan sendiri. Risau pula dia jika apa-apa yang akan terjadi nanti.

Beberapa minit selepas itu, Diandra turun dan pergi ke lorong untuk berjumpa dengan Umar dan Ihsan.

Tiba sahaja Diandra di lorong yang gelap itu, matanya terus tertumpu pada dua orang lelaki yang berbaring di tanah lalu tangan dan kaki diikat dari belakang.

Perlahan-lahan Diandra menerpa ke arah dua orang lelaki itu. Apabila Diandra semakin dekat, dua wajah yang amat dikenalinya itu membuatkan dia terperanjat.

Wajah Umar dan Ihsan seperti baru sahaja dibelasah dengan teruk.

Apa yang berlaku pada Umar dan Ihsan sudah Diandra dapat tangkap apa rancangan mereka. Terus Diandra membuka pisau lipatnya itu dan menoleh ke arah belakang dengan pantas.

Benar tekaannya apabila ada beberapa orang yang ingin menyerangnya dari belakang.

"Haih, aku takut ke tak takut ke kena hadap jugak semua ni," kata Diandra seorang diri lalu pisau lipatnya itu diacah ke depan.

Baru sahaja lelaki bertopeng itu ingin menyerang, Diandra melompat dengan tinggi sebelum kakinya melunjur ke dada salah seorang lelaki bertopeng.

Apabila salah seorang cuba menerkam pantas Diandra menghiris lengan dan juga menumbuk rahangnya dengan sekuat hati. Tiba-tiba sekumpulan topeng hitam itu berkumpul ramai di hadapan Diandra.

"Damn it. Ramai lawan sorang? Memang diorang yang menang. Shit."

MATTHEW baru sahaja selesai kerjanya di pejabat dan terpaksa dia pulang sedikit lewat. Sampai sahaja pemandu peribadinya, dia terus masuk ke dalam kereta itu.

Tanpa rasa was-was, air mineral yang berada di dalam kereta itu diminum rakus untuk dia hilangkan rasa dahaga yang melampau.

Beberapa minit selepas itu, kepala Matthew terasa pening dan pandangannya juga semakin kabur. Perlahan-lahan, kepalanya direhatkan dan matanya terpejam rapat. Pemandu itu tersenyum sinis dan dibawa ke suatu tempat.

Sewaktu kelopak mata Matthew diangkat, mata Matthew kabur-kabur melihat beberapa figura di depannya. Sebaik sepasang matanya terbuka dan penglihatannya menjadi jelas, Matthew terdiam.

Mata dikerdipkan sebanyak dua kali sebelum dia melihat apa yang telah berlaku pada dirinya.

Tangan dan juga kaki diikat pada kerusi kayu yang sedang dia duduk sekarang. Selepaa itu, matanya tertumpu pula pada figura-figura yang sedang berdiri di hadapannya.

"What is this? Korang ni budak-budak Ben, kan? Huh, dah agak. Where is Benjamin? I want to see him."

Matthew mula bersuara. Tiba-tiba Matthew terdengar pula akan bunyi gelak tawa seseorang dari jauh.

"Long time no see, Matthew."

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang