RIZQI Han memberikan air kosong itu kepada Diandra lalu mengusap belakang Diandra.
"Apa kau cakap tadi?" tanya Diandra apabila tersedaknya sudah mula menghilang. Wajah Rizqi dipandang keliru.
"Girlfriend. Why, sweetheart?" tanya Rizqi sambil mengukirkan senyuman.
Diandra kembali senyap dan fikirannya tiba-tiba menjadi kosong. Pipinya juga mula berona merah tanda dia malu.
"Sejak bila kau jadi macam ni, Dian? Oh my god. Wake up, Dian," desis hati Diandra.
Kalau boleh sekarang juga dia ingin menghantuk kepalanya ke dinding. Rizqi ketawa melihat Diandra yang terdiam dan malu.
"Kita makan sama-sama, okay?"
Rizqi terus menyuap salad buah itu ke dalam mulutnya. Diandra mengangguk kecil dan turut menjamu selera. Selesai sahaja mereka berdua makan, mereka mengemas bersama-sama. Selepas itu, Diandra dan Rizqi kembali duduk di sofa.
"Han, aku nak minta maaf sekali la---"
Baru sahaja Diandra ingin meminta maaf, percakapannya disampuk oleh Rizqi.
"Enough, Diandra. Kita lupakan semua tu, please? Aku dah tak nak ingat. Sekarang ni kita dah okay, kan?" kata Rizqi dan memandang Diandra. Dia tidak mahu Diandra mengingati semua itu.
"Ye, memang, tapi---"
Lengan Diandra dipegang erat dan sekali lagi percakapannya tidak dapat diteruskan.
"Stop, Diandra. I don't wanna hear it. Please," rayu Rizqi.
Diandra mengeluh dan akhirnya dia mengangguk. Nak minta maaf pun tak boleh.
"Fine, but this time I know you’re waiting to hear me say it," kata Diandra lalu dia memegang wajah Rizqi lembut. Kali ini Rizqi pula yang terdiam.
"Thank you for loving me, and thank you for making me feel so loved, Han..."
"I'm not the best, but I'm trying to be the best for you. Aku janji, aku akan cuba jadi girlfriend yang terbaik untuk kau."
Rizqi diam dan mendengar setiap ucapan yang dilontarkan oleh Diandra. Jujur, dia terasa ingin menangis tetapi dia cuba menahannya.
"Aku minta maaf, aku tahu apa yang aku buat pada kau memang teruk. Kasar dengan kau, benci, dan macam-macam lagi tapi kau masih layan aku baik. Terima kasih, Han."
Diandra mencuri nafas sebelum menyambung kata-katanya.
"Last but not least..."
"...may I be the one to take care of your heart, Rizqi Han?"
Diandra memandang Rizqi dengan tatapan lembut manakala kepala Rizqi telah ditundukkan. Diandra menjadi bingung apabila Rizqi bertindak sedemikian. Wajah Rizqi cuba dicarinya tetapi lelaki itu cuba menyembunyikannya.
"Han?"
Diandra memanggil Rizqi tatkala Rizqi masih belum mengangkat wajahnya. Tiba-tiba, Diandra terdengar akan suara tangisan yang dilakukan oleh Rizqi, membulat matanya kerana terkejut.
"Kau nangis?" tanya Rizqi dan tangannya terus memegang wajah Rizqi untuk memaksa diangkatnya. Diandra ketawa kecil apabila wajah lelaki itu telah merah padam.
"Jangan tengoklah..." kata Rizqi dalam tangisan. Diandra pula sudah ketawa melihat reaksi Rizqi itu.
"Manja rupanya kau ni," usik Diandra dan ketawa lagi. Rizqi hanya membiarkan usikan itu. Biarlah Diandra tahu yang dia benar-benar sayangkan gadis itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Storie d'amore"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
