RIZQI Han memegang tangan Diandra yang penuh dengan kesan luka dan lebam itu lembut. Dua peluru di perut Diandra selamat dikeluarkan dan bernasib baik Rizqi sempat membawa Diandra ke hospital.
Kalau dia lambat, mungkin Diandra akan kehilangan banyak darah dan mati. Umar dan Ihsan juga sedang berehat di bilik sakit masing-masing. Mereka bertiga telah dirawat dan masih belum sedarkan diri.
"Siapa yang buat kau macam ni?" tanya Rizqi perlahan.
Tangisannya juga sudah mengalir ke pipi. Rambut Diandra di usap perlahan lalu matanya turun ke pipi dan bibir Diandra.
Tidak sanggup dia melihat luka-luka yang ada pada Diandra. Teruk, sangat teruk. Rizqi berasa kesal dengan dirinya kerana tidak dapat menolong Diandra ketika dia berada dalam kesusahan.
"Maafkan aku..."
MALIQUE memandang Carlo dan Matthew yang sedang terbaring lemah di atas katil pesakit itu. Mujurlah, kecederaan Malique tidak teruk, hanya sekadar luka ringan. Namum tidak bagi Matthew dan Carlo.
Tangan kanan Matthew cedera parah dan perlu dibalut akibat tangannya patah. Perut Carlo pula dijahit kerana lukanya terlalu dalam. Sekarang, masing-masing sedang merehatkan diri.
Camilia yang berada di rumah dari semalam tidak senang hati. Panggilan tidak diangkat, emel tidak dibalas. Fikiran Camilia runsing.
Perasaan cemasnya semakin menjadi-jadi. Tiada langsung khabar berita dari mereka berdua. Adakah Diandra dan Carlo baik-baik sahaja?
SUDAH pukul satu petang, Diandra masih belum sedarkan diri. Umar dan Ihsan baru sahaja keluar dari bilik sakit Diandra untuk menziarahinya tadi.
"Pakcik, macam mana ni semua boleh terjadi?" tanya Rizqi dan memandang Umar dan Ihsan. Dia ingin tahu punca pergelutan ini berlaku.
Umar mengeluh terlebih dahulu sebelum dia memulakan penerangannya.
"Sebenarnya, ini kali kedua dia kena serang tapi kali ni paling teruk sampai kena tembak. Haritu, lengan dia kena hiris je. Nasib kami berdua datang lorong tu kalau tidak aku rasa budak tu tak selamat."
Kena hiris? Rizqi cuba mengingati sesuatu. Ya, sewaktu di perkhemahan.
"Lengan belah kanan ke yang dia kena hiris tu?" tanya Rizqi dan dibalas dengan anggukan. Terus wajahnya diraup.
Kenapa, Diandra...?
"Apa jadi malam semalam?"
"Malam semalam, kami berdua pergi lorong sebab itu tempat biasa kami lepak dari dulu lagi dan lelaki-lelaki bertopeng tu dah ada dekat situ, siap pegang pistol. Dia paksa kami berdua hantar mesej pada budak tu suruh datang lorong lepastu kami kena belasah," sambung Ihsan dan mengeluh perlahan.
"Setahu kami, budak ni takkan pernah cari pasal, tapi kali ni lain. Macam ada orang yang arahkan lelaki bertopeng tu semua untuk bunuh budak ni. Orang yang sama datang. Mesti ada orang yang arahkan."
Itulah penerangan yang diterangkan oleh Umar dan Ihsan dan panjang lagi. Mahu sahaja dia tahu siapa yang lakukan semua itu.
MATTHEW sudah sedarkan diri. Sedar sahaja Matthew, terus Malique menyuruhnya keluar dari bilik sakit untuk dia beritahu sesuatu.
"Matthew, kenapa kau tak bagitahu aku pasal rancangan kau nak bunuh anak perempuan Carl?" tanya Malique dalam keadaan berbisik.
Wajahnya sekarang juga sudah bertukar menjadi serius. Di kala itu, Matthew bagaikan hilang kata-kata. Dia terlupa akan hal itu.
"Kau call Vir. Now"
"No. Vir call aku tadi. Dia kata dia dah tembak perempuan tu. Ah, what have you done, Matt! Kau tak fikir ke pasal Carl? Dia cedera sebab kau, sebab kita. Dia tolong kita. Shit."
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
